Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki TV rosak. TV Samsung abang rosak berkemungkinan disebabkan tv sudah lama abang beli, rasanya abang beli dulu tahun 2020, so dia punya umur dah lebih 25 tahun. Memang kualiti peralatan Samsung ni terbukti tahan lama. Puas hati guna lebih dari 20 tahun. Asalnya tv abang ni dah lama rosak tapi belum ada masa untuk nak baiki. So hari ni ada masa lapang sikit, abang baiki dan Alhamdulillah TV sudah OK sepenuhnya. LED Backlight abang beli kat Shopee saja yang stok malaysia berharga RM110, kalau korang nak lagi jimat boleh beli stok yang dari China, harga dalam RM55 sahaja. Boleh klik link Shopee dibawah untuk beli https://s.shopee.com.my/4q2FfGNBWk abang sebenarnya sayang TV ni disebabkan function 3D tu la. Kat rumah abang ada Sony 3D Blu Ray Home Theater Systam yang abang beli tahun sama dengan TV 3D ni. Masalah nya, sekarang ni sudah tidak ada TV 3D dipasaran. Kiranya Home Theater abang sudah tidak dapat lagi menggunakan fuction 3D. Jadi rasa macam rugi la Blu Ray 3D ada, tapi tak boleh guna dekat TV baru. Nak tak nak abang terpaksa juga untuk baiki TV Samsung ni. TV abang ni di jadi gelap sebelah atas, terang sebelah bawah. Kalau TV korang jadi macam ni kerana disebabkan oleh LED Backlight sudah rosak. So, korang just beli saja LED Backlight dan salin saja dengan yang asal. Selesai masalah dan jimat belanja. Kalau nak beli TV baru 40 Inch ni harga dalam RM1000 lebih juga. Kiranya abang dah banyak jimat. Lagipun sekarang ni sudah tak ada TV 3D dipasaran. Video ni abang tunjukkan cara baiki tv rosak iaitu cara baiki led backlight rosak. Untuk pengetahuan korang, TV 3D ni dihentikan pengeluaran pada tahun 2012 kerana TV 3D ni kurang mendapat sambutan. So, siapa-siapa yang ada TV 3D macam abang, yang ada masalah sama macam abang, boleh la ikut tutorial dari video ni. Okay guys, selamat menonton. Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Ini adalah video DIY iaitu CARA MUDAH BAIKI TV ROSAK, SMART 3D TV SAMSUNG TV ROSAK BACKLIGHT dan masalah SKRIN GELAP SEBELAH

Comments
Post a Comment