Posts

Showing posts from June, 2022

5 LOKASI MENARIK DI KELANTAN | SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, selamat kembali ke Addashuk Channel. Di video kali ini kami akan berkongsi 5 lokasi yang menarik yang ada di sekitar Pasir Puteh Kelantan iaitu di Semerak. Lokasi-lokasi ini wajib anda lawati sekiranya anda bercuti di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Addashuk Channel bersama Akok Channel mencari lokasi-lokasi menarik yang berada di sekitar Semerak Pasir Puteh Kelantan. Singgah juga ke Blog Addashuk https://www.addashuk.com Untuk ke 5 lokasi-lokasi yang dinyatakan, anda boleh klik pada link GPS dibawah.. 1. Gerai Jualan hasil Laut Segar Disini dijual pelbagai hasil laut seperti Kerang, Ketam Nipah, Kupang dan pelbagai lagi makanan laut yang segar dari ladang. https://goo.gl/maps/Hr5TyUo4FvmNQa7i6 2. Tok Aman Bali Resort Tempat penginapan yang sangat bersih, selesa dan cantik. Kawasan penginapan dikelilingi oleh sungai. Anda boleh membawa pancing sekiranya minat memancing. https://goo.gl/maps/CTDXMoacfYJBQhUL7 3. Pantai Bisikan Bayu Pantai Bisikan Bayu ...

MASJID RAZALEIGH MIRIP MASJIDIL HARAM GUA MUSANG KELANTAN | MASJID CINEMATIC VIDEO | MASJID 4K VIDEO

Image
  Masjid Razaleigh iaitu diantara masjid cantik di Kelantan dibina pada akhir 2016 yang bernilai hampir RM35 juta yang menyerupai model Masjidil Haram iaitu di Mekah dan berkeluasan 99,000 kaki persegi. Masjid Razaleigh adalah rekaan yang sangat unik dan menarik ini menggunakan bahan binaan berkualiti termasuk jubin dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar. Masjid Razaleigh ini adalah ilham dari Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM. Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung 3,500 Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini dilengkapi Sembilan menara setinggi 30 meter dan lapan kubah mirip Masjidil Haram di Mekah. Kini hampir 2,000 pengunjung singgah di Masjid Razaleigh setiap hari sama ada untuk solat atau menangkap gambar sejak masjid yang mirip dengan Masjidil Haram di Mekah itu dibuka secara rasminya 1 April 2022 lalu. Lokasi ke Masjid Razaleigh Gua Musang Kelantan https://goo.gl/maps/q8dM9DEc4nCbRorD8 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addash...

KOPITIAM KITA | TEMPAT MAKAN SEDAP | KEDAI MAKAN VIRAL KOTA BHARU KELANTAN | MENU VIRAL ROTI TITAB

Image
  Kopitiam Kita adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Kopitiam Kita juga pernah menjadi kedai makan viral bagi penduduk Kota Bharu khususnya dan di serata negara. Ada yang datang dari negeri Selangor semata-mata ingin mencuba menu istimewa dari Kopitiam Kita iaitu Roti Titab. Lokasi ke Kedai Kopitiam Kita https://goo.gl/maps/MmkRS9zCCrkqtTrU8 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Kedai makan Kopitiam Kita adalah dikenali ramai dan antara kedai sarapan pagi yang paling famous dan top di Kota Bharu. Kopitiam Kita mengumpulkan semua jenis nasi bungkus yang dikenali ramai di kawasan Kota Bharu, Pasir Bekan, Wakaf Bharu dan Tumpat. Para pengunjung kedai makan ini boleh menikmati kesemua nasi bungkus tanpa perlu pergi ke kedai asal nasi berkenaan. Ianya seperti 'One Stop Center' untuk nasi bungkus yang sedap. Pelbagai menu nasi bungkus disini termasuklah Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, Nasi Ayam Cobek dan macam-macam l...

PANTAI NUSUK SABAK KOTA BHARU | KEDAI NUSUK KIASATINA CELUP TEPUNG TANJUNG KUALA PENGKALAN CHEPA

Image
  Pantai Nusuk Sabak Kota Bharu Kelantan sebenarnya diambil dari perkataan 'Nusuk' iaitu 'Sembunyi'. Ini kerana pantai ini agak tersembunyi dan agak terpencil dari jalan besar ke Pantai Sabak. Oleh kerana pantai ini agak jauh dari jalan utama, para pengunjung kerap tersesat untuk sampai ke pantai berkenaan iaitu terletak di Tanjung Kuala dan ianya terletak di penghujung pesisir Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa. Sebenarnya pantai ini asalnya ialah sebuah pulau yang dipenuhi semak samun dan pokok bakau dan keadaan tanah disini berpaya. Lokasi ke Pantai Nusuk, Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, di daerah Kota Bharu Kelantan. https://goo.gl/maps/VBKJSwHWnD9PbzaP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga Video Penuh Rakaman Dron Rumah Dusun https://youtu.be/bWAypm61GSs Pantai Nusuk yang dahulunya agak tidak dikenali, dan sekarang telah menjadi satu tempat peranginan dan tempat untuk pengunjung bersantai bersama keluarga. Terdapat kedai makan...