Posts

Showing posts from September, 2020

FLOATING MARKET - PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU, KOTA BHARU KELANTAN

Image
Hari ni Kak K dan Abang K berkunjung ke Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'. Pasar terapung yang unik ini terletak di Cerana Villa Resort di Jalan Raja Sakti kira-kira 11 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Iaitu hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017. Ia beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.  Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan. Pasar terapung ini juga dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar. Selain aktiviti menjual beli, terdapat juga Cerana Cruise yang akan membawa pengunjung mengelilingi sungai dengan menaiki Perahu Kolek yang tidak sama dengan River Cruis...

FOOD HUNTER | KAK PAH ABE LAH IKAN BEKOK - Pantai Geting, Tumpat Kelantan

Image
Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk sarapan. Kak K dan Abang K pergi dengan basikal je, sambil terjah kedai kita orang jaga kesihatan juga ye. Jangan asyik makan je, kena la bersenam juga. Kak K dan Abang K kayuh basikal dalam 16km dari Kampung Morak ke Pantai Geting, dan laluan balik 21km dari Pantai Geting ke Kampung Morak melalui jalan Pengkalan Kubur - Wakaf Bharu. So total kami kayuh tak de jauh sangat, dalam 37km je.. 🤣 🤣 🤣 Kedai pilihan kami hari ni ialah Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah Abe Loh iaitu di Pantai Geting, Tumpat Kelantan. Menu utama kedai ni ialah Ikan Bekok. Bagi korang yang tak pernah rasa Ikan Bekok ni, rasa dia lebih kurang Ikan Kering je tapi lagi sedap la. dia punya isi ikan lembut. Memang sedap sangat sampai tak sedar makanan-makanan yang diambil dah habis dimakan... 🤣 🤣 🤣 Lokasi Kedai Kak Pah Abe Loh Ike Bekok klik link dibawah : https://goo.gl/maps/BeiEF2vND6q9iGwJA So korang kena datang lah dan rasa sendiri Ikan Bekok ni.. Harap de...

SINGGORA | KEUNIKAN RUMAH MELAYU KELANTAN

Image
Sebuah telaga berusia 100 tahun dan perahu menjadi elemen tambahan. Pemiliknya, Mohamad Salleh, 44, mengakui minat mendalam terhadap seni bina rumah tradisional memberi ilham kepadanya untuk merealisasikan kediaman unik itu di atas tanah seluas 700 kaki persegi. “Saya beli tanah ini pada 2005 dan mula mengumpul kayu cengal dari 12 rumah lama yang ingin diruntuhkan. Pada masa sama saya lakukan kajian mengenai rumah Melayu lama dan membuat sendiri pelan rumah ini. “Pada 2015, projek pembinaan rumah dijalankan dengan gabungan seni bina Kelantan dan Terengganu sebelum siap dua tahun kemudian,” katanya yang juga jurutera awam. Menurutnya, tujuan utama memilih konsep Melayu tradisional untuk mencipta suasana kampung biarpun berada di kawasan bandar. “Seni bina orang dulu-dulu, mereka mengambil kira faktor alam sebelum membina rumah. “Sama juga dengan rumah ini yang berlantai dan berdindingkan kayu selain mempunyai ‘sisip’ angin dibina bagi memudahkan pengaliran udara serta pencahayaan ...