FLOATING MARKET - PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU, KOTA BHARU KELANTAN
Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan. Pasar terapung ini juga dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar.
Selain aktiviti menjual beli, terdapat juga Cerana Cruise yang akan membawa pengunjung mengelilingi sungai dengan menaiki Perahu Kolek yang tidak sama dengan River Cruise yang ada ditempat lain dengan bayaran hanya RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Dengan menyusuri Sungai Pengkalan Datu dengan menaiki bot Perahu Kolek, anda boleh menikmati pengalaman menaiki bot di sungai berkenaan dan pergi melawat beberapa tarikan menarik di sekitar Pengkalan Datu.
Selain Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu, Cerana Villa turut menyediakan unit penginapan yang unik serta cantik di tepi Sungai Pengkalan Datu yang menyajikan ketenangan sungai. Anda boleh memilih unit penginapan jenis villa dan kabin dengan pemandangan lembangan sungai yang amat cantik.
Bukan sahaja penginapan, Cerana Villa juga ada restoran terapung yang menghidangkan sajian makanan yang lazat ala-ala Thailand yang popular di negeri Kelantan dengan harga yang berpatutan dan makanan yang sedap.
Persembahan juga akan diadakan pada hari tersebut seperti dikir barat, karaoke, dan sebagainya. Para pengunjung boleh membeli macam-macam jenis makanan tradisi negeri Kelantan.

Comments
Post a Comment