DIY PASANG BREK DISC BELAKANG NVX V1 / AEROX V1 | AEROX NVX OLD REAR BRAKE DRUM TO DISC CONVERSION


 Assalamualaikum, hari ni ada projek baru lagi untuk motor kesayangan abang NVX V1 atau AEROX V1. Motor abang ni dah genap 5 tahun. Hari ni dapat surat dah habis bayar, dah release hak milik dituntut. Terasa macam nak sobek sobek sikit la sbb dah habis bayar kan. ada duit lebih dalam RM200 sebulan, apa salahnya habiskan sikit duit tu untuk mencantikkan lagi motor ni.

Benda pertama yang abang nak buat kat motor ni ialah tukar brek belakang dari brek drum ke brek disc. Sebenarnya dah lama dah abang nak convert brek drum ke brek disc ni, tapi tak berkesempatan untuk buat lagi. Sekarang ni adalah masa yang sesuai disebabkan brek belakang dah jadi kurang grip. Kadang bila menuruni bukit yang jalan ada berpasir abang elakkan guna brek depan takut tayar slip, bila guna brek belakang macam tak mencengkam. Motor still bergerak jgk. Rasanya disebabkan brek belakang motor abang dah lama tak servis dan kemungkinan ada banyak habuk-habuk dalam mangkuk drum. So, inilah masa terbaik abang nak buat conversion dari drum ke disc. Sebelum korang nak mulakan projek ni, korang kena lah beli barang dulu. Ni ada link shopee yang abang beli, so korang tak perlu susah-susah cari barang yang mana yang patut korang beli. Takut nanti tersalah beli pula. Kalau guna link abang ni, barang sudah confirm boleh pakai. REAR DISC + REAR CALIPER BRAKE FOR YAMAHA NMAX https://s.shopee.com.my/8V6N7rYZM3 REAR DISC BRAKE HOSE FOR YAMAHA NMAX https://s.shopee.com.my/902dipPP85 REAR BRAKE PUMP (LEFT) FOR YAMAHA NMAX https://s.shopee.com.my/2BCJaIFghA YAMAHA OLD AEROX / NVX 155 REAR DISC BRAKE ADAPTER https://s.shopee.com.my/gNVnaJZFL Sudah ada semua barang-barang baru lah boleh mulakan proses conversion ni. Kerja tak mudah dan tak susah. Banyak kerja-kerja renyah je, sebenarnya benda ni PNP saja tapi adalah sikit-sikit nak kena canai, drill part-part tu. Secara kesimpulan dari pengalaman abang pasang keempat-empat barang tadi agak memuaskan. Semua berfungsi dengan baik. Brek pun sangat grip tapi ada la sikit rasa macam tak puas hati lagi. Mungkin sebab brek pad baru guna dan berkemungkinan juga disebabkan abang bleeding tak sempurna, tapi Alhamdulillah, sekarang brek belakang abang sudah sangat memuaskan daripada guna brek drum yang sebelum ni. Apa-apa pun, korang tonton je la video abang yang tak seberapa ni dan abang harap video ni akan memberi korang manfaat kepada sesiapa yang teringin nk tukar brek belakang YAMAHA NVX ni. Ini adalah video DIY pasang brek disc belakang nvx v1, aerox v1 | aeron nvx old rear brake drum to disc conversion, semoga bermanfaat... terima kasih kerana menonton

Comments