Melaka merupakan sebuah destinasi yang terkenal dengan banyak tempat tarikan serta sejarah. Antara tarikan yang anda wajib anda singgah jika ke Melaka bersama anak-anak adalah The Shore Oceanarium. Disini anak-anak anda bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut tetapi dapat juga menambahkan lagi ilmu mengenai hidupan laut. The Shore Oceanarium ini terletak di dalam The Shore Shopping Mall, betul-betul di sebelah sungai Melaka. The Shore Oceanarium sebenarnya mula dibuka beberapa tahun dahulu, namun pada 1 Disember 2019 yang lalu, ia telah menambahkan lagi tarikan di dalamnya dengan pembukaan fasa kedua. Disini anda bukan hanya dapat melihat pameran hidupan laut, tetapi dapat berinteraksi juga dengan sesetengah haiwan. Di Interactive Touch Pool anda dibenarkan untuk menyentuh pelbagai jenis hidupan laut. Antaranya ikan pari, starfish dan lain-lain lagi. Di Shark Quest pula Ada sebuah patung jerung yang besar disini untuk anda bergambar. Selain itu anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman berada dalam “Shark Cage". Di sini ada sebuah aquarium besar dimana akan ada sesi “Fish Feeding”. Seorang penyelam akan masuk kedalam aquarium tersebut dan memberi makan kepada ikan-ikan didalamnya. Selain itu ada juga 3D movie theatre di sini. Untuk ke The Shore Oceanarium, anda boleh terus menuju ke The Shore Shopping Complex dan The Shore Oceanarium ini terletak di tinggkat dua. Buat para ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi mana yang baik untuk bawa anak-anak bercuti, kami cadangkan untuk melawat The Shore Oceanarium Melaka. Destinasi ini bukan sahaja menyeronokkan untuk anak, malah boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap hidupan laut. Selain dari melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti Stadthuys, puncak st. paul, A Famosa serta banyak lagi tempat menarik seperti Zoo Melaka, Masjid Negeri Melaka, The Shore Oceanarium adalah tempat terbaik untuk dilawati semasa percutian anda. The Shore Oceanarium ini antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini terdapat pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut. Untuk ibu bapa, boleh jadikan The Shore Oceanarium sebagai destinasi bercuti sambil belajar untuk anak anda. Selain dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat, The Shore Oceanarium menawarkan banyak aktiviti menarik yang lain. Antaranya adalah seperti aktiviti Junggle Quest, Ocean Journey, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Kampung Penyu serta banyak lagi. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini. Sebenarnya sangat menarik untuk berkenalan dengan hidupan laut, hidupan laut merupakan anugerah semula jadi yang tidak terperi cantiknya dan mereka masih kekal sebagai satu misteri besar dalam kehidupan manusia. Waktu operasi The Shore Oceanarium dibuka setiap hari : Isnin - Ahad 10.30 am - 7.00 pm Harga Tiket: Dewasa 13 tahun - 59 tahun RM40 Kanak-Kanak 4 tahun - 12 tahun RM30 Lokasi The Shore Oceanarium https://maps.app.goo.gl/TbivSt3Km5zg3HW6A Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Melaka khususnya, tempat menarik di Malaysia amnya. Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum... Ini adalah video vlog The Shore Oceanarium, salah satu tempat wajib singah di Melaka, Tempat ini juga adalah tempat menarik di Melaka.
#theShoreOceanarium #melakaBilaLarutMalam #tempatMenarikDiMelaka #tempatmenarikdimalaysia
Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee.
Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 30 Pro
https://s.shopee.com.my/6AQl4Y4JZ7
Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4
https://s.shopee.com.my/7zsPG2CFBS
Guna Microphone Saramonic Blink 500
https://s.shopee.com.my/9f0dFAv50v
Video Dron guna DJI Mini 4 Pro
https://s.shopee.com.my/8ABpSSiSd6

Comments
Post a Comment