Assalamualaikum gais... Hari ni abang K dan Kak K berkayuh basikal 17km pergi dan 17 km perjalanan balik, kami berkayuh sejauh 34km semata-mata nak ke Kak Yah Budu Tempayan di Pantai Geting. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya `budu tempayan' ni? Bagi mereka yang tinggal disekitar #Tumpat, Kelantan, mungkin semuanya tahu kerana budu tersebut diproses dan diperapkan ke dalam tempayan. Ada juga persoalan timbul berapa lama perlu diperap baru boleh dimakan dan dijual?Jawapannya seawal enam bulan ataupun paling lama setahun sebab makin lama disimpan dalam bekas tu makin sedap rasanya. Tapi zaman canggih sekarang ni...pengusaha budu dah menukarkan tempayan dengan bekas tangki plastik besar untuk menjaga kebersihannya. Salah seorang pengusaha budu tempayan yang tersohor ialah Wan Sofiah Wan Yusof dari Kampung Pantai Geting atau mesra dipanggil Kak Yah. Kak Yah ibu kepada lima anak itu mula buka kilang budu tempayan sejak enam tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambutan ramai. Jadi pada siapa yang nak rasa budu ini... abang K dan Kak K syorkan datang dan beli dengan Kak Yah ni sebab budunya memang sedap sangat. Harap dengan review ni, anda dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang tempat yang ada menjual budu tempayan yang sangat sedak dan juga menjual Ikan Bekok. Lokasi ke kedai Kak Yah Budu Tempayan boleh menggunakan aplikasi GPS, klik di link ini... https://goo.gl/maps/NSpD5Rkk9G86FLMi8 Jangan lupa subscribe channel Addashuk tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi review tempat-tempat yang menarik.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye.. #buduPaye #buduTempayan #kakPahBuduPaye #pantaiGeting

Comments
Post a Comment