
Stesen KTM Gua Musang (stesen keretapi Gua Musang) merupakan salah satu stesen kereta api utama di Laluan Pantai Timur Malaysia (Jungle Line) yang terletak di negeri Kelantan.
Perkhidmatan kereta api ke Gua Musang dikendalikan oleh Malaysia Railways - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kedua-dua kereta api Intercity jarak jauh dan tren Ulang-alik tempatan yang berkhidmat di perhentian ini.
Keretapi lokal dari Stesen Keretapi Tumpat ke Stesen Keretapi Gua Musang akan singgah untuk mengambil dan menurunkan penumpang di stesen ini. Gua Musang ialah stesen penamat bagi laluan keretapi lokal. Perjalanan dari Stesen Dabong ke Stesen Keretapi Tumpat adalah sangat menarik kerana terdapat laluan dimana keretapi akan melalui 8 buah terowong lama.
8 buah terowong lama telah dibina dizaman British bagi landasan keretapi antara Stesen Keretapi Dabong dengan Stesen Keretapi Kuala Karai. Dalam terowong hanya terdapat satu landasan keretapi yang amat sempit. Untuk mengelakkan pertembungan keretapi, keretapi lokal akan berhenti selama 30 minit hingga 1 jam di stesen keretapi Kemubu atau Stesen Keretapi Limau Kasturi kerana di stesen terdapat dua landasan. Untuk info, disepanjang Stesen Keretapi Tumpat hingga ke Stesen Keretapi Gemas hanya terdapat satu landasan keretapi sahaja.
Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang menggunakan Stesen Dabong ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas.
Keretapi Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad biasanya dikenali dengan singkatan KTM atau KTMB menjalankan perkhidmatan kereta api di sepanjang Laluan Pantai Timur dengan perkhidmatan jarak jauh Antara Bandar menuju ke ataupun dari Tumpat di utara dan ke atau dari JB Sentral di Johor Bahru di selatan. Anda juga boleh menaiki perkhidmatan tren Shuttle di Kelantan yang berhenti di setiap stesen sepanjang laluan untuk perjalanan kereta api yang lebih singkat. Untuk pergi dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan kereta api anda perlu menukar tren di stesen Gemas di mana Laluan Pantai Timur bersambung ke Laluan Pantai Barat dan menaiki kereta api ETS dari Gemas ke KL.
Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.
Tonton kesemua episod Jelajah KTMB
EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT
https://youtu.be/HdT8F8y4f_M
EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU
https://youtu.be/3tHD9RX3_N0
EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS
https://youtu.be/GCg0WmCrMr4
EP4 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TANAH MERAH
https://youtu.be/O6S-biYYKqM
EP5 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI KUALA KRAI
https://youtu.be/eaa-mB4f3xg
EP6 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI DABONG
https://youtu.be/FdXqUTumlzw
EP7 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI GUA MUSANG
https://youtu.be/tKzMzSkcYx0
EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD TANAH MERAH
https://youtu.be/LOxIPGFqhqM
Comments
Post a Comment