Stesen KTMB Kuala Krai ( Stesen Keretapi Kuala Krai ) terletak di Kelantan di Laluan Pantai Timur ( Jungle Line ) dan merupakan stesen kereta api yang terletak di Bandar Kuala Krai Kelantan. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Keretapi lokal dari Stesen Keretapi Tumpat ke Stesen Keretapi Gua Musang akan singgah untuk mengambil dan menurunkan penumpang di stesen ini. Gua Musang ialah stesen penamat bagi laluan keretapi lokal. Perjalanan dari Stesen Kuala Krai yang sangat menarik yang terdapat di laluan kerana keretapi akan melalui 6 buah terowong lama untuk sampai ke Stesen Keretapi Dabong. Tangga Krai ataupun dipanggil juga Tangga Bradley adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Kuala Krai. Tangga Krai adalah tinggalan British ketika dijajah suatu masa dahulu. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang menggunakan Stesen Kuala Krai ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Keretapi Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad biasanya dikenali dengan singkatan KTM atau KTMB menjalankan perkhidmatan kereta api di sepanjang Laluan Pantai Timur dengan perkhidmatan jarak jauh Antara Bandar menuju ke ataupun dari Tumpat di utara dan ke atau dari JB Sentral di Johor Bahru di selatan. Anda juga boleh menaiki perkhidmatan tren Shuttle di Kelantan yang berhenti di setiap stesen sepanjang laluan untuk perjalanan kereta api yang lebih singkat. Untuk pergi dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan kereta api anda perlu menukar tren di stesen Gemas di mana Laluan Pantai Timur bersambung ke Laluan Pantai Barat dan menaiki kereta api ETS dari Gemas ke KL. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.
Tonton kesemua episod Jelajah KTMB EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT https://youtu.be/HdT8F8y4f_M EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU https://youtu.be/3tHD9RX3_N0 EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS https://youtu.be/GCg0WmCrMr4 EP4 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TANAH MERAH https://youtu.be/O6S-biYYKqM EP5 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI KUALA KRAI https://youtu.be/eaa-mB4f3xg EP6 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI DABONG https://youtu.be/FdXqUTumlzw EP7 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI GUA MUSANG https://youtu.be/tKzMzSkcYx0 EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD TANAH MERAH https://youtu.be/LOxIPGFqhqM

Comments
Post a Comment