EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2
Jambatan Guillemard adalah merupakan jambatan keretapi strukturnya kebanyakan adalah dibina daripada besi tumpat. Jambatan Guillemard ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula dari sebelah Paloh Rawa Machang ke Kusial Tanah Merah. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1920 dan siap pada tahun 1924. Jambatan Keretapi Guillemard ini adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia iaitu 600 meter panjang. Jambatan ini dibina oleh Metro Carriage & Finance Company Limited dari Wednesbury Works England yang siap pada tahun 1824 setelah 4 tahun pembinaannya. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Jambatan Guillemard ini dinamakan sempena nama Gabenor British pada ketika itu iaitu Sir Laurence Guillemard. Jambatan Guillemard ini pada asalnya dibina untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain pada ketika itu. Dan setelah jambatan lain yang berdekatan telah siap dibina pada 1 Februari 1948, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan oleh kenderaan bermotor sebaliknya jambatan tersebut hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja. Pada 12 Disember 1941, Jambatan Guillemard ini telah dibom oleh tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Sehingga kini sisa-sisa besi dari kemusnahan jambatan ini masih kelihatan. Anda boleh menonton video ini pada minit ke 5:02 untuk melihat sisa-sisa tinggalan perang dunia II. Setelah tamatnya perang dunia II pada tahun 1948, Jambatan Keretapi Guillemard telah dibuka semula untuk kenderaan. Keretapi lokal dari Stesen Keretapi Tumpat ke Stesen Keretapi Gua Musang akan singgah untuk mengambil dan menurunkan penumpang di stesen ini. Gua Musang ialah stesen penamat bagi laluan keretapi lokal. Perjalanan dari Stesen Dabong ke Stesen Keretapi Tumpat adalah sangat menarik kerana terdapat laluan dimana keretapi akan melalui 8 buah terowong lama. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang menggunakan Stesen Dabong ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Keretapi Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad biasanya dikenali dengan singkatan KTM atau KTMB menjalankan perkhidmatan kereta api di sepanjang Laluan Pantai Timur dengan perkhidmatan jarak jauh Antara Bandar menuju ke ataupun dari Tumpat di utara dan ke atau dari JB Sentral di Johor Bahru di selatan. Anda juga boleh menaiki perkhidmatan tren Shuttle di Kelantan yang berhenti di setiap stesen sepanjang laluan untuk perjalanan kereta api yang lebih singkat. Untuk pergi dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan kereta api anda perlu menukar tren di stesen Gemas di mana Laluan Pantai Timur bersambung ke Laluan Pantai Barat dan menaiki kereta api ETS dari Gemas ke KL. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.
Tonton kesemua episod Jelajah KTMB EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT https://youtu.be/HdT8F8y4f_M EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU https://youtu.be/3tHD9RX3_N0 EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS https://youtu.be/GCg0WmCrMr4 EP4 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TANAH MERAH https://youtu.be/O6S-biYYKqM EP5 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI KUALA KRAI https://youtu.be/eaa-mB4f3xg EP6 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI DABONG https://youtu.be/FdXqUTumlzw EP7 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI GUA MUSANG https://youtu.be/tKzMzSkcYx0 EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD TANAH MERAH https://youtu.be/LOxIPGFqhqM

Comments
Post a Comment