KAMPUNG BUDAYA DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU


 Assalamualaikum, so hari ni kami Adda & Shuk bawa anak-anak ke Perkampungan Budaya yang terletak di Muzium Negeri Terengganu. Memang best la bawa anak-anak melawat rumah-rumah tradisional masyarakat Melayu Terengganu. Kami dapat banyak info tentang senibina rumah melayu Terengganu. Kami juga bertuah kerana semasa kami berkunjung ke sini, terdapat program dikir barat yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu.

Lokasi Perkampungan Budaya Muzium Negeri Terengganu https://maps.app.goo.gl/xwKr6sFJDUB6ANTx8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Industri pelancongan di negeri Terengganu lebih rancak dengan kewujudan produk baharu iaitu Kampung Budaya Terengganu, yang telah dibuka kepada orang ramai pada 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata Kampung Budaya Terengganu yang terletak berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu itu mempunyai tujuh buah rumah yang setiap satunya mempunyai keunikan binaan yang tersendiri. Kampung budaya ini telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Terenggnu. Di Muzium Negeri ada rumah-rumah tradisional yang asalnya milik muzium tetapi sekarang telah asingkan. Perkampungan Budaya ini berdekatan dengan beberapa lagi tarikan pelancongan di situ. Anda boleh pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI), muzium dan terus ke kampung budaya. Sebanyak RM2 juta setahun akan diperuntukkan bagi pelaksanaan muzium tersebut termasuk kos sumber manusia, kelengkapan muzium, pertunjukan kebudayaan dan sebagainya. Baayaran masuk akan dikenakan untuk pengunjung namun harganya lebih rendah berbanding perkampungan budaya yang terdapat di negeri-negeri lain. Bayaran Masuk ke Perkampungan Budaya Muzium Negeri Terengganu RM5 untuk dewasa RM2 untuk kanak-kanak Percuma untuk warga OKU, Warga Emas dan kanak-kanak 0-7 tahun Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis (Jumaat Tutup) 9.00 pagi - 5.00 petang Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium tercantik dan terbesar di Asia Tenggara. Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, tujuh buah rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi. So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum... Ini adalah video melawat Kampung Budaya di Muzium Negeri Terengganu iaitu salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu.

#muzium #muziumNegeri #muziumNegeriTerengganu #muziumTerbesarDiAsiaTenggara #tempatMenarikTerengganu #muziumTerengganu #kampungBudayaTerengganu #muziumKualaTerengganu #muziumTercantikDiMalaysia #museumAtTerengganu #kampungbudaya

Comments