CAMERON CENTRUM MALL BRINCHANG | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Dimasa Cameron Centrum baru dibuka duhulu, ramai orang berpusu-pusu masuk kesini disebabkan suka suasananya seperti luar negara. Bukan apa, ini adalah satu-satunya shopping mall gaya moden kat Cameron yang ada. Dahulunya bila cuti di Cameron Highland Pahang Malaysia, asyik bergambar dengan bunga sahaja. Sekarang anda boleh mengambil gambar lebih cantik dengan suasana bertema kan London juga. Anda mungkin boleh terlupa yang anda berada di Malaysia. Ini shopping mall terbaru kat Cameron Highlands ini. Dan shopping mall Cameron Centrum adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland ini buka sampai malam hari. Jadi anda boleh keluar dengan keluarga bila malam tiba. Ramai yang suka ke sini sebab didalamnya kelihatan seperti bandar moden dan sangat cantik. Boleh ber OOTD dan bergambar untuk kenang kenangan. Untuk masuk kesini adalah percuma.

Lokasi Cameron Centrum Cameron Highland https://goo.gl/maps/f2rN2TPVqhdvGRL59

Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com

Alang-alang anda sudah berada di sini, anda boleh makan malam di kedai fast food seperti Pizza Hut dan Marrybrown, Starbucks, Family Mart. Dan untuk anda yang ingin beli barang keperluan cuti, boleh jenguk barang barang berkenaan di supermarket Billion di tingkat bawah. Sesetengah signboard di sini seperti Family Mart adalah berwarna hitam putih. Dan bukannya hijau macam biasa. Sebabnya polisi syarikat Family Mart menyatakan yang warna hijau untuk signboardnya akan dibuat begitu untuk cawangan yang kawasannya ada panorama cantik berlatar belakangkan alam semulajadi. Sebab mereka tidak mahu warna hijau signboard mereka lebih menyerlah dari suasana hijau alam sekitarnya.

Apa Ada Di Cameron Centrum Mall Brinchang ni? Cameron Centrum adalah tempat wajib pergi di Cameron Highland. Antara tarikan yang ada dekat sini ialah ada disediakan perkhidmatan Tram, ada deretan kedai seperti Baskin Robbins, Family Mart, Marrybrown, Billion, Guardian Dan banyak lagi kedai yang akan dibuka. Cameron Centrum adalah salah satu tarikan baru Di Brinchang Cameron Highlands yang sangat cantik seolah olah anda berada di negara Eropah. Kalau jalan-jalan di mall terbaru Cameron Centrum ni rasa macam tengah jalan dekat Eropah. Dengan suhu sejuknya, dan senibina bangunan ala-ala English style memang boleh lupa rupanya anda berada di Malaysia. Siapa yang suka selfie, disinilah portnya… Memang puas hati untuk menangkap gambar. Salah satu tempat menarik di Cameron Highland ini adalah Cameron Centrum Mall.

Setakat ini sahaja video yang kami sediakan kali ini. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa sabskraib addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

SHEEP SANCTUARY BRINCHANG | KEA FARM | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Video ini adalah tentang Sheep Sanctuary Brinchang iaitu salah satu tempat wajib pergi di Cameron Highlands Malaysia apabila anda bercuti disini. Semasa Hujung Minggu baru-baru ini, kami telah bercuti selama 3 hari 2 malam di Cameron Highland. Cameron Highlands, yang terletak di Pahang terkenal dengan cuaca yang sejuk, lembah teh yang indah, dan ladang strawberi yang lazat. Walau bagaimanapun, semasa lawatan baru-baru ini, kami secara tidak sengaja terjumpa The Hidden Germ iaitu Sheep Sanctuary. Sheep Sanctuary ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highland ini terletak betul-betul di tepi pasar Kea Farm yang sibuk. Terdapat papan tanda besar di pintu masuk dengan kambing biri-biri kartun di atasnya. Untuk melawat Sheep Sanctuary, anda perlu membayar tiket masuk sebanyak RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak berumur 4 – 12 tahun. Bayaran masuk juga termasuk kotak kecil makanan untuk anda memberi makan biri-biri.

Lokasi Sheep Sanctuary Brinchang Cameron Highland
https://goo.gl/maps/bhjCTseg7TEf1iT6A

Lawati juga Blog Addashuk untuk artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Sebaik sahaja anda telah membeli tiket, anda perlu menuruni jalan di belakang kaunter, dan turun lebih jauh dengan tangga untuk sampai ke kandang biri-biri. Sila ingat untuk memakai kasut yang selesa kerana jalan menjadi agak licin apabila basah. Kambing biri-biri disini gebu dan putih, comel dan gemuk. Di pintu masuk ke kendang biri-biri itu, terdapat kira-kira 5 ekor biri-biri gebu menyambut kami, dan kami dapat melihat lebih banyak biri-biri di bawah. Anda bebas membelai dan memberi makan biri-biri dengan makanan yang disediakan, sama ada di tapak tangan anda atau di atas lantai. Kami agak terkejut betapa terpeliharanya keseluruhan kawasan itu, tidak ada sampah dan najis biri-biri yang kelihatan. Jika sesiapa pernah ke mana-mana zoo haiwan peliharaan, anda pasti tahu apa yang saya maksudkan tentang najis haiwan yang berada di mana-mana. Bulu kambing biri-biri juga diurus dengan baik, dan saya percaya penjaga atau penjaga biri-biri benar-benar menjaga biri-biri tersebut.

Selepas menghabiskan kira-kira 1 jam bermain dengan biri-biri, kami memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada makhluk kecil yang comel itu. Semasa keluar, jangan lupa singgah ke kafe untuk membeli Aiskrim Strawberi. Ais krim diperbuat daripada strawberi tulen dan sangat sedap. Sheep Sanctuary pastinya adalah salah satu tempat dalam senarai yang wajib singgah sekiranya anda bercuti di Cameron Highlands Pahang. Bawa anak-anak anda bermain dengan biri-biri dan pastinya anak-anak akan gembira. Nasihat saya ialah datang ke sini awal pagi dan letak kereta anda di tempat letak kereta terbuka Kea Farm yang bersebelahan dengan Sheep Sanctuary. Kadar tempat letak kereta adalah RM5. Seluruh kawasan adalah pasar yang sibuk di mana anda boleh membeli strawberi, sayur-sayuran dan juga makanan jalanan, seperti sayur-sayuran Broccoli, Cendawan Goreng dan Strawberi Celup Coklat. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan Waze dan mencari Sheep Sanctuary atau Kea Farm. Lokasinya betul-betul di sebelah persimpangan ke Ladang Strawberi Bukit Raaju jika anda datang dari Tanah Rata. Sheep Sanctuary ini adalah tempat wajib singgah di Cameron Highland.

Setakat ini sahaja video yang kami sediakan kali ini. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa sabskraib addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

PASAR MALAM BRINCHANG | PASAR MALAM GOLDEN HILLS | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum, kali ni addashuk channel akan bawa anda ke Pasar Malam Brinchang ataupun juga dikenali dengan nama Pasar Malam Golden Hills oleh kerana Pasar malam ini kini telah berpindah ke Jalan Golden Hills. Pasar malam Golden Hills ini hampir sama dengan Pasar Kea Farm dan barangan yang dijual juga lebih kurang sama dengan yang ada di Kea Farm Cameron Highland. Bezanya cuma kat Pasar Malam Brinchang suhu sangat sejuk dalam Malaysia ini kerana pasar ini beroperasi pada waktu malam.

Lokasi Pasar Malam Brinchang / Pasar Malam Golden Hill
https://goo.gl/maps/HQbBuptR2QPfU8ND6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Jadi kalau anda yang ingin mencari menu untuk makan malam, disinilah tempat yang anda wajib datang. Disini ada dijual aiskrim, mee goreng, apam balik atau nasi ayam untuk anda cuba.Untuk anda yang ingin pulang keesokkan hari nya, dan anda tak mahu singgah ke mana-mana dalam perjalanan balik nanti, pasar malam Brinchang ini ada dijual buah strawberi dan juga sayur-sayuran. Pasar Malam Brinchang boleh jadi tempat tarikan terakhir yang anda singgah sebelum pulang.

Pasar Malam Brinchang ini hampir sama dengan kebanyakkan pasar malam lain di Malaysia. Dan apa yg dijual dalam pasar malam Brinchang selalunya ada dijual di kawasan lain dalam Cameron Highlands. Yang buat pasar malam Brinchang ini terkenal ada 2 sebab. Pertamanya, ini sahaja tarikan yang ada kat Cameron Highland pada sebelah malam. Dan kedua, sebab cuacanya yang sejuk pada sebelah malam. Jadi kalau makan jagung atau ubi stim panas, anda akan merasa sangat nikmat.

Sekiranya anda sudah lama tidak ke sini, kami nak beritahu. Pasar malam ini bukan lagi di dengan Star Regency HotePasar Malam Brinchang sudah bertukar ke Jalan Golden Hills. Sekiranya anda seorang yang sangat suka membeli belah di pasar malam, anda boleh menempah hotel atau homestay di Cameron Highland yang dekat dengan pasar malam. Untuk mengelakkan kesesakan, kami nasihatkan anda datang petang, dan bukan malam. Selalunyal. dari pukul 5.00 hingga 6.00 petang. Sekiranya anda datang di sebelah malam diantara pukul 8.00 hingga 10.00 malam, anda akan terperangkap dalam kesesakan lagi-lagi pada musim cuti.

Hari Pasar Malam Brinchang beroperasi adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Waktu Operasi Pasar Malam Brinchang adalah dari pukul 5.00 petang hingga pukul 11.00 malam.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

KEA GARDEN GUEST HOUSE | KEA GARDEN MINI CHALET | HOTEL TERBAIK DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum guys, hari ni kami nak kongsikan satu pengalaman semasa percutian ke Cameron Highland tempoh hari. Sebenarnya kami nak sangat mencuba bermalam di Kea Garden Guest House. Akan tetapi kami tidak berpeluang untuk itu kerana Kea Garden Guest House ni telah penuh. Tapi tidak mengapa, pihak Kea Garden Guest House mengalu-alukan pengunjung datang kesini untuk bergambar di sekitar. So kami tidak lepas kan peluang untuk datang dan tengok sendiri suasana di Kea Garden Guest House ni. Memang tidak dinafikan seolah-olah berada dalam taman yang tersangatlah indah. Kalau anda ingin bermalam disini kalau anda rasa mahal untuk Guest House, anda boleh menempah Kea Garden Mini Chalet. Kea Garden Guest House ni adalah salah satu tempat wajib pergi di Cameron Highland. Kea Garden Guest House adalah salah satu hotel terbaik di Cameron Highland.

Lokasi Kea Garden Guest House
https://goo.gl/maps/KXzmyyR1PvzaczYbA

Lawati juga Blog Addashuk untuk artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Kea Garden Guest House ni ada bilik yangg ada balkoni dan ada juga yang tidak ada. Berhadapan dengan setiap bilik, buka sahaja pintu terus nampak taman bunga. Memang menarik sangat. Harga bilik ini memang mampu milik dan memang hotel bajet untuk anda. Kalau anda inginkan bilik yang lagi bajet, anda boleh menempah Kea Garden Mini Chalet dan harga lebih kurang RM80 untuk semalaman. Tapi Chalet ni memang untuk katil sahaja dan agak kecil tapi sangat berbaloi untuk tidur sahaja, ala-ala macam campsite gitu. Parking pun disediakan dan ianya percuma iaitu parking bawah tanah. Kat sini juga ada disediakan mesin air cucckoo dan sedikit air dan maggi, ada juga dijual makanan ringan di kaunter.

Kea Garden Guest House ini terletak betul-betul di belakang Pasar Kea Farm. Anda boleh tengok video yang kami rakam melalui udara menggunakan dron. So kalau anda yang merancang untuk park kereta dan ingin jalan-jalan di Pasar Kea Farm tanpa perlu memandu boleh lah book Kea Garden Guest House atau Kea Garden Mini Chalet. Kawasan berdekatan juga boleh pergi ke Sheep Santuary dan Muzium 5D. Antara tempat menarik di Cameron Highland, Kea Garden Guest House adalah salah satu daripadanya juga tempat wajib singgah di Cameron Highland.

Kami kesini untuk membeli sayur-sayuran, jagung dan bermacam-macam lagi. Sayur-saryuan yang dijual berharga RM10 1 pack. Macam-macam anda boleh beli kat sini seperti kek, buah strawberi, ubi dan bunga-bunga. Memang best sebab tak payah nak hadap jam nak pergi pasar. Kat depan hotel ni juga kalau waktu malam untuk dinner, anda boleh cuba rasa steamboat kat kedai Sinar Hijjaz Steamboat. Memang best steamboat kat sini. Harga pun sangat berpatutan dewasa RM30, kanak-kanak RM20. Buffet juga ada dijual disini dan banyak juga pilihan makanan.

Akhir sekali, Addashuk Channel mengesyorkan tempat wajib singgah ini Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands 5 bintang. Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

PASAR KEA FARM BRINCHANG | KEA MARKET | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Kea Farm ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang paling popular ialah pasar pagi Kea Farm. Ia adalah destinasi tempat wajib singgah jika anda bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Walaupun digelar pasar pagi, ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang.

Alamat :
Kea Farm Brinchang,
39000 Cameron highlands,
Pahang

Lokasi Pasar Kea Farm
https://goo.gl/maps/JG4aPQ1k1ZtSswdA7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Pasar Kea Farm terkenal dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan pokok-pokok bunga yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Namun hakikatnya, tidak semua barangan lebih murah. Anda boleh bandingkan harga dan tawar-menawar sebelum membeli. Banyak pilihan deretan kedai disini. Yang penting anda jangan gopoh.

Lokasi Pasar Kea Farm adalah lebih kurang 4KM dari pekan Brinchang iaitu hampir 30 minit memandu. Ia terletak ditepi jalan sahaja. Anda tidak akan terlepas pandang tempat ini kerana ia selalu sesak dan kereta banyak yang parkir ditepi jalan.

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands ini adalah tempat membeli-belah yang paling terkenal di Cameron Highland. Banyak produk tempatan boleh dijual disini. Apa yang menarik ialah buah-buahan dan sayuran yang dijual disini segar dari ladang. Harganya juga dikatakan lebih murah berbanding harga ditempat lain. Selain itu, barangan cenderahati juga banyak dijual disini.

Berbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di Cameron Highlands juga terdapat disini. Antara yang selalu mendapat perhatian pengunjung ialah tomato, bunga kobis, broccoli, carrot dan capsicum. Buah-buahan juga tidak kurang banyaknya. Antara buah-buahan popular termasuk strawberi, limau dan oren. Apa yang sering diperkatakan bila membeli di Kea Farm ialah jagung manis. Ada beberapa jenis jagung yang dijual yang popular seperti jagung mutiara manis tetapi yang paling laris ialah jagung manis musang king.

Satu lagi hasil tempatan popular disini ialah ubi keledek purple. Ubi keledek manis yang dijual disini sangat sedap. Jika anda belum pernah rasa sebelum ini, anda boleh beli dari gerai yang menjual keledek rebus disekitar kawasan Kea Farm ini. Kebanyakkan makanan yang dijual disini ialah produk hasil tempatan yang diceritakan tadi seperti keledek manis dan jagung manis. Selain itu, makanan yang selalu dibeli pengunjung ialah strawberi coklat, cendawan goreng dan berbagai buah-buahan kering. Jika anda tidak sempat membeli pokok-pokok bunga ditempat lain sebelum ini, jangan risau, di Pasar pagi Kea Farm ini juga tedapat berbagai jenis pokok bunga untuk anda pilih.

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands adalah salah satu tempat mesti dilawati di Cameron Highland. Waktu yang paling sesuai untuk singgah disini ialah sebelum anda pulang bercuti. Anda tidak perlu membeli awal kerana dikhuatiri barangan yang dibeli akan buruk atau basi kerana tiada tempat penyimpanan khusus. Membeli barangan dalam perjalanan pulang adalah yang terbaik dilakukan untuk memastikan kita mendapat barangan segar dari ladang apabila sampai dirumah nanti.

Jika dahulu, Pasar Kea Farm memang sesak dan susah mendapat parking, sekarang tidak lagi. Ada ruang letak kereta yang luas disediakan diseberang jalan. Jangan parking ditepi jalan kerana ianya akan mengganggu lalulintas dan pengguna jalanraya lain. Akhir sekali, Addashuk Channel mengesyorkan tempat wajib singgah ini Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands 5 bintang.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

CAT HOUSE CAMERON HIGHLAND | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum, Kali ni kita ke satu tempat yang wajib singgah sekiranya datang bercuti di Cameron Highlands. Tempat yang dimaksudkan adalah Cat House Cameron Highlands. Disini terdapat pelbagai jenis kucing dan anak-anak boleh memegang juga boleh bergambar dengan kucing kegemaran. So kepada Cat Lovers tu anda mesti datang ke sini. Pelbagai jenis spesis kucing yang di pelihara di sini. Diantaranya Pixie Bob, Ragdoll Scottish Fold, Don Sphynx, British Longhair, Maine Coon. Semestinya anak-anak anda suka berkunjung kesini.

Cat House Cameron Highland ni adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highlands. Kalau anda bercuti di Cameron Highlands, Cat House ni antara tempat menarik di Cameron Highlands.

Alamat :
Cat House, Cameron Highlands Malaysia
Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Brinchang, Pahang.

Telephone : 012-889 2536

Lokasi Cat House Cameron Higland
https://goo.gl/maps/FtURBZ9qWtPUREnN6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

CAMERON VALLEY TEA HOUSE 1 | BHARAT TEA PLANTATION | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum.. Kali ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland iaitu Cameron Valley Tea House 1. Bharat Tea Plantation ni tak silap kami ada 3 Tea House, so kami pergi yang Cameron Valley Tea House 1. Kat sini memang best la dan kat sini adalah port terbaik untuk bergambar. Sebelum ni kami pernah pergi ke Cameron Valley Tea House 2 dan Cameron Valley Tea House 3.

Lokasi Cameron Valley Tea House 1
https://goo.gl/maps/1f26HAtiHvi6Q6e37

Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel yang menarik.
https://www.addashuk.com

Harga Tiket Tram
RM15 Dewawa
RM7 Kanak-kanak

Untuk pertama kali datang, anda semua wajib menaiki tram untuk ke bawah. memang tempat ni sangat cantik untuk bergambar. Ada tempat air terjun. Memang lawa sangat. So pada anda yang belum pernah datang sini, wajib la anda semua plan dan singgah di Cameron Valley Tea House 1 ni. Tempat ni adalah salah satu tempat menarik di Cameron Highland. Kalau bagi kami, sekiranya anda berkunjung kesini, tempat ni adalah tempat wajib pergi di Cameron Highland.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

MUZIUM NEGERI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Muzium Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1990 iaitu bertempat dibangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB iaitu di Jalan Hospital yang diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, AKTA 645. Muzium Negeri Kelantan ini adalah salah satu tempat wajib singgah di Kota Bharu.

Lokasi Muzium Negeri Kelantan
https://goo.gl/maps/fYaWybPXhfcMtXGT6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Muzium Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri Kelantan terletak bersebelahan Bulatan Tuan Padang ataupun nama lain Bulatan Kijang dalam bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks ini juga terletaknya Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C).

Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu dan adalah salah satu tempat menarik di Kelantan. Sebelum bangunan ini dijadikan Muzium Negeri, ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB. Bangunan tersebut telah di baikpulih dan di buat beberapa perubahan untuk kesesuaian bagi sebuah Muzium.

Pada tahun 1988 bahagian dalam bangunan Muzium ini telah diubahsuai dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran asal pameran Muzium negeri ini ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Dan pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain lagi. Pada bahagian bawah bangunan pula selain ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian. Muzium ini adalah salah satu tempat menarik di Kota Bharu dan juga tempat wajib dilawati di Kota Bharu.

Di dalam Muzium Negeri Kelantan ini terdapat replika gua-gua bersejarah di Negeri Kelantan dan sudut pameran Dikir Barat. Ada juga sudut pameran Wayang Kulit Kelantan serta sudut pameran Wau Kelantan. Tidak ketinggalan juga ada dipamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional Negeri Kelantan serta sudut permainan Congkak. Juga di sediakan sudut pameran Silat Melayu dan Diorama Permainan Tradisional Rakyat Kelantan.

Matlamat asal penubuhan Muzium Negeri Kelantan ialah kerana ingin memaparkan sejarah dan budaya Negeri Kelantan untuk tatapan generasi yang akan datang am nya supaya mereka tahu asal usul budaya negeri mereka.

Bayaran masuk Muzium Negeri Kelantan untuk orang dewasa adalah RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak manakala bukan warganegara pula ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Waktu operasi Muzium negeri Kelantan ialah setiap hari kecuali hari Jumaat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang. Tempat wajib singgah di Kota Bharu adalah Muzium Negeri Kelantan.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

MASJID BEIJING | MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA RANTAU PANJANG KELANTAN MIRIP MASJID NIUJIE

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ataupun dipanggil juga dengan nama Masjid Beijing merupakan sebuah masjid yang unik dan terletak di pekan Rantau Panjang, Kelantan. Rantau Panjang adalah terletak didalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid Jubli Perak Sultak Ismail Petra ataupun sinonim dengan nama Masjid Beijing ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Lokasi Masjid Niujie Rantau Panjang
https://goo.gl/maps/yRxr4GzuVHMKqETt6

Lawati juga blog Addashuk untuk informasi menarik
https://www.addashuk.com

Tonton juga video penuh dron Masjid Beijing
https://youtu.be/nGik-EYqPjg

Lokasi Masjid Beijing ini ialah terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang lebih kurang 2km dari Pekan Rantau Panjang yang berkeluasan 3.7 ekar. Masjid ini mula dibina pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan pada Ogos 2009. Anggaran kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM8,8 juta. Masjid ini boleh memuatkian seramai 1000 jemaah pada satu-satu masa.

Tercetusnya idea untuk membina masjid ini ialah daripada Armarhum YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan pada ketika itu. Pada masa itu satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Besar Kelantan telah dibentuk untuk mengenal pasti rekabentuk dan tapak yang sesuai untuk tujuan pembinaan masjid tersebut. Pada mulanya beberapa tapak dikenalpasti di Bandar Kota Bharu dan Pasir Pekan. Walau bagaimana pun setelah di teliti, di dapati semua tapak-tapak tersebut tidak sesuai kerana keluasan nya kurang mencukupi dan memerlukan pengambilan balik tanah dengan kos yang tinggi. Dan akhirnya jawatankuasa telah mengenalpasti tapak baru seluas 3.7 ekar di tepi Lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang. Dan setelah berbincang, ahli jawantankuasa bersetuju supaya senibina masjid ini bercirikan Masjid Niujie di Beijing, China.

WARISAN NASI KUKUS | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Warisan Nasi Kukus. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus disini.

Lokasi Warisan Nasi Kukus
https://goo.gl/maps/ucUesRNj7TjwGiGt5

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Untuk peminat nasi kukus, kalau anda ke Kota Bharu ataupun bercuti di kawasan Kota Bharu, cuba lah ke Jalan Kebun Sultan dan cuba ke Warisan Nasi Kukus untuk merasai nasi kukus asal dari negeri Kelantan. Warisan Nasi kukus sudah mula berniaga di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sejak tahun 1972.

Waktu Operasi Warisan Nasi Kukus
Jumaat 2:30pm–10pm
Sabtu 2:30pm–10pm
Ahad 12:30pm–10pm
Isnin 12:30pm–10pm
Selasa 12:30pm–10pm
Rabu Tutup
Khamis 12:30pm–10pm

Nasi Kukus di Kelantan khususnya telah dipelopori oleh Ahmad Zukhi dan Kak Ani iaitu pemilik Warisan Nasi Kukus pada tahun 1972. Pada masa itu terkenal dengan nama Nasi Kukus Zakini tetapi telah di jenamakan semula kepada Warisan Nasi Kukus oleh anak mereka bernama Nasir. Pada tahun 2002. Kedai pertama Nasir terletak di hadapan Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Resipi Nasi Kukus Zakini ini telah diturunkan kepada Nasir yang membolehkannya meneruskan legasi ibu bapanya sebagai Warisan Nasi Kukus. Cita-cita beliau ialah untuk mengembangkan jenama Warisan Nasi Kukus untuk membolehkan orang ramai merasai rasa pertama dan sebenar Nasi Kukus.

Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.