Posts

Showing posts from September, 2022

KAMPUNG BAHAGIA KUALA KRAI | PENGALAMAN MENELUSURI SUNGAI KELANTAN KE HULU SUNGAI GALAS

Image
  Assalamualaikum, Hari ni abang ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman abang ke sebuah kampung di dalam daerah Kuala Krai iaitu Kampung Bahagia di bahagian hulu tebing Sungai Galas. Kampung Bahagia asalnya dinamakan Kampung Berhala. Akan tetapi telah ditukar namanya kepada maksud yang lebih baik kerana nama asal kampung ini mempunyai maksud yang tidak baik bagi umat Islam. Kampung ini terletak di Mukim Mambong iaitu dalam daerah Kuala Krai. Lokasi Tangga Krai / Tangga Bradley https://goo.gl/maps/N84EYfxArZ4Addiz5 lokasi Pengkalan Bot Kampung Bahagia https://goo.gl/maps/pT8EEsGGoyVxgP7aA Lawati juga blog Addashuk h ttps://www.addashuk.com Tonton video dron Kampung Bahagia https://youtu.be/Bq5LnxiPzjA Pengangkutan utama penduduk di kampung ini adalah melalui jalan air iaitu bot. terdapat jalan darat yang menghubungkan tanah merah ke kampung ini akan tetapi jalan itu hanya jalan yang digunakan oleh lori balak. Jalan darat yang menghubungkan daerah Tanah Merah ke Kampun...

KAMPUNG KRAFTANGAN | MUZIUM KRAFTANGAN TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum, Kali ni abang K akan bawa anda ke lokasi seterusnya iaitu salah satu tempat menarik di Kelantan iaitu tempat wajib dilawati di Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang memaparkan tempat wajib singgah di Kota Bharu. Kali ini kita ke Kampung Kraftangan Kealntan yang terletak di bandar Kota Bharu. Kampung Kraftangan ataupun dipanggil juga Muzium Kraftangan ini adalah bersebelahan dengan restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu berhadapan dengan Istana Batu/Muzium Diraja. Kampung Kraftangan ini juga bersebelahan dengan Istana Balai Besar. Dalam Perkampunan Kraftangan terdapat kedai2 menjual pelbagai barangan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Terdapat juga Muzium Kraftangan yang mempamerkan bahan-bahan kraftangan yang ada diantaranya telah dilupakan oleh sesetengah golongan muda sekarang. Lokasi Muzium Kraftangan ( Kampung Kraftangan ) https://goo.gl/maps/SZH3K79Vhrt761BA7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Bangun...

MUZIUM DIRAJA | ISTANA BATU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang K akan bawa anda ke salah satu tempat yang wajib anda lawati yang berada di sekitar Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang anda semua wajib singgah. Muzium Diraja ataupun dipanggil juga sebagai Istana Batu ini terletak berdekatan dengan Istana Balai Besar Kota Bharu iaitu diantara istana-istana yang menarik yang terdapat berhampiran dengan ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu. Lokasi Muzium Diraja ( Istana Batu ) https://goo.gl/maps/xZQ7vPpCnj3KD9Bv8 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Muzium Diraja Kelantan ini dipanggil dengan nama Istana Batu kerana ianya dibina menggunakan simen tidak sama dengna istana lain yang diperbuat daripada kayu. Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 dizaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim. Istana ini dibina kerana dijadikan hadiah perkahwinan Sultan Yahya Petra. Istana ini kemudiannya dijadikan istana rasmi oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan pada ketika itu iaitu Teng Ism...

ISTANA JAHAR MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang K akan bawa anda ke salah satu tempat yang wajib anda lawati yang berada di sekitar Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang anda semua wajib singgah. Istana Jahar ini terletak berdekatan dengan Istana Balai Besar Kota Bharu iaitu diantara istana-istana yang menarik yang terdapat berhampiran dengan ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu. Untuk rekod, Istana Jahar ini mula dibina dimasa pemerintahan Sultan Muhammad II 1837 hingga 1886 selepas pembukaan bandar Kota Bharu dan Istana Balai Besar. Lokasi Istana Jahar https://goo.gl/maps/FyBoVMjgCQ5cFkei9 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Untuk pengetahuan anda semua, Istana Jahar juga di panggil Muzium Istiadat Diraja, tujuan asal pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucunda nya iaitu bernama Long Kundur Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1886, takhta negeri Kelantan diperintah oleh Long...

HIKING BUKIT BAKAR MACHANG KELANTAN | SAMBUT HARI MERDEKA DI PUNCAK BUKIT BAKAR | TAMAN ECO RIMBA

Image
  Assalamualaikum... Sempena hari kemerdekaan Malaysia kali ni family Abang K dan Kak K akan bawa anda semua mendaki Bukit Bakar Machang Kelantan. Bukit Bakar Kelantan yang terletak di daerah Machang Kelantan merupakan hutan lipur iaitu selain dari tempat untuk tempat untuk berkhemah, rekreasi, berkelah dan mandi manda anda juga boleh mendaki, hiking. Walalupun trek ataupun trail untuk hiking yang berturap atau bersimen tapi keadaan jalan yang hampir 45 darjah sangat mencabar. Trek yang lebih kurang 5km untuk sampai ke puncak sangat memenatkan bagi orang yang bukan kaki hiking tapi sememangnya satu pengalaman yang sungguh berharga. Selain dapat melihat keindahan alam pada viewpoint, kita dapat melihat pokok-pokok di sekeliling dengan suasana yang sejuk mata memandang. Lokasi Taman Eko Rimba Bukit Bakar Machang https://goo.gl/maps/Y4GRxtqXK4QBTQqH6 Lokasi Bukit Bakar View Point https://goo.gl/maps/zvH5qvgGiAKm4edDA Lokasi Pencawang Bukit Bakar https://goo.gl/maps/4rhSsdbHePcL...