Posts

PANTAI MELAWI BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Sebelum ini Pantai Melawi adalah sekadar perkampungan nelayan yang terletak dalam daerah Bachok Kelantan yang mempunyai deretan bangsal tempat berteduh untuk para nelayan menurunkan hasil laut. Akan tetapi kini Pantai Melawi berubah wajah. Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) telah menaik taraf Pantai Melawi. Lokasi Pantai Melawi Bachok https://maps.app.goo.gl/jdZF1QyymyQnBfzT8 Lawati juga blog Addashuk Channel https://www.addashuk.com Kami telah berpeluang untuk melawat sambil menikmati keindahan dan kecantikan Pantai Melawi yang kini telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Bachok dan seterusnya menjadi produk pelancongan. Orang ramai telah datang membanjiri Pantai Melawi kerana kini pantai tersebut dikatakan antara pantai cantik di Kelantan. Sekiranya anda berkunjung ke Kelantan tidak sah kalau tidak singgah di salah satu tempat menarik di Kelantan ini. Kehadiran orang ramai ke Pantai Melawi membolehkan penduduk setempat mencari rezeki dengan menjual minuman dan makanan ringan. A...

GUNUNG RENG BATU MELINTANG JELI KELANTAN | KISAH MISTERI KAMPUNG TALA TERBENAM DI BAWAH GUNUNG RENG

Image
  Di tepi jalan ke Kampung Batu Melintang Jeli Kelantan, terdapat sebuah batu besar berbentuk tirus yang dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng ini terletak 15 kilometer dari Pekan Jeli dipercayai ada kisah misteri. Kisah misteri yang dikaitkan itu ialah dikatakan dibawah tapak gunung ini pernah wujud sebuah perkampungan bernama Kampung Tala kira-kira 1400 tahun yang lalu. Disini juga terdapat Gua Gunung Reng dan kami berpeluang untuk meneroka gua tersebut. Di sekitar kawasan Gunung Reng ini Pihak Berkuasa Tempatan telah membangunkan satu Pusat Rekreasi Gunung Reng Jeli Kelantan sebagai tempat pelancongan. Disini terdapat permainan kanak-kanak dan gerai-gerai jualan makanan. Terdapat juga laluan khas untuk masuk ke Gua Gunung Reng. Disebelah Gunung Reng terdapat masjid yang dinamakan Masjid Gunung Reng. Gunung Reng adalah salah sebuah tempat menarik di Jeli Kelantan. Lokasi Gunung Reng Batu Melintang Jeli Kelantan https://goo.gl/maps/Y5BNEF6pzKRAXkN68 Lawati juga Blog Addashuk Chann...

PASAR PENDEKAR PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR PAGI DALAM KEBUN GETAH | KEDAI KOPI PENDEKAR

Image
  Hari ni kami akan bawa anda ke sebuah pasar yang terletak di Kampung Guntong Pasir Puteh Kelantan. Hari ini adalah hari perasmian Pasar Pendekar juga dikenali dengan nama Pasar Kampung Guntong. Keunikan Pasar Pendekar ini ialah pasar tersebut berada dalam kebun getah. Tak siapa sangka dalam ladang getah ada sebuah pasar pagi yang sangat meriah. Di Pasar Pendekar ada menjual pelbagai keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan gerai makanan. Pasar Pendekar yang sebelum ini dikenali dengan nama Pasar Pagi Kampung Guntong ini telah ditukar nama kepada Pasar Pendekar. Penduduk setempat sebelum ini memanggil dengan nama pasar pagi dalam kebun getah kerana lokasi nya yang amat unik iaitu dalam kebun getah. Lokasi Pasar Pendekar https://goo.gl/maps/j7V5RYF4VVBwXHUn7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Waktu Operasi Pasar Pendekar ini adalah seawal pukul 6 pagi hingga 12 tengahari iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Pada hari Majlis Perasmian Pasar Pendekar, pen...

NASI KAK WOK ORIGINAL KELANTAN KEDAI MAKAN LEGEND | NASI KAK WOOK TEMPAT MAKAN MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, kali ini abang k dan kak k akan bawa korang bersarapan di kedai makan legend yang sangat terkenal di kelantan. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Nasi Kak Wook. Kami bawa anda ke lokasi Kedai Nasi Kak Wok yang asal iaitu bertempat di Jalan Tengku Mohd Maasum Kota Bharu iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Zainab. Untuk info jenama nasi Kak Wook ini telah dipatenkan supaya pengusaha kedai makan lain tidak sewenang-wenangnya menggunakan jenama ini disebabkan terlalu ramai yang mengambil kesempatan menggunakan nama yang sudah popular. Lokasi Kedai Nasi Kak Wok Original https://goo.gl/maps/qtpg8MSrR4UdT7ej7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Jenama Nasi Kak Wok adalah menu nasi yang sangat popular di Kelantan dan beberapa negeri di Malaysia yang berperang dengan menu tiruan menyebabkan pewarisnya mendaftar hak cipta bagi memelihara kualiti asli Nasi Kak Wook. Hak cipta itu dilakukan pewaris Mek Wok Hassan iaitu Mastura Ibrahim telah ...

PERKAHWINAN NADZIRAH & IKRAM

Image
 Abang telah diberikan amanat untuk merakam momen penting bagi pasangan Nadzirah & Ikram dihari bahagia dia orang. So abang sebagai wedding photographer ni kena lah buat yang terbaik. Sebenarnya Nadzirah ni adalah anak saudara abang juga, bukan orang lain pun. Pada anda yang ingin kan perkhidmatan wedding photography boleh la menghubungi aband di whatsapp :- www.wasap.my/+60199370955 Selamat pengantin baru abang ucapkan kepada pasangan pengantin Nadzirah & Ikram, semoga ikatan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.

KAMPUNG BAHAGIA KUALA KRAI | PENGALAMAN MENELUSURI SUNGAI KELANTAN KE HULU SUNGAI GALAS

Image
  Assalamualaikum, Hari ni abang ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman abang ke sebuah kampung di dalam daerah Kuala Krai iaitu Kampung Bahagia di bahagian hulu tebing Sungai Galas. Kampung Bahagia asalnya dinamakan Kampung Berhala. Akan tetapi telah ditukar namanya kepada maksud yang lebih baik kerana nama asal kampung ini mempunyai maksud yang tidak baik bagi umat Islam. Kampung ini terletak di Mukim Mambong iaitu dalam daerah Kuala Krai. Lokasi Tangga Krai / Tangga Bradley https://goo.gl/maps/N84EYfxArZ4Addiz5 lokasi Pengkalan Bot Kampung Bahagia https://goo.gl/maps/pT8EEsGGoyVxgP7aA Lawati juga blog Addashuk h ttps://www.addashuk.com Tonton video dron Kampung Bahagia https://youtu.be/Bq5LnxiPzjA Pengangkutan utama penduduk di kampung ini adalah melalui jalan air iaitu bot. terdapat jalan darat yang menghubungkan tanah merah ke kampung ini akan tetapi jalan itu hanya jalan yang digunakan oleh lori balak. Jalan darat yang menghubungkan daerah Tanah Merah ke Kampun...

KAMPUNG KRAFTANGAN | MUZIUM KRAFTANGAN TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum, Kali ni abang K akan bawa anda ke lokasi seterusnya iaitu salah satu tempat menarik di Kelantan iaitu tempat wajib dilawati di Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang memaparkan tempat wajib singgah di Kota Bharu. Kali ini kita ke Kampung Kraftangan Kealntan yang terletak di bandar Kota Bharu. Kampung Kraftangan ataupun dipanggil juga Muzium Kraftangan ini adalah bersebelahan dengan restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu berhadapan dengan Istana Batu/Muzium Diraja. Kampung Kraftangan ini juga bersebelahan dengan Istana Balai Besar. Dalam Perkampunan Kraftangan terdapat kedai2 menjual pelbagai barangan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Terdapat juga Muzium Kraftangan yang mempamerkan bahan-bahan kraftangan yang ada diantaranya telah dilupakan oleh sesetengah golongan muda sekarang. Lokasi Muzium Kraftangan ( Kampung Kraftangan ) https://goo.gl/maps/SZH3K79Vhrt761BA7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Bangun...