PASAR KEA FARM BRINCHANG | KEA MARKET | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS
Kea Farm ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang paling popular ialah pasar pagi Kea Farm. Ia adalah destinasi tempat wajib singgah jika anda bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Walaupun digelar pasar pagi, ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang. Alamat : Kea Farm Brinchang, 39000 Cameron highlands, Pahang Lokasi Pasar Kea Farm https://goo.gl/maps/JG4aPQ1k1ZtSswdA7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Pasar Kea Farm terkenal dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan pokok-pokok bunga yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Namun hakikatnya, tidak semua barangan lebih murah. Anda boleh bandingkan harga dan tawar-menawar sebelum membeli. Banyak pilihan deretan kedai disini. Yang penting anda jangan gopoh. Lokasi Pasar Kea Farm adalah lebih kurang 4KM dari pekan Brinchang iaitu hampir 30 minit memandu. Ia terletak ditepi jalan sahaja. Anda tidak aka...