Posts

TRAIN TO DABONG | MELAWAT VIEWPOINT AIR TERJUN JELAWANG | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi melawat Viewpoint Air Terjun Jelawang ataupun juga dipanggil Air Terjun Gunung Stong. Sekarang ni kat Viewpoint Air Terjun Jelawang sudah di naik taraf. Memang cantik sangat kat sini untuk anda yang suka bergambar yang berlatarbelakang kan Gunung Stong dan Air Terjun Tertinggi Di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang. Terdapat video yang kami rakam menggunakan dron ke Viewpoint di Kem Baha. Viewpoint Air Terjun Jelawang adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib melawat serta menangkap gambar kenang kenangan di sini. Train To Dabong : Melawat ViewPoint Air Terjun Jelawang https://youtu.be/GttihUeOI_A Train To Dabong : Melawat Komplek Gua Ikan https://youtu.be/qe2X7Wmv9ho Train To Dabong : NASI KERABU & MEE UDANG KAK NAH KAMPUNG STONG https://youtu.be/1EoGscnsF5U Train To Dabong : MEE UDANG GALAH CHE DA V...

HOTEL REVIEW TOK AMAN BALI BEACH RESORT BEACHFRONT PASIR PUTEH KELANTAN | HOTEL TERBAIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang nak kongsikan sebuah video review hotel iaitu Tok Aman Bali Beach Resort. Resort ni sangat istimewa bagi abang sebab kedudukan resort ni betul-betul di tepi Pantai BIsikan Bayu Pasir Puteh Kelantan dan dikelilingi oleh lagun menjadikan resort ini sangat unik. Fasiliti yang disediakan pun sangat menarik seperti tempat memancing, boleh naik bot, ada juga target shoting. Gym pun ada disediakan dan bermacam-macam lagi kemudahan termasuklah kolam renang untuk anda mandi-manda. Tok Aman Bali Beach Resort adalah salah satu hotel terbaik di Kelantan. Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort https://goo.gl/maps/661U5QVRHrdxEMph9 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Tok Aman Bali Beach Resort ataupun dipanggil juga Tok Aman Bali Beachfront terletak di Pasir Puteh Kelantan, sekitar 9 km dari Pantai Tok Bali, lebih kurang 20 km dari bandar Pasir Puteh dan lebih kurang 7 km dari pekan Besut. Ia menawarkan Wi-F...

PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU | TEMPAT WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke sebuah tempat yang menarik untuk anda bawa anak-anak menambah ilmu pengetahuan mengenai sains. Lokasi yang kami maksudkan ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Singgah juga ke blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com Lokasi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu PSKT https://goo.gl/maps/Mffg4woeHqZEE1gz5 Sekiranya anda berada di Negeri Terengganu sudah pasti anda akan merancang melawat banyak tempat menarik. Keindahan pulau dan pantai pula memang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat juga tempat untuk menambah ilmu pengetahuan yang boleh anda lawati dan anak-anak dapat menambah ilmu berkaitan sains. Tempat yang kami maksudkan itu ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), dan PSKT ini merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu. Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hi...

DIY | CARA MUDAH PASANG OUTDOOR WATER FILTER | PASANG SENDIRI MENGGUNAKAN PAIP POLY

Image
  Assalamualaikum.. so hari ni abang nak berkongsi DIY cara mudah pasang Outdoor Water Filter. Sebenarnya kita tak perlu pasang filter ni dekat dengan meter, memadai pasang sebelum paip yang digunakan. Beli Aquaco Outdoor Water Filter di Shopee https://shope.ee/5KgIkpB95H?share_channel_code=1 Cara mudah untuk pasang water filter ni ialah dengan cara pasang sendiri menggunakan paip poly. bukan saja mudah semasa memasang juga mudah untuk buat penyelenggaraan. Hanya buka dan pasang semula setiap paip yang ada. kalau guna paip PVC, anda perlu potong dan beli batang paip yang lain. Ini sahaja video perkongsian untuk kali ini, diharap anda semua dapat buat sendiri di rumah. Mudah sahaja penyambungan sambung saja seperti main permainan LEGO. Semua orang boleh buat punya.. Terima kasih kerana menonton.

NASKEN COFFEE PASIR PUTEH KELANTAN KEDAI KOPI HIPSTER KAFE HIPSTER | PORT MAKAN SEDAP DI PASIR PUTEH

Image
  Assalamulaikum... hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai kopi moden iaitu Nasken Coffee. Macam-macam menu kat sini yang sememangnya sedap. Kali ni kami bawa anda ke Nasken Coffee Pasir Puteh iaitu terletak di Bandar Baru Pasir Puteh. Nasken Coffee adalah salah satu port makan sedap di Pasir Puteh. Kedai ini bercirikan kedai kopi moden iaitu kedai kopi hipster Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Lokasi NASKEN COFFEE PASIR PUTEH ☕️ https://goo.gl/maps/MvCxMr38JBPhbGDX8 Kopi yang premium dengan harga mampu minum😉. Ore Kelate minum kopi ☕. Boleh order melalui FOOD PANDA GRAB FOOD Lokasi: BANDAR BARU PASIR PUTEH (Waze : Nasken Coffee Pasir Puteh) Waktu operasi : 8 pagi - 10 malam Buka 365 Hari 😂 Malas keluar rumah? 🤨 KAMI HANTAR DEPAN RUMAH hingga 10 malam setiap hari 🛵 So jangan risau NASKEN COFFEE menyediakan khidmat delivery khas utk customer kesayangan kami. Nanti runner hantar rapatt tangga pintu rumah uollss🤩 RADIUS 10km dari setiap k...

COLEK BINI | KEDAI MAKAN VIRAL | TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Machang iaitu berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Machang. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Colek Bini. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Machang sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Colek dan Masakan ala Thai yang dijual disini. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Machang Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini. Lokasi Restoran Colek Bini https://goo.gl/maps/6SEXvg89DVF3EP9t7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Kedai makan Colek Bini ni memang kegemaran para isteri sebab banyak sangat menu colek yang dijual. Tak perlu tunggu bulan r...

HASNIK SERI MENANTI CELUP TEPUNG | TEMPAT MAKAN SEDAP DI PANTAI PENARIK | KEDAI MAKAN WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum, kali ini kami akan bawa anda ke sebuah kedai makanan celup tepung yang popular di Pantai Penarik Terengganu iaitu Hasnik Seri Menanti Celup Tepung. Selain dari kedai NL Celup Tepung Bira Pata dan Mr Celup Tepung Station yang dikunjungi ramai pelanggan, Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu lokasi yang menarik dan strategik iaitu berada betul-betul ditepi pantai. Pengunjung yang datang kesini bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai yang cantik dan bersih malah juga dapat menikmati makanan celup tepung yang sedap dan segar dengan harga berpatutan. Lokasi Hasnik Seri Menanti Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu https://goo.gl/maps/sge8wCCqC1QT9sPy6 Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, kedai ini Hasnik Seri Menanti ni adalah lokasi kedai makan wajib singgah. Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu tempat makan sedap di Pantai Penarik Terengganu. Apa yang best...