Posts

MUZIUM ISLAM | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB PERGI DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Pada asalnya bangunan Muzium Islam ini adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh, bangunan ini telah menjadi rumah Menteri Besar Kelantan pada tahun 1895 hingga 1990. Muzium Islam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, Bank Kerapu dan Padang Merdeka iaitu di Jalan Sultan Kota Bharu Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1902 dan berkonsepkan ciri-ciri rumah melayu lama Kelantan sekitar hujung abad ke-19. Dan bangunan ini telah dijadikan Pejabat Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1917 hingga 1990. Lokasi ke Muzium Islam Kota Bharu Kelantan https://goo.gl/maps/e1fRqyPPn2GuG17L6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga Muzium Perang / Bank Kerapu https://youtu.be/G7slMKrGwFI Pada tahun 1991, bangunan ini telah dijadikan galeri untuk Muzium Islam dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra iaitu pada 11 November ...

MUZIUM PERANG | BANK KERAPU | MEMORIAL PERANG, TEMPAT MENARIK WAJIB DILAWATI DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Muzium Perang ataupun dipanggil Bank Kerapu ataupun juga dikenali dengan Memorial Perang terletak di Jalan Sultan dan bertempat di sebelah Padang Merdeka. Sebenarnya bangunan ini pada asalnya adalah "The Mercantile Bank of India Limited" iaitu merupakan Bank Perdangangan pertama di Kelantan iaitu pernah beroperasi pada tahun 1912 selepas tamatnya Perang Dunia II. Kemudian bank ini telah diserahkan kepada "The Hongkong & Shanghai Bank". Lokasi Muzium Perang, Bank Kerapu Kota Bharu Kelantan https://goo.gl/maps/wkHAexcj9L5yaGEm7 Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih informasi menarik https://www.addashuk.com Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga 1945, bangunan ini adalah digunakan sebagai Pejabat Polis Rahsia Jepun "KAMPETAI" dan juga sebagai penjara kepada tawanan perang iaitu orang-orang Anti-Jepun. Kerajaan Kelantan mengambil alih bangunan ini pada tahun 1981 untuk diberikan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Dan ...

PASAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU KELANTAN, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB PERGI DI KOTA BHARU

Image
  Pasar Siti Khadijah ialah sebuah pasar besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, Kelantan. Pasar ini adalah salah satu tarikan pelancong yang sangat popular di Kelantan. Di Pasar Siti Khadijah terdapat pelbagai barangan keluaran tempatan iaitu pakaian, kain pasang, barangan dapur, kain batik serta makanan dan bermacam-macam lagi. Bangunan Pasar Siti Khadijah ini sangat unik iaitu berbentuk lapan (8) segi yang mempunyai tiga (3) tingkat dan menempatkan berpuluh-puluh kedai di dalam nya. Lokasi Pasar Besar Siti Khadijah ini adalah bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu Kota Bharu Kelantan. Lokasi Pasar Siti Khadijah https://goo.gl/maps/ioSGssuVqe11EyuG6 Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih informasi menarik https://www.addashuk.com Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan adalah salah satu tempat menarik di kelantan yang menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang mengunjungi Kota Bharu khususnya dan Kelantan umumnya. Pasar Siti Khadijah juga antara tempat wajib p...

PANTAI PERKASA CHALET BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, Hari ni abang K nak bawa anda semua ke sebuah pantai yang sangat menarik dan cantik. Pantai yang dimaksudkan itu adalah Pantai Perkasa iaitu sebuah pantai persendirian 'Private Beach'. Di Pantai Perkasa ini terdapat Pantai Perkasa Chalet yang diusahakan oleh anak tempatan iaitu dikenali sebagai Pak Su. Pantai Perkasa ini merupakan satu tarikan baru di negeri Kelantan. Lokasi ke Pantai Perkasa Chalet https://goo.gl/maps/hBzecBHHYVFpweJH8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton Video Penuh Rakaman Dron Pantai Perkasa https://youtu.be/OXBbMF9-Llg Pantai Perkasa ini terletak lebih kurang 10km dari bandar Bachok dan terletak sekitar 25km dari bandar Pasir Puteh serta bersebelahan dengan Pantai Melawi tempat menarik di Kelantan untuk 'Camping' di Bachok Kelantan. Ia terletak di dalam daerah Bachok lebih kurang 30km dari bandar Kota Bharu. Penduduk disekitar Pantai Perkasa ini kebanyakannya adalah bekerja sebagai nelayan. Kawasan Pa...

PANTAI TAPANG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K nak bawa anda ke sebuah pantai di Bachok Kelantan iaitu di Kampung Kubang Golok. Pantai menarik di Kelantan ni berada dalam tanah persendirian "Private Beach". Pantai ini mula dibuka untuk orang ramai pada 10 Mac 2022. Bayaran masuk ke sini mengikut kategori : Kereta 5.00 Motosikal 2.00 Individu 1.00 Pondok Rumbia 15.00 Setengah Hari Pondok Besar 30.00 Setengah Hari Pondok Kecil 20.00 Setengah Hari Lokasi Pantai Tapang Kubang Golok. https://goo.gl/maps/wcUJfwBbuv5Bi5wp7 Tonton juga video penuh Pantai Tapang rakaman dron https://youtu.be/1wbdnxM8zd8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Pada anda yang ingin mengunjungi Pantai Tapang Kubang Golok Bachok Kelantan ni, anda wajib singgah beli Ikan Bekok Kak Ani di jalan nak ke Pantai Tapang. Lokasi rumah Kak Ani 500 Meter sahaja dari Pantai Tapang. Ikan Bekok Kak Ani ni memang sedap sangat. Abang K sebelum ni dah pernah rasa ikan bekok kak ni nih. Memang sedap sangat, tak m...

5 LOKASI MENARIK DI KELANTAN | SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, selamat kembali ke Addashuk Channel. Di video kali ini kami akan berkongsi 5 lokasi yang menarik yang ada di sekitar Pasir Puteh Kelantan iaitu di Semerak. Lokasi-lokasi ini wajib anda lawati sekiranya anda bercuti di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Addashuk Channel bersama Akok Channel mencari lokasi-lokasi menarik yang berada di sekitar Semerak Pasir Puteh Kelantan. Singgah juga ke Blog Addashuk https://www.addashuk.com Untuk ke 5 lokasi-lokasi yang dinyatakan, anda boleh klik pada link GPS dibawah.. 1. Gerai Jualan hasil Laut Segar Disini dijual pelbagai hasil laut seperti Kerang, Ketam Nipah, Kupang dan pelbagai lagi makanan laut yang segar dari ladang. https://goo.gl/maps/Hr5TyUo4FvmNQa7i6 2. Tok Aman Bali Resort Tempat penginapan yang sangat bersih, selesa dan cantik. Kawasan penginapan dikelilingi oleh sungai. Anda boleh membawa pancing sekiranya minat memancing. https://goo.gl/maps/CTDXMoacfYJBQhUL7 3. Pantai Bisikan Bayu Pantai Bisikan Bayu ...

MASJID RAZALEIGH MIRIP MASJIDIL HARAM GUA MUSANG KELANTAN | MASJID CINEMATIC VIDEO | MASJID 4K VIDEO

Image
  Masjid Razaleigh iaitu diantara masjid cantik di Kelantan dibina pada akhir 2016 yang bernilai hampir RM35 juta yang menyerupai model Masjidil Haram iaitu di Mekah dan berkeluasan 99,000 kaki persegi. Masjid Razaleigh adalah rekaan yang sangat unik dan menarik ini menggunakan bahan binaan berkualiti termasuk jubin dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar. Masjid Razaleigh ini adalah ilham dari Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM. Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung 3,500 Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini dilengkapi Sembilan menara setinggi 30 meter dan lapan kubah mirip Masjidil Haram di Mekah. Kini hampir 2,000 pengunjung singgah di Masjid Razaleigh setiap hari sama ada untuk solat atau menangkap gambar sejak masjid yang mirip dengan Masjidil Haram di Mekah itu dibuka secara rasminya 1 April 2022 lalu. Lokasi ke Masjid Razaleigh Gua Musang Kelantan https://goo.gl/maps/q8dM9DEc4nCbRorD8 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addash...

KOPITIAM KITA | TEMPAT MAKAN SEDAP | KEDAI MAKAN VIRAL KOTA BHARU KELANTAN | MENU VIRAL ROTI TITAB

Image
  Kopitiam Kita adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Kopitiam Kita juga pernah menjadi kedai makan viral bagi penduduk Kota Bharu khususnya dan di serata negara. Ada yang datang dari negeri Selangor semata-mata ingin mencuba menu istimewa dari Kopitiam Kita iaitu Roti Titab. Lokasi ke Kedai Kopitiam Kita https://goo.gl/maps/MmkRS9zCCrkqtTrU8 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Kedai makan Kopitiam Kita adalah dikenali ramai dan antara kedai sarapan pagi yang paling famous dan top di Kota Bharu. Kopitiam Kita mengumpulkan semua jenis nasi bungkus yang dikenali ramai di kawasan Kota Bharu, Pasir Bekan, Wakaf Bharu dan Tumpat. Para pengunjung kedai makan ini boleh menikmati kesemua nasi bungkus tanpa perlu pergi ke kedai asal nasi berkenaan. Ianya seperti 'One Stop Center' untuk nasi bungkus yang sedap. Pelbagai menu nasi bungkus disini termasuklah Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, Nasi Ayam Cobek dan macam-macam l...

PANTAI NUSUK SABAK KOTA BHARU | KEDAI NUSUK KIASATINA CELUP TEPUNG TANJUNG KUALA PENGKALAN CHEPA

Image
  Pantai Nusuk Sabak Kota Bharu Kelantan sebenarnya diambil dari perkataan 'Nusuk' iaitu 'Sembunyi'. Ini kerana pantai ini agak tersembunyi dan agak terpencil dari jalan besar ke Pantai Sabak. Oleh kerana pantai ini agak jauh dari jalan utama, para pengunjung kerap tersesat untuk sampai ke pantai berkenaan iaitu terletak di Tanjung Kuala dan ianya terletak di penghujung pesisir Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa. Sebenarnya pantai ini asalnya ialah sebuah pulau yang dipenuhi semak samun dan pokok bakau dan keadaan tanah disini berpaya. Lokasi ke Pantai Nusuk, Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, di daerah Kota Bharu Kelantan. https://goo.gl/maps/VBKJSwHWnD9PbzaP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga Video Penuh Rakaman Dron Rumah Dusun https://youtu.be/bWAypm61GSs Pantai Nusuk yang dahulunya agak tidak dikenali, dan sekarang telah menjadi satu tempat peranginan dan tempat untuk pengunjung bersantai bersama keluarga. Terdapat kedai makan...

RUMAH DUSUN PASIR PUTEH KELANTAN | RUMAH TRADISIONAL MELAYU BERKONSEPKAN PERKAHWINAN DALAM TAMAN

Image
  Rumah Dusun ini menyediakan sebuah rumah penginapan dan mempunyai 3 bilik. Dikawasan rumah ini ada disediakan kolam mandi, satu dewan terbuka dan halaman rumah yang sangat menarik. Rumah Dusun juga menyediakan pakej perkahwinan yang berkonsepkan 'Wedding Garden' dengan harga yang berpatutan. Pakej perkahwinan yang disediakan ini lengkap dengan perkhidmatan urusan kahwin, borang kahwin, Tok Kadi, Photographer, Jurusolek, pelamin, Khemah, makanan dan sebagainya. Lokasi ke Rumah Dusun Rumah Dusun 014-501 5111 https://maps.app.goo.gl/SExKifBFLA2AWy476 Tonton video penuh dari rakaman dron Rumah Dusun https://youtu.be/1af8Plks3qc Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Rumah Dusun merupakan sebuah rumah penginapan berkonsepkan senibina tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan. Rumah yang dikelilingi dusun buah-buahan ini terletak di Bukit Saji, iaitu di Kampung Banggol Stol, Selising Pasir Puteh Kelantan. Rumah Dusun ini dibuka untuk para pengu...

NASI LEMAK BURUNG PUYUH TOK WAN ALI | NASI LEMAK WARISAN TOK WAN | KEDAI NASI LEMAK LEGEND 40 TAHUN

Image
  Assalamualaikum.. Video kali ni abang bawa anda semua menikmati Nasi Lemak Legend hampir 40 tahun. Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali ni memulakan perniagaan pada tahun 1988 lagi. Memang legend la kedai ni. Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali ni memang tersohor pada tahun 90-an dan sehingga kini masih lagi beroperasi. Rasa sambal dia masih sama hingga ke hari ini. Memang betul-betul legend ni.. rugi korang tak try. Lokasi ke Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali atau Nasi Lemak Warisan Tok Wan https://goo.gl/maps/8eTQ8MVA1x66WjVC9 Beli Sambal Nasi Lemak Tok Wan Ali di Shopee https://shope.ee/20GqkPvSMq Lawati juga blog Addashuk https://www.addahuk.com Sebarang pertanyaan mengenai Nasi Lemak Tok Wan Ali boleh hubungi dengan nombor ni.. https://wasap.my/+60124979725 Kedai Nasi Lemak Tok Ali ni asalnya terletak di lajuran kedai lama di Stesen Kereta Sewa, dan berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Lorong Pechong pada 2008 akibat dari kebakaran kedai lama tersebut. Kedai dibuka seawal jam 8.00 pag...

ALEMY MAGGI KETAM VLOG BERSAMA AKOK CHANNEL | CHERANG RUKU PASIR PUTEH KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE

Image
  Assalamualaikum.. Kali ni Abang K bersama Akok Channel, kita orang buat vlog cari makan best di sekitar Pasir Puteh Kelantan. So Abang K memang dah selalu pergi ke Alemy Maggi Ketam ni. Masa Akok tanya kat mana kedai best dalam daerah Pasir Puteh tu, terus abang teringat kedai ni. Akok juga nk buat content pasal tempat makan sedap di kawasan Pasir Puteh. So abang bawa la Akok dan kawan Akok iaitu Hatta cuba rasa masakan Maggi Ketam En. Alemy. Untuk ke Alemy Maggi Ketam lokasi baru ni, anda kena ke lokasi lama duhulu. Dan apabila sudah sampai di lokasi kedai lama, buka google maps di lokasi kedai baru dibawah ini. Ini kerana sekiranya anda terus buka lokasi kedai baru, kemungkinan GPS akan bawa anda melalui jalan kampung yang sangat sempit. Alemy Maggi Ketam lokasi lama https://goo.gl/maps/PLxR2qESxo5fR9iU9 Alemy Maggi Ketam lokasi baru https://goo.gl/maps/6rqaSvFweDgzmrQh6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Abang kenal kedai ni dah lama dah, masa tu ab...

APA YANG ADA DI TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR BESAR TOK BALI | PASAR SEGAR TOK BALI

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang bersama Akok Channel akan bawa anda ke Tok Bali yang terletak dalam daerah Pasir Puteh Kelantan. Apa yang menarik yang ada di Tok Bali ni? Anda kena tengok video ni sampai habis. Tok Bali ni ialah sebuah pelabuhan ikan dimana tempat nelayan menurunkan ikan dan Tok Bali juga sekarang ni berfungsi sebagai pengkalan bekalan minyak dan gas. Tok Bali terletak di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan kira-kira 48 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan dalam 13 kilometer dari Bandar Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Pekan Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun ini, Tok Bali telah menjadi jeti alternatif bagi pelancong ke Pulau Perhentian. Tonton video penuh Aerial View video dron https://youtu.be/qhj9bQ5MxCY Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tok Bali diperuntukkan RM5 juta oleh Jabatan Laut untuk pembangunan melalui wilayah ekonom...