Posts

PASAR KEA FARM BRINCHANG | KEA MARKET | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Image
  Kea Farm ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang paling popular ialah pasar pagi Kea Farm. Ia adalah destinasi tempat wajib singgah jika anda bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Walaupun digelar pasar pagi, ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang. Alamat : Kea Farm Brinchang, 39000 Cameron highlands, Pahang Lokasi Pasar Kea Farm https://goo.gl/maps/JG4aPQ1k1ZtSswdA7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Pasar Kea Farm terkenal dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan pokok-pokok bunga yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Namun hakikatnya, tidak semua barangan lebih murah. Anda boleh bandingkan harga dan tawar-menawar sebelum membeli. Banyak pilihan deretan kedai disini. Yang penting anda jangan gopoh. Lokasi Pasar Kea Farm adalah lebih kurang 4KM dari pekan Brinchang iaitu hampir 30 minit memandu. Ia terletak ditepi jalan sahaja. Anda tidak aka...

CAT HOUSE CAMERON HIGHLAND | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Image
  Assalamualaikum, Kali ni kita ke satu tempat yang wajib singgah sekiranya datang bercuti di Cameron Highlands. Tempat yang dimaksudkan adalah Cat House Cameron Highlands. Disini terdapat pelbagai jenis kucing dan anak-anak boleh memegang juga boleh bergambar dengan kucing kegemaran. So kepada Cat Lovers tu anda mesti datang ke sini. Pelbagai jenis spesis kucing yang di pelihara di sini. Diantaranya Pixie Bob, Ragdoll Scottish Fold, Don Sphynx, British Longhair, Maine Coon. Semestinya anak-anak anda suka berkunjung kesini. Cat House Cameron Highland ni adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highlands. Kalau anda bercuti di Cameron Highlands, Cat House ni antara tempat menarik di Cameron Highlands. Alamat : Cat House, Cameron Highlands Malaysia Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Brinchang, Pahang. Telephone : 012-889 2536 Lokasi Cat House Cameron Higland https://goo.gl/maps/FtURBZ9qWtPUREnN6 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Subscribe Addashuk C...

CAMERON VALLEY TEA HOUSE 1 | BHARAT TEA PLANTATION | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Image
  Assalamualaikum.. Kali ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland iaitu Cameron Valley Tea House 1. Bharat Tea Plantation ni tak silap kami ada 3 Tea House, so kami pergi yang Cameron Valley Tea House 1. Kat sini memang best la dan kat sini adalah port terbaik untuk bergambar. Sebelum ni kami pernah pergi ke Cameron Valley Tea House 2 dan Cameron Valley Tea House 3. Lokasi Cameron Valley Tea House 1 https://goo.gl/maps/1f26HAtiHvi6Q6e37 Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel yang menarik. https://www.addashuk.com Harga Tiket Tram RM15 Dewawa RM7 Kanak-kanak Untuk pertama kali datang, anda semua wajib menaiki tram untuk ke bawah. memang tempat ni sangat cantik untuk bergambar. Ada tempat air terjun. Memang lawa sangat. So pada anda yang belum pernah datang sini, wajib la anda semua plan dan singgah di Cameron Valley Tea House 1 ni. Tempat ni adalah salah satu tempat menarik di Cameron Highland. Kalau bagi kami, sekiranya anda berkun...

MUZIUM NEGERI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Muzium Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1990 iaitu bertempat dibangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB iaitu di Jalan Hospital yang diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, AKTA 645. Muzium Negeri Kelantan ini adalah salah satu tempat wajib singgah di Kota Bharu Lokasi Muzium Negeri Kelantan https://goo.gl/maps/fYaWybPXhfcMtXGT6 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Muzium Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri Kelantan terletak bersebelahan Bulatan Tuan Padang ataupun nama lain Bulatan Kijang dalam bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks ini juga terletaknya Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C). Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu dan adalah salah satu tempat menarik di Kelantan. Sebelum bangunan ini dijadikan Muzium Negeri, ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bh...

MASJID BEIJING | MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA RANTAU PANJANG KELANTAN MIRIP MASJID NIUJIE

Image
  Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ataupun dipanggil juga dengan nama Masjid Beijing merupakan sebuah masjid yang unik dan terletak di pekan Rantau Panjang, Kelantan. Rantau Panjang adalah terletak didalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid Jubli Perak Sultak Ismail Petra ataupun sinonim dengan nama Masjid Beijing ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China. Lokasi Masjid Niujie Rantau Panjang https://goo.gl/maps/yRxr4GzuVHMKqETt6 Lawati juga blog Addashuk untuk informasi menarik https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh dron Masjid Beijing https://youtu.be/nGik-EYqPjg Lokasi Masjid Beijing ini ialah terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas - Rantau Panjang lebih kurang 2km dari Pekan Rantau Panjang yang berkeluasan 3.7 ekar. Masjid ini mula dibina pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan pada Ogos 2009. Anggaran kos keseluruhan pembinaan masjid ini ada...

WARISAN NASI KUKUS | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Warisan Nasi Kukus. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus disini. Lokasi Warisan Nasi Kukus https://goo.gl/maps/ucUesRNj7TjwGiGt5 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Untuk peminat nasi kukus, kalau anda ke Kota Bharu ataupun bercuti di kawasan Kota Bharu, cuba lah ke Jalan Kebun Sultan dan cuba ke Warisan Nasi Kukus untuk merasai nasi kukus asal dari negeri Kelantan. Warisan Nasi kukus sudah mula berniaga di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sejak tahun 1972. Waktu Operasi Warisan Nasi Kukus Jumaa...

MR CELUP TEPUNG STATION TEMPAT MAKAN SEDAP DI PANTAI PENARIK TERENGGANU | KEDAI MAKAN WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum, kali ini kami akan bawa anda ke sebuah kedai makanan celup tepung yang popular di Pantai Penarik Terengganu iaitu Mr Celup Tepung Station. Selain dari kedai NL Celup Tepung Bira Pata yang dikunjungi ramai pelanggan, Mr Celup Tepung juga adalah salah satu lokasi yang menarik dan strategik iaitu berada betul-betul ditepi pantai. Pengunjung yang datang kesini bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai yang cantik dan bersih malah juga dapat menikmati makanan celup tepung yang sedap dan segar dengan harga berpatutan. Lokasi Mr Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu https://goo.gl/maps/jf8uurLCFGAbfm7j6 Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, MCTS ataupun nama penuh kedai ini Mr Celup Tepung Station adalah lokasi kedai makan wajib singgah. Mr Celup Tepung Station juga adalah salah satu tempat makan sedap di Pantai Penarik Terengganu. Selain dari dapat menikmati makanan yang sedap-sedap di Mr. Celup T...

TAMAN NEGERI SETIU WETLANDS | BOARDWALK SETIU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU, TEMPAT CANTIK DI SETIU

Image
  Setiu Wetlands adalah tanah bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, kawasan ini adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu pesisir pantai, laut, kawasan berlumpur, lagun, sungai, pulau, muara sungai, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung dan menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau. Destinasi eko pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Jika anda teringin menghilangkan penat dan ingin lari dari kesibukan di bandar metropolitan, Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) adalah merupakan satu destinasi yang wajib anda kunjungi. Suasana persekitaran di Setiu Wetlands memastikan anda dapat menikmati suasana yang tenang dan selesa. Setiu Wetland ini juga dipanggil Boardwalk Setiu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu. Setiu We...

ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN, TEMPAT WAJIB DILAWATI DI RANTAU PANJANG

Image
  Assalamualaikum, hari ni Abang K dan Kak K akan bawa anda semua membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah terletak di sempadan Rantau Panjang dengan Pekan Golok di Thailand. Disini anda boleh dapat coklat murah seperti coklat Langkawi. Anda juga boleh dapatkan periuk murah, pakaian murah. Coklat coklat yang dijual di Zon Bebas Cukai adalah coklat bebas cukai. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan adalah salah satu tempat wajib dilawati di Rantau Panjang. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Kelantan merupakan tempat yang terkenal sebagai kawasan zon bebas cukai yang terletak disempadan Malaysia Thailand iaitu yang terpisah dengan Sungai Golok. Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Dengan kepelbagaian produk seperti pinggan mangkuk, makanan, pakaian serta kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah kerana disini adalah kawasan bebas cukai. Lokasi Zon ...

ANUM AYAM KAMPUNG MADU | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Anum Ayam Kampung Madu. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan pagi atau makan tengahari kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus Warisan ini. Lokasi Anum Ayam Kampung Madu https://goo.gl/maps/L3ZhT6TzKTRYjD4WA Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Anum Nasi Ayam Kampung Madu ini terletak di Jalan Merican Telipot iaitu di Kota Bharu Kelantan pernah menjadi kedai makan viral di Kelantan satu masa dahulu dan sekarang pun masih dikunjungi oleh ramai pengunjung. Kedai ni berdekatan dengan Billion Kota Bharu. Antara kedai makan sedap untuk makan pagi adalah kedai Anum Na...

LATA KASHMIR JELI | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB DILAWATI DI JELI

Image
  Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir. Lokasi Lata Kashmir https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh Dron Lata Kashmir https://youtu.be/slskvPat6Qk Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. Tasi...

BAZAR TOK GURU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Bazar Tok Guru adalah mercu tanda terbaru di Kota Bharu. Bazar ini dibangunkan diatas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak yang asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tetapi tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Selebihnya adalah diperuntukkan untuk pembangunan fasiliti lain yang merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk Bazar Tok Guru ini bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk dari masjid di Mekah dan Madinah. Salah satunya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diilhamkan daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan tujuan untuk dijadikan sebagai mercu tanda baru bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Lokasi Bazar Tok Guru https://g.page/bazartokguru Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Bazar Tok Guru Waktu Operasi Bazar Tok Guru dibuka pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Bazar Tok Guru ini adalah merupakan bazar yang paling lua...

PANTAI MELAWI BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Sebelum ini Pantai Melawi adalah sekadar perkampungan nelayan yang terletak dalam daerah Bachok Kelantan yang mempunyai deretan bangsal tempat berteduh untuk para nelayan menurunkan hasil laut. Akan tetapi kini Pantai Melawi berubah wajah. Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) telah menaik taraf Pantai Melawi. Lokasi Pantai Melawi Bachok https://maps.app.goo.gl/jdZF1QyymyQnBfzT8 Lawati juga blog Addashuk Channel https://www.addashuk.com Kami telah berpeluang untuk melawat sambil menikmati keindahan dan kecantikan Pantai Melawi yang kini telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Bachok dan seterusnya menjadi produk pelancongan. Orang ramai telah datang membanjiri Pantai Melawi kerana kini pantai tersebut dikatakan antara pantai cantik di Kelantan. Sekiranya anda berkunjung ke Kelantan tidak sah kalau tidak singgah di salah satu tempat menarik di Kelantan ini. Kehadiran orang ramai ke Pantai Melawi membolehkan penduduk setempat mencari rezeki dengan menjual minuman dan makanan ringan. A...