Posts

TRAIN TO DABONG | MELAWAT VIEWPOINT AIR TERJUN JELAWANG | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi melawat Viewpoint Air Terjun Jelawang ataupun juga dipanggil Air Terjun Gunung Stong. Sekarang ni kat Viewpoint Air Terjun Jelawang sudah di naik taraf. Memang cantik sangat kat sini untuk anda yang suka bergambar yang berlatarbelakang kan Gunung Stong dan Air Terjun Tertinggi Di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang. Terdapat video yang kami rakam menggunakan dron ke Viewpoint di Kem Baha. Viewpoint Air Terjun Jelawang adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib melawat serta menangkap gambar kenang kenangan di sini. Train To Dabong : Melawat ViewPoint Air Terjun Jelawang https://youtu.be/GttihUeOI_A Train To Dabong : Melawat Komplek Gua Ikan https://youtu.be/qe2X7Wmv9ho Train To Dabong : NASI KERABU & MEE UDANG KAK NAH KAMPUNG STONG https://youtu.be/1EoGscnsF5U Train To Dabong : MEE UDANG GALAH CHE DA V...

HOTEL REVIEW TOK AMAN BALI BEACH RESORT BEACHFRONT PASIR PUTEH KELANTAN | HOTEL TERBAIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang nak kongsikan sebuah video review hotel iaitu Tok Aman Bali Beach Resort. Resort ni sangat istimewa bagi abang sebab kedudukan resort ni betul-betul di tepi Pantai BIsikan Bayu Pasir Puteh Kelantan dan dikelilingi oleh lagun menjadikan resort ini sangat unik. Fasiliti yang disediakan pun sangat menarik seperti tempat memancing, boleh naik bot, ada juga target shoting. Gym pun ada disediakan dan bermacam-macam lagi kemudahan termasuklah kolam renang untuk anda mandi-manda. Tok Aman Bali Beach Resort adalah salah satu hotel terbaik di Kelantan. Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort https://goo.gl/maps/661U5QVRHrdxEMph9 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Tok Aman Bali Beach Resort ataupun dipanggil juga Tok Aman Bali Beachfront terletak di Pasir Puteh Kelantan, sekitar 9 km dari Pantai Tok Bali, lebih kurang 20 km dari bandar Pasir Puteh dan lebih kurang 7 km dari pekan Besut. Ia menawarkan Wi-F...

PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU | TEMPAT WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke sebuah tempat yang menarik untuk anda bawa anak-anak menambah ilmu pengetahuan mengenai sains. Lokasi yang kami maksudkan ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT). Singgah juga ke blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com Lokasi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu PSKT https://goo.gl/maps/Mffg4woeHqZEE1gz5 Sekiranya anda berada di Negeri Terengganu sudah pasti anda akan merancang melawat banyak tempat menarik. Keindahan pulau dan pantai pula memang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat juga tempat untuk menambah ilmu pengetahuan yang boleh anda lawati dan anak-anak dapat menambah ilmu berkaitan sains. Tempat yang kami maksudkan itu ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), dan PSKT ini merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu. Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hi...

DIY | CARA MUDAH PASANG OUTDOOR WATER FILTER | PASANG SENDIRI MENGGUNAKAN PAIP POLY

Image
  Assalamualaikum.. so hari ni abang nak berkongsi DIY cara mudah pasang Outdoor Water Filter. Sebenarnya kita tak perlu pasang filter ni dekat dengan meter, memadai pasang sebelum paip yang digunakan. Beli Aquaco Outdoor Water Filter di Shopee https://shope.ee/5KgIkpB95H?share_channel_code=1 Cara mudah untuk pasang water filter ni ialah dengan cara pasang sendiri menggunakan paip poly. bukan saja mudah semasa memasang juga mudah untuk buat penyelenggaraan. Hanya buka dan pasang semula setiap paip yang ada. kalau guna paip PVC, anda perlu potong dan beli batang paip yang lain. Ini sahaja video perkongsian untuk kali ini, diharap anda semua dapat buat sendiri di rumah. Mudah sahaja penyambungan sambung saja seperti main permainan LEGO. Semua orang boleh buat punya.. Terima kasih kerana menonton.

NASKEN COFFEE PASIR PUTEH KELANTAN KEDAI KOPI HIPSTER KAFE HIPSTER | PORT MAKAN SEDAP DI PASIR PUTEH

Image
  Assalamulaikum... hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai kopi moden iaitu Nasken Coffee. Macam-macam menu kat sini yang sememangnya sedap. Kali ni kami bawa anda ke Nasken Coffee Pasir Puteh iaitu terletak di Bandar Baru Pasir Puteh. Nasken Coffee adalah salah satu port makan sedap di Pasir Puteh. Kedai ini bercirikan kedai kopi moden iaitu kedai kopi hipster Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Lokasi NASKEN COFFEE PASIR PUTEH ☕️ https://goo.gl/maps/MvCxMr38JBPhbGDX8 Kopi yang premium dengan harga mampu minum😉. Ore Kelate minum kopi ☕. Boleh order melalui FOOD PANDA GRAB FOOD Lokasi: BANDAR BARU PASIR PUTEH (Waze : Nasken Coffee Pasir Puteh) Waktu operasi : 8 pagi - 10 malam Buka 365 Hari 😂 Malas keluar rumah? 🤨 KAMI HANTAR DEPAN RUMAH hingga 10 malam setiap hari 🛵 So jangan risau NASKEN COFFEE menyediakan khidmat delivery khas utk customer kesayangan kami. Nanti runner hantar rapatt tangga pintu rumah uollss🤩 RADIUS 10km dari setiap k...

COLEK BINI | KEDAI MAKAN VIRAL | TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Machang iaitu berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Machang. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Colek Bini. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Machang sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Colek dan Masakan ala Thai yang dijual disini. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Machang Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini. Lokasi Restoran Colek Bini https://goo.gl/maps/6SEXvg89DVF3EP9t7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Kedai makan Colek Bini ni memang kegemaran para isteri sebab banyak sangat menu colek yang dijual. Tak perlu tunggu bulan r...

HASNIK SERI MENANTI CELUP TEPUNG | TEMPAT MAKAN SEDAP DI PANTAI PENARIK | KEDAI MAKAN WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum, kali ini kami akan bawa anda ke sebuah kedai makanan celup tepung yang popular di Pantai Penarik Terengganu iaitu Hasnik Seri Menanti Celup Tepung. Selain dari kedai NL Celup Tepung Bira Pata dan Mr Celup Tepung Station yang dikunjungi ramai pelanggan, Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu lokasi yang menarik dan strategik iaitu berada betul-betul ditepi pantai. Pengunjung yang datang kesini bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai yang cantik dan bersih malah juga dapat menikmati makanan celup tepung yang sedap dan segar dengan harga berpatutan. Lokasi Hasnik Seri Menanti Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu https://goo.gl/maps/sge8wCCqC1QT9sPy6 Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, kedai ini Hasnik Seri Menanti ni adalah lokasi kedai makan wajib singgah. Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu tempat makan sedap di Pantai Penarik Terengganu. Apa yang best...

NASI KERTAS KOK LANAS | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Kota Bharu iaitu di Kok Lanas Ketereh. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Nasi Kertas. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Nasi Kertas yang dijual disini. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan pagi kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kertas disini. Nasi Kertas sebenarnya adalah nasi berlauk Kelantan yang dibungkus dengan kertas sahaja. Sekiranya diberi nama seperti nasi berlauk pagi atau nasi ala Kak Wok, ia agak klise. Sekaligus ini juga akan menjadi persoalan kepada orang ramai ‘Nasi Kertas ni macam mana ye?’, or...

KELLIE'S CASTLE BATU GAJAH (KELLIE'S FOLLY) TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK | TEMPAT MENARIK DI PERAK

Image
  Kellie's Castle kadang-kadang juga dipanggil Kellie's Folly adalah sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, daerah Kinta, Perak, Malaysia. Menurut cerita yang berbeza, Kellie's Castle adalah pemberian hadiah dari William Kellie Smith untuk isterinya dan rumah untuk anaknya. Istana Kellie terletak di sebelah Sungai Raya, yang merupakan anak sungai kecil ke Sungai Kinta. Istana Kellie ataupun Kellie's Castle ini telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Lokasi Kellie's Castle https://goo.gl/maps/soiCaQ3phTqF4dyq5 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika beliau berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu. Beliau ...

BANDAR AGACIA KAMPAR | DISNEYLAND MALAYSIA | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK | TEMPAT MENARIK DI PERAK

Image
  Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia Assalamualaikum. Kali ni kami akan bawa anda ke sebuah bandar di Kampar Perak. Bagi anda yang rancang nak bercuti ke negeri Perak, jangan lupa untuk datang ke sini di Kampar Perak. Sebabnya anda boleh singgah di salah satu tempat menarik di Kampar iaitu Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia ni. Kalau nak ke US atau Disneyland Hong Kong rasanya tak semua orang mampu. Kalau setakat untuk pakej percutian seorang tak pe la lagi. Tapi kalau pakej sekali dengan keluarga, berkira-kira juga lah nak bayar kan. So, kiranya kami nak rasa suasana bandar disneyland kami telah singgah di Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia. Kira ok lah kan? Ala-ala Disneyland gitu.. hahaha Lokasi Bandar Agacia https://goo.gl/maps/WdCeTHPduenFc1kj7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Bandar Agacia Kampar ni adalah tempat wajib singgah di Perak, kalau anda dari pekan Kampar, memandu lebih kurang dalam 10 minit saja. Pekan Kampar ni...

TASIK BANDING/TASIK TEMENGGOR | PULAU BANDING | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK

Image
  Tasik Temengor ataupun dikenali juga dengan nama Tasik Banding merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini telah dibina pada tahun 1970 dan empangan ini siap pada 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini adalah berkeluasan 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar. Lokasi Jeti Bot Tasik Banding https://goo.gl/maps/dz2yY3X6knGo13DN6 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Jarak dari bandar Ipoh ke Tasik Temengor ialah 250 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut dikenali dengan Lebuh raya Timur-Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di lebuh raya Timur-Barat sehingga ke Jeli dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pu...

HENTIAN R&R AMIZA TITIWANGSA | RESTORAN AMIZA TITIWANGSA | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK

Image
  Hentian R&R Amiza Titiwangsa Sesiapa yang melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Perak ke Kelantan pasti akan melalui Hentian R&R Titiwangsa ini. Hentian rehat ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa. Hentian ini tersohor kerana pemandangan disini adalah sangat menarik yang boleh dilihat apabila cuaca cerah. Akan tetapi sekiranya musim hujan, anda boleh melihat seolah-olah anda berada di Cameron Highland kerana suasananya sangat berkabus. Selain itu juga, inilah satu-satunya hentian rehat yang sangat selesa boleh disinggah sebelum sampai ke pekan terhampir Jeli atau Gerik. Lokasi Hentian R&R Amiza Titiwangsa https://goo.gl/maps/c3LUYC5MyrUVNCJ87 Lawati juga Blog Addahuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Kami sekeluarga singgah di hentian ini semasa perjalanan dari Kelantan ke Perak. Suasana disini memang sangat menarik seperti yang diperkatakan. Pukul 11 pagi keadaan masih berkabus, sejuk dan nyaman. Udara segar berhembus lem...

AVANT CHOCOLATE | GREEN VIEW GARDEN | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Cameron Highland iaitu di Avant Chocolate. Avant Chocolate juga dikenali dengan nama Green View Garden Cameron Highlands. Kepada para pengunjung yang datang ke Cameron Highland Avant Chocolate adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland. Avant Chocolate ni terletak di jalan Lojing ke Simpang Pulai, so kalau anda dari Kelantan bercuti di Cameron Highland, dalam perjalanan balik ke Kelantan anda wajib singgah di Avant Chocolate. Daripada simpang tiga nk ke Gua Musang anda kena masuk ke jalan nak ke Perak lebih kurang 5 kilometer. Kalau anda dari Perak, Avant Chocolate ni memang jalan untuk balik ke Perak semula. Yang istimewa kat Avant Chocolate ni, semua taman yang disediakan disini adalah berbumbung. So anda tak perlu risau la kalau hari hujan. Banyak tempat-tempat boleh bergambar disini, semuanya cantik-cantik. Sambil tu anda boleh berhenti rehat dan menjamu selera di restoran disini. So...