PASAR PAYANG BARU BAKAL DI BUKA | PASAR KEDAI PAYANG 1 | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU


 Kali ini kami akan bawa anda meninjau keadaan terkini Pasar Kedai Payang Baharu. Pasar Kedai Payang yang kini dalam proses akhir pembinaan dijangka akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rosli Latif berkata, dalam tempoh terdekat ini kontraktor kompleks berkenaan akan menyerahkan bangunan baharu itu kepada Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 19 Julai.

Katanya, pembinaan pusat perniagaan tradisional yang popular dalam kalangan pelancong itu telah dimulakan sejak lima tahun lalu dengan kos sebanyak RM69.3 juta. Kata Datuk Bandar Bandaraya Kuala Terengganu itu Selepas beberapa proses akhir selesai, peniaga-peniaga akan berpindah masuk ke bangunan baharu itu dan operasi perniagaan boleh bermula seperti biasa. Setakat ini jumlah peniaga yang akan berpindah itu belum diperincikan lagi. Pihak Bandaraya Kuala Terengganu akan meneliti semula senarai peniaga dan jenis perniagaan yang mereka jalankan di pasar sementara yang diduduki ketika ini. sebuah menara jam yang pernah menjadi mercu tanda Pasar Kedai Payang satu ketika dahulu juga dibina semula memandang ia begitu sinonim dengan penduduk Terengganu. Di Pasar Kedai Payang Baharu ini ada beberapa kemudahan antaranya penyaman udara, lif, tandas, eskalator dan bilik persalinan bayi yang kesemuanya lebih mesra warga emas, golongan ibu dan kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya (OKU). Di samping itu, kompleks baharu ini juga akan menjadi pusat sehenti bagi kegiatan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan Terengganu dijangka menempatkan semula 500 peniaga lama yang kini berniaga di kompleks sementara yang terletak tidak jauh dari kawasan ini. Pasar Kedai Payang yang mula beroperasi pada 31 Ogos 1968 telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Pasar berkenaan menjadi tarikan utama pelancong bagi membeli produk warisan Terengganu antaranya batik, songket, makanan tradisional, tembaga dan kraf tangan.Pembinaan pasar baharu bermula pada 2018 selepas kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan pembinaan semula bangunan yang sangat daif untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pasar Kedai Payang 2 yang lama telah beroperasi pada Ogos 2019 ini terletak bersebelahan Sungai Terengganu. Dengan lokasinya yang menarik semestinya akan memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pengunjung kerana pasar ini sangat bersih, teratur dan selesa. Lokasi pasar itu juga tidak jauh dari Pasar Besar Kedai Payang yang lama, namun berbanding pasar sebelum ini, Pasar Kedai Payang yang baharu ini. Pasar Payang lama ini hanyalah lokasi pemindahan sementara berikutan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap Pasar Payang lama yang telah dibina sekitar tahun 1960-an itu. Pelbagai jenis barangan dan makanan boleh didapati di Pasar Kedai Payang yang baru ini. Pastinya anda yang berkunjung ke sini akan rambang mata melihat bermacam jenis barangan menarik yang ditawarkan oleh para peniaga disini. Pasar Payang 2 merupakan antara destinasi terbaik yang mesti dilawati oleh setiap pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pasar Payang 1 baharu bakal di buka hujung tahun ini, tempat menarik di Kuala Terengganu. Jom cuti-cuti Malaysia ke Kuala Terengganu. Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik 😉 Jangan lupa SUBSCRIBE ya, Terima kasih kerana menonton.. __________________________________ Pasar Payang 2 is one of the must-visit destinations for every tourist when they arrive in Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. One of the top attractions in Kuala Terengganu. __________________________________

#PasarPayang #KualaTerengganu #Viral #Trending #BeautifulTerengganuMalaysia #vm2020 #TerengganuKuComey #TahunMelawatMalaysia2020 #PasarPayangTerengganu #VisitTerengganu #BeautifulTerengganu #CutiCutiMalaysia #Bercuti #Addashuk

Comments