Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Kuala Terengganu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Medan Ikan Bakar Sungai Ibai. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kuala Terengganu sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Ikan Bakar Berempah. So, kalau anda datang bercuti ke Kuala Terengganu, kedai ni wajib anda singgah untuk makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kuala Terengganu, Terengganu. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini. Medan Ikan Bakar Sungai Ibai juga dikenali Medan Ikan Bakar Kuala Ibai iaitu terletak dibawah jambatan. Lokasi Medan Ikan Bakar Sungai Ibai https://maps.app.goo.gl/7Jfe9rUKS25td9V98 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Senarai harga di medan ikan bakar sg ibai semua jenis makanan laut ini adalah dikira 100 gram, RM8 untuk Sotong, Ikan Jenahak dan Udang. RM7 untuk Ikan Kerapu, RM6 untuk 100 gram ikan Kaci, Cupok, Cermin, Muduk, Barat dan RM5 untuk 100 gram untuk Ikan Tombok, Deloh Selar Papan, Ikan Pari. Harga untuk 100 gram adalah dikira siap masak. Waktu Operasi Medan Ikan Bakar Sungai Ibai Isnin hingga Khamis - 5.00pm hingga 12.00pm Selasa dan Rabu - Tutup Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kuala Terengganu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton. INI ADALAH VIDEO REVIEW MEDAN IKAN BAKAR SUNGAI IBAI KEDAI MAKAN SEDAP TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Comments
Post a Comment