Posts

5 LOKASI MENARIK DI KELANTAN | SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, selamat kembali ke Addashuk Channel. Di video kali ini kami akan berkongsi 5 lokasi yang menarik yang ada di sekitar Pasir Puteh Kelantan iaitu di Semerak. Lokasi-lokasi ini wajib anda lawati sekiranya anda bercuti di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Addashuk Channel bersama Akok Channel mencari lokasi-lokasi menarik yang berada di sekitar Semerak Pasir Puteh Kelantan. Singgah juga ke Blog Addashuk https://www.addashuk.com Untuk ke 5 lokasi-lokasi yang dinyatakan, anda boleh klik pada link GPS dibawah.. 1. Gerai Jualan hasil Laut Segar Disini dijual pelbagai hasil laut seperti Kerang, Ketam Nipah, Kupang dan pelbagai lagi makanan laut yang segar dari ladang. https://goo.gl/maps/Hr5TyUo4FvmNQa7i6 2. Tok Aman Bali Resort Tempat penginapan yang sangat bersih, selesa dan cantik. Kawasan penginapan dikelilingi oleh sungai. Anda boleh membawa pancing sekiranya minat memancing. https://goo.gl/maps/CTDXMoacfYJBQhUL7 3. Pantai Bisikan Bayu Pantai Bisikan Bayu ...

MASJID RAZALEIGH MIRIP MASJIDIL HARAM GUA MUSANG KELANTAN | MASJID CINEMATIC VIDEO | MASJID 4K VIDEO

Image
  Masjid Razaleigh iaitu diantara masjid cantik di Kelantan dibina pada akhir 2016 yang bernilai hampir RM35 juta yang menyerupai model Masjidil Haram iaitu di Mekah dan berkeluasan 99,000 kaki persegi. Masjid Razaleigh adalah rekaan yang sangat unik dan menarik ini menggunakan bahan binaan berkualiti termasuk jubin dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar. Masjid Razaleigh ini adalah ilham dari Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM. Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung 3,500 Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini dilengkapi Sembilan menara setinggi 30 meter dan lapan kubah mirip Masjidil Haram di Mekah. Kini hampir 2,000 pengunjung singgah di Masjid Razaleigh setiap hari sama ada untuk solat atau menangkap gambar sejak masjid yang mirip dengan Masjidil Haram di Mekah itu dibuka secara rasminya 1 April 2022 lalu. Lokasi ke Masjid Razaleigh Gua Musang Kelantan https://goo.gl/maps/q8dM9DEc4nCbRorD8 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addash...

KOPITIAM KITA | TEMPAT MAKAN SEDAP | KEDAI MAKAN VIRAL KOTA BHARU KELANTAN | MENU VIRAL ROTI TITAB

Image
  Kopitiam Kita adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Kopitiam Kita juga pernah menjadi kedai makan viral bagi penduduk Kota Bharu khususnya dan di serata negara. Ada yang datang dari negeri Selangor semata-mata ingin mencuba menu istimewa dari Kopitiam Kita iaitu Roti Titab. Lokasi ke Kedai Kopitiam Kita https://goo.gl/maps/MmkRS9zCCrkqtTrU8 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Kedai makan Kopitiam Kita adalah dikenali ramai dan antara kedai sarapan pagi yang paling famous dan top di Kota Bharu. Kopitiam Kita mengumpulkan semua jenis nasi bungkus yang dikenali ramai di kawasan Kota Bharu, Pasir Bekan, Wakaf Bharu dan Tumpat. Para pengunjung kedai makan ini boleh menikmati kesemua nasi bungkus tanpa perlu pergi ke kedai asal nasi berkenaan. Ianya seperti 'One Stop Center' untuk nasi bungkus yang sedap. Pelbagai menu nasi bungkus disini termasuklah Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, Nasi Ayam Cobek dan macam-macam l...

PANTAI NUSUK SABAK KOTA BHARU | KEDAI NUSUK KIASATINA CELUP TEPUNG TANJUNG KUALA PENGKALAN CHEPA

Image
  Pantai Nusuk Sabak Kota Bharu Kelantan sebenarnya diambil dari perkataan 'Nusuk' iaitu 'Sembunyi'. Ini kerana pantai ini agak tersembunyi dan agak terpencil dari jalan besar ke Pantai Sabak. Oleh kerana pantai ini agak jauh dari jalan utama, para pengunjung kerap tersesat untuk sampai ke pantai berkenaan iaitu terletak di Tanjung Kuala dan ianya terletak di penghujung pesisir Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa. Sebenarnya pantai ini asalnya ialah sebuah pulau yang dipenuhi semak samun dan pokok bakau dan keadaan tanah disini berpaya. Lokasi ke Pantai Nusuk, Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, di daerah Kota Bharu Kelantan. https://goo.gl/maps/VBKJSwHWnD9PbzaP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga Video Penuh Rakaman Dron Rumah Dusun https://youtu.be/bWAypm61GSs Pantai Nusuk yang dahulunya agak tidak dikenali, dan sekarang telah menjadi satu tempat peranginan dan tempat untuk pengunjung bersantai bersama keluarga. Terdapat kedai makan...

RUMAH DUSUN PASIR PUTEH KELANTAN | RUMAH TRADISIONAL MELAYU BERKONSEPKAN PERKAHWINAN DALAM TAMAN

Image
  Rumah Dusun ini menyediakan sebuah rumah penginapan dan mempunyai 3 bilik. Dikawasan rumah ini ada disediakan kolam mandi, satu dewan terbuka dan halaman rumah yang sangat menarik. Rumah Dusun juga menyediakan pakej perkahwinan yang berkonsepkan 'Wedding Garden' dengan harga yang berpatutan. Pakej perkahwinan yang disediakan ini lengkap dengan perkhidmatan urusan kahwin, borang kahwin, Tok Kadi, Photographer, Jurusolek, pelamin, Khemah, makanan dan sebagainya. Lokasi ke Rumah Dusun Rumah Dusun 014-501 5111 https://maps.app.goo.gl/SExKifBFLA2AWy476 Tonton video penuh dari rakaman dron Rumah Dusun https://youtu.be/1af8Plks3qc Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Rumah Dusun merupakan sebuah rumah penginapan berkonsepkan senibina tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan. Rumah yang dikelilingi dusun buah-buahan ini terletak di Bukit Saji, iaitu di Kampung Banggol Stol, Selising Pasir Puteh Kelantan. Rumah Dusun ini dibuka untuk para pengu...

NASI LEMAK BURUNG PUYUH TOK WAN ALI | NASI LEMAK WARISAN TOK WAN | KEDAI NASI LEMAK LEGEND 40 TAHUN

Image
  Assalamualaikum.. Video kali ni abang bawa anda semua menikmati Nasi Lemak Legend hampir 40 tahun. Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali ni memulakan perniagaan pada tahun 1988 lagi. Memang legend la kedai ni. Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali ni memang tersohor pada tahun 90-an dan sehingga kini masih lagi beroperasi. Rasa sambal dia masih sama hingga ke hari ini. Memang betul-betul legend ni.. rugi korang tak try. Lokasi ke Kedai Nasi Lemak Tok Wan Ali atau Nasi Lemak Warisan Tok Wan https://goo.gl/maps/8eTQ8MVA1x66WjVC9 Beli Sambal Nasi Lemak Tok Wan Ali di Shopee https://shope.ee/20GqkPvSMq Lawati juga blog Addashuk https://www.addahuk.com Sebarang pertanyaan mengenai Nasi Lemak Tok Wan Ali boleh hubungi dengan nombor ni.. https://wasap.my/+60124979725 Kedai Nasi Lemak Tok Ali ni asalnya terletak di lajuran kedai lama di Stesen Kereta Sewa, dan berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Lorong Pechong pada 2008 akibat dari kebakaran kedai lama tersebut. Kedai dibuka seawal jam 8.00 pag...

ALEMY MAGGI KETAM VLOG BERSAMA AKOK CHANNEL | CHERANG RUKU PASIR PUTEH KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE

Image
  Assalamualaikum.. Kali ni Abang K bersama Akok Channel, kita orang buat vlog cari makan best di sekitar Pasir Puteh Kelantan. So Abang K memang dah selalu pergi ke Alemy Maggi Ketam ni. Masa Akok tanya kat mana kedai best dalam daerah Pasir Puteh tu, terus abang teringat kedai ni. Akok juga nk buat content pasal tempat makan sedap di kawasan Pasir Puteh. So abang bawa la Akok dan kawan Akok iaitu Hatta cuba rasa masakan Maggi Ketam En. Alemy. Untuk ke Alemy Maggi Ketam lokasi baru ni, anda kena ke lokasi lama duhulu. Dan apabila sudah sampai di lokasi kedai lama, buka google maps di lokasi kedai baru dibawah ini. Ini kerana sekiranya anda terus buka lokasi kedai baru, kemungkinan GPS akan bawa anda melalui jalan kampung yang sangat sempit. Alemy Maggi Ketam lokasi lama https://goo.gl/maps/PLxR2qESxo5fR9iU9 Alemy Maggi Ketam lokasi baru https://goo.gl/maps/6rqaSvFweDgzmrQh6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Abang kenal kedai ni dah lama dah, masa tu ab...

APA YANG ADA DI TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR BESAR TOK BALI | PASAR SEGAR TOK BALI

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang bersama Akok Channel akan bawa anda ke Tok Bali yang terletak dalam daerah Pasir Puteh Kelantan. Apa yang menarik yang ada di Tok Bali ni? Anda kena tengok video ni sampai habis. Tok Bali ni ialah sebuah pelabuhan ikan dimana tempat nelayan menurunkan ikan dan Tok Bali juga sekarang ni berfungsi sebagai pengkalan bekalan minyak dan gas. Tok Bali terletak di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan kira-kira 48 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan dalam 13 kilometer dari Bandar Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Pekan Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun ini, Tok Bali telah menjadi jeti alternatif bagi pelancong ke Pulau Perhentian. Tonton video penuh Aerial View video dron https://youtu.be/qhj9bQ5MxCY Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tok Bali diperuntukkan RM5 juta oleh Jabatan Laut untuk pembangunan melalui wilayah ekonom...

VLOG BERBUKA PUASA DI TEPI SUNGAI KELANTAN | DATARAN SUNGAI KELANTAN | LEMBAH SIREH KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum.. Hari ini abang K dan keluarga datang ke tepi Sungai Kelantan untuk merasai suasana berbuka puasa dikawasan rekreasi ditebing Sungai Kelantan di Kota Bharu menjadi tumpuan penduduk bandar berkenaan berbuka puasa sejak awal bulan Ramadhan lalu. Lokasi terbabit mempunyai persekitaran padang yang luas serta pemandangan sungai yang indah menghadap Sungai Kelantan. Kami datang ke lokasi popular yang kedudukannya yang lebih spesifik dibelakang sebuah pasaraya di Lembah Sireh. Kami datang seawal jam 5 petang kerana kalau lambat tempat akan penuh. Ada yang membawa makanan yang dibeli daripada Bazar Ramadhan Tesco tidak kurang juga ada yang membawa nasi dan lauk pauk yang dimasak dari rumah untuk berbuka puasa dikawasan lapang ini. Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton video penuh rakaman dron https://youtu.be/2P0TN_CJhto Kami mengambil peluang untuk berbuka puasa secara terbuka dengan duduk bersila bersama keluarga di Dataran Sungai Kelantan ...

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PASAR TANI MACHANG | DATARAN KEMAHKOTAAN MACHANG

Image
  Assalamualaikum guys.. Hari ni abang buat vlog ke Pasar Tani di bandar Machang iaitu di Dataran Kemahkotaan Machang. Katanya ada satu gerai kt Pasar Tani Machang ni jual Ayam Golek Thai Viral. So, misi abang kali ni nak pergi beli Ayam viral tu la.. Harga untuk seekor ayam RM28, separuh RM14, memang sedap sangat ayam ni. Lauk ayam ni memang sedap. Isi dia sangat lembut, anak-anak abang suka makan. Lokasi Pasar Tani Machang ni betul-betul kat tengah bandar, bersebelahan dengan padang bola sepak Majlis Daerah Machang (MDM). Pasar ni buka pada pukul 8.00 pagi setiap hari Jumaat. Kalau pergi awal tak berebut dengan orang, kalau datang lewat terpaksa lah anda beratur untuk beli. Kat Pasar Tani Machang ni ada macam-macam lagi makanan yang dijual. Diantaranya ialah 🔥 Barangan keperluan harian seperti gandum, gula, minyak masak dan sebagainya. 🔥 Ikan segar dan ayam segar. 🔥 Pelagai jenis makanan

PANTAI TOK BALI SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | LOKASI TERBAIK MEMANCING

Image
  Tok Bali dibuka pada 1996, dengan pembinaan jambatan di atas tanah oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan terusan ini merupakan pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana terdapat pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Pembinaan terusan ini juga memberi impak besar kepada Bandari Pasir Puteh yang sebelum ini sering banjir. Dengan adanya Terusan ini air dapat dikawal daripada terus mengalir ke Bandar Pasir Puteh. Begitu juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan makanan laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tonton video penuh rakam guna dron DJI Mini 2 https://youtu.be/qhj9bQ5MxCY Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tok Bali merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun d...

JERAM MENGAJI MIRIP KUNDASANG SABAH | RAZANI DAIRY FARM JERAM MENGAJI, PASIR PUTEH KELANTAN

Image
  JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MIRIP KUNDASANG SABAH Jeram Mengaji persis suasana dan pemandangan di Kundasang. Dua kali tengok, macam dekat ladang lembu di New Zealand.Jika datang ke Kelantan, wajib singgah di sini. Lokasi menarik ini, terletak di Jeram Mengaji iaitu di daerah Pasir Puteh Kelantan kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Tonton video penuh Jeram Mengaji rakam guna dron DJI Mini 2 https://youtu.be/9rHmdnGQqr0 Kalau korang nak pergi ke tempat ni, korang boleh terus klik di link lokasi dibawah : Lokasi ke Razani Dairy Farm Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/Cd9qvAyAqAZgXJzq5 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com/ Selain keindahan alam semula jadi, Jeram Mengaji juga punyai jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan beriadah bersama keluarga. Di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu dan susu kambing. Ia diperah segar di gerai penduduk t...

WARUNG RAYSHA KETEREH KELANTAN | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KETEREH KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K bawa anda semua ke sebuah kedai yang pernah viral iaitu Warung Raysha. Kalau anda sedang mencari-cari tempat makan sedap di sekitar Ketereh Kota Bharu Kelantan, warung ini adalah tempat makan best. Menu mee celup maggi celup perut lembu yang paling sedap yang ada di Warung Raysha ni. Anda wajib cuba menu ni kalau bertandang ke warung ni. Warung Raysha ni adalah salah sebuah yang pernah viral dengan menu mee celup paling sedap di Kota Bharu. Lokasi ke Warung Raysha https://goo.gl/maps/C3zaN1jxURFWxN7S7 Lawati juga blog addashuk https://www.addashuk.com Selain dari menu masakan mee dan maggi, ada juga kuew tiaw dan bihun. Apa yang paling best ialah menu 'Lauk Setambung'. Setambung itu bermaksud banyak, so anda boleh pilih menu dari masakan mee, maggi, kuew tiaw dan bihun dengan 'Lauk Setambung'. Memang puas hati dapat meratah lauk yang sangat banyak. Antara yang paling popular disini ialah lauk perut lembu. Lauk ni memang kegem...