Posts

DIY | CARA MUDAH BAIKI STEAM IRON PHILIPS | CARA BAIKI SETERIKA WAP PHILIPS ROSAK | TUKAR WATER PUMP

Image
  Assalamualaikum, So hari ni abang masih lagi dengan semangat DIY. Jadi hari ini abang nk berkongsi satu pengalaman dan cara baiki Seterika Wap rosak atau pun juga dipanggil Steam Iron Philips. Untuk mengetahui apa yang rosak Steam Iron abang tu, pertama sekali kita ON kan seterika kita tu dalam 20 -30 saat, kemudian dia buka bahagian penutup air dibahagian tepi. Anda diminta berhati-hati semasa membuka penutup air tersebut kerana wap air panas kemungkinan akan keluar di bahagian itu. Dan sekiranya tiada air atau wap air keluar, itu bermakna pump air sudah rosak, So untuk beli water pump itu, beli saja di Shopee, Abang beli dengan harga RM138. So pada anda yang ada Steam Iron yang rosak kat rumah, check balik samada water pump yang rosak atau pun benda lain. Kalau water pump rosak, ikuti tutorial video ini untuk membaikinya.. Sangat senang cuma Plug and Play sahaja. Sekiranya anda rasa video ni bermanfaat, jangan lupa Like, Share dan Komen untuk support kami membuat video-video ...

PESTA WAU PANTAI GETING | KELATE BUMI BERTUAH ANOK KLATE BUDAYA KELATE TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Image
  Pesta Wau Pantai Geting di Tumpat Kelantan sememangnya popular di dalam masyarakat Kelantan. Tiap-tiap tahun pesta wau ini tidak pernah dilupakan. Kerajaan Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) juga dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat telah menganjurkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022 pada 11-13 Ogos 2022. Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia juga turut bekerja sama dalam menjayakan pesta ini. Abang K, Kak K sekeluarga tidak lepas peluang ini dan kami berkunjung ke Pesta Wau Kebangsaan Kelantan yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat Kelantan. Dengan program ini, pihan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan juga turut mengambil bahagian dalam membuat pameran dan demontrasi membuat wau kepada pengunjung. Video kali ini kami memasukkan lagu-lagu popular rakyat kelantan seperti Kelate Bumi Bertuan, Anok Kelate, Budaya Kelate, Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Demo Ore Comel sebagai muzik latar. Diharapkan semua penon...

PART 2 LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT | LAMAN WARISAN SERUNDING | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Laman Warisan Serunding adalah sebahagian dari Laman Warisan Kampung Laut yang bertapak di Kampung Laut. Di sini lah dimana tempat untuk penjualan dan pengumpulan produk anak tempatan menjual hasil keluaran mereka. Disini terdapat 11 buah kedai yang menjual pelbagai produk serunding antaranya ialah Serunding Daging Tempatan, Serunding Daging Import, Serunding Ayam dan Serunding Ikan. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECERDC) telah menyerahkan pengurusan Laman Warisan Kampung Laut ini kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Laman Warisan Serunding ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi. Lokasi Laman Warisan Serunding https://goo.gl/maps/7jq5BA9H9o7yGNneA Lawati juga blog Addashuk Channel untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Laman Warisan Kampung Laut dibina dengan kos sebanyak RM20 juta iaitu dibangunkan di Perkampungan Serunding di Tumpat Kelantan. Laman Warisan Kampung Laut ini ...

PART 1 LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT | MASJID TERTUA DI ASIA TENGGARA | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, kali ni abang K dengan kak K akan bawa anda semua ke Laman Warisan Kampung Laut iaitu tempat yang menarik iaitu terletak di Kampung Laut Tumpat Kelantan. Apa yang istimewanya di sini ialah yang paling penting sekali ialah masjid 400 tahun iaitu di nama kan Masjid Kampung Laut. Masjid Kampung Laut ini adalah dahulunya pernah rosak teruk dilanda banjir besar (Bah Merah) pada tahun 1926 dan kemudian nya Masjid Kampung Laut telah dihanyutkan oleh banjir besar sekali lagi pada tahun 1966. Pada tahun 1968 Masjid Kampung Laut telah dipindahkan ke Nilam Puri. Dan pada tahun 2022 kini Masjid Kampung Laut Nilam Puri telah dipindahkan kembali ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Untuk rekod, Masjid Kampung Laut adalah masjid tertua di Malaysia serta diiktiraf juga sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Lokasi Masjid Kampung Laut https://goo.gl/maps/oxXZxCnFb8LWuAZ1A Lawati juga blog Addashuk Channel untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com ...

MINI ZOO KUALA KRAI KELANTAN, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB PERGI DI KUALA KRAI KELANTAN

Image
  Mini Zoo Kuala Krai kini kembali dibuka setelah 17 tahun terbiar sepi. Zoo Kuala Krai ini telah dibuka untuk orang ramai pada 22 Julai 2022 iaitu pada hari Khamis bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Pada hari biasa zoo ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Lokasi Mini Zoo Kuala Krai https://goo.gl/maps/JgRYs1k46qgoZD3g6 Waktu Operasi Zoo Kuala Krai Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Bayaran tiket masuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Walaubagaimana pun untuk mempromosikan zoo baru dibuka ini, bayaran tiket masuk hanya RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak, manakala pemegang kad OKU adalah percuma. Zoo ini adalah berkonsepkan Manusia dan Alam, dimana ia saling memerlukan diantara satu sama lain. Terdapat bermacam-macam spesis haiwan yang dipelihara di zoo ini termasuklah burung, mamalia, amfibia dan reptilia iaitu spesis dari dalam dan luar negara. Disamping itu juga p...

MUZIUM ISLAM | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB PERGI DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Pada asalnya bangunan Muzium Islam ini adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh, bangunan ini telah menjadi rumah Menteri Besar Kelantan pada tahun 1895 hingga 1990. Muzium Islam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, Bank Kerapu dan Padang Merdeka iaitu di Jalan Sultan Kota Bharu Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1902 dan berkonsepkan ciri-ciri rumah melayu lama Kelantan sekitar hujung abad ke-19. Dan bangunan ini telah dijadikan Pejabat Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1917 hingga 1990. Lokasi ke Muzium Islam Kota Bharu Kelantan https://goo.gl/maps/e1fRqyPPn2GuG17L6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga Muzium Perang / Bank Kerapu https://youtu.be/G7slMKrGwFI Pada tahun 1991, bangunan ini telah dijadikan galeri untuk Muzium Islam dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra iaitu pada 11 November ...

MUZIUM PERANG | BANK KERAPU | MEMORIAL PERANG, TEMPAT MENARIK WAJIB DILAWATI DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Muzium Perang ataupun dipanggil Bank Kerapu ataupun juga dikenali dengan Memorial Perang terletak di Jalan Sultan dan bertempat di sebelah Padang Merdeka. Sebenarnya bangunan ini pada asalnya adalah "The Mercantile Bank of India Limited" iaitu merupakan Bank Perdangangan pertama di Kelantan iaitu pernah beroperasi pada tahun 1912 selepas tamatnya Perang Dunia II. Kemudian bank ini telah diserahkan kepada "The Hongkong & Shanghai Bank". Lokasi Muzium Perang, Bank Kerapu Kota Bharu Kelantan https://goo.gl/maps/wkHAexcj9L5yaGEm7 Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih informasi menarik https://www.addashuk.com Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga 1945, bangunan ini adalah digunakan sebagai Pejabat Polis Rahsia Jepun "KAMPETAI" dan juga sebagai penjara kepada tawanan perang iaitu orang-orang Anti-Jepun. Kerajaan Kelantan mengambil alih bangunan ini pada tahun 1981 untuk diberikan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Dan ...