Posts

LATA KASHMIR JELI KELANTAN, 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir. Lokasi Lata Kashmir https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh Vlog ke Lata Kashmir https://youtu.be/7DTW3848YNs Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. T...

TOK BALI, PASIR PUTEH KELANTAN, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
  Tok Bali ialah sebuah pelabuhan perikanan dan juga pengkalan bekalan minyak dan gas di Kelantan, Malaysia. Tok Bali berada di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan terletak kira-kira 48 kilometer dari Kota Bharu dan kira-kira 13 kilometer dari Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tempat berlepas alternatif bagi pelancong ke Kepulauan Perhentian. Sumber pendapatan utama kampung ini ialah menangkap ikan dan bertani terutamanya tembakau. Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Jabatan Laut memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan melalui wilayah ekonomi Pantai Timur termasuk membangunkan lagi Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan bot pelancong ke Perhentian dan Pulau Redang. Terdapat banyak pengusaha resort di sekitar Tok Bali, salah satu nya ialah Tok Aman Bali Resort. Ramai orang datang...

JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2 Jeram Mengaji Kelantan ialah nama bagi sebuah kampung yang terletak di daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia. Jeram Mengaji Pasir Puteh Kelantan adalah merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan di sini mirip dengan suasana di Kundasang Sabah. Malah ada yang mengatakan ia serupa dengan suasana Ladang Tenusu di New Zealand. Sebab itu lokasi ini turut juga dikenali dengan nama New Zealand Kelantan. Nama lain bagi Jeram Mengaji ini juga turut dipanggil Kundasang Kelantan. Lokasi ke Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/i8XfSEnfSTGoD2zK6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Jeram Mengaji terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Selising dan kira-kira 22 kilometer dari pekan Pasir Puteh di Kelantan. Di sini terdapat Dairy Farm dan menjual pelbagai produk tenusu seperti susu berperisa dan susu segar. Di sini anda boleh bergambar kenangan kerana suasan...

KRAI WATERPARK | TAMAN TEMA AIR KUALA KRAI | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUALA KRAI

Image
  Krai Water Park adalah hasil dari usahasama Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan ST Amusement (M) Sdn. Bhd. Usaha membawa masuk restoran francais McDonald's ke Kuala Krai yang kini telah pun tercapai dan McDonald's Kuala Krai telah pun dibuka. Pihak Majlis Daerah Kuala Krai dalam masa yang sama juga sedang menarik pelaburan luar untuk datang memajukan jajahan Kuala Krai. Pasukan pelaburan dan ekonomi yang diketuai oleh YM. Yang Dipertua MDKK, telah berjaya membawa masuk satu lagi tarikan pelancongan baru yang mampu mengubah senario pelancongan domestik di daerah Kuala Krai khususnya. Kini Kuala Krai akan mempunyai Taman Tema Air (Krai Water Theme Park) yang terletak bersebelahan Mini Zoo Kuala Krai dan bakal dibuka pada 15 Januari 2024. Krai Water Park ini dilengkapi dengan prasarana yang cukup menarik dan dibangunkan sesuai bagi semua peringkat umur seisi keluarga. Dengan keluasan tapak seluas 2 ekar, Krai Water Park ini boleh dikategorikan sebagai antara yang terluas dan...

BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
Bukit Keluang merupakan sebuah pantai yang terbaik di Terengganu, Malaysia dengan pemandangan pantai yang indah. Disediakan dengan laluan pejalan kaki di sepanjang tebing. Gua laut dan bukit setinggi 141 meter dengan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan. Lokasi untuk ke Bukit Keluang, Besut Terengganu, Malaysia https://goo.gl/maps/5ryuE5bWY4krCYcL6 Ia terletak di Besut, Terengganu kira-kira 6 km dari bandar Kuala Besut. Kuala Besut adalah menjadi tempat pelancong menaiki bot ke Kepulauan Perhentian. 4k Aerial View, Cinematic Drone View, video ini tersedia dengan resolusi 4K dan dengan rakaman cinematik. Video ini dirakam dari DJI Mini 2 _____________________________________________________________ Bukit Keluang is one of the best beaches in Terengganu, Malaysia with a beautiful view of the beach. Provided with walking paths along the cliffs. 141 meter high sea and hill caves with stunning views of the South China Sea. Location to Bukit Keluang, Besut Terengganu, Malays...

DIY | CARA MUDAH BAIKI PETI SEJUK ROSAK | PETI SEJUK SAMSUNG | CARA BAIKI FREEZER ROSAK

Image
  Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki peti sejuk rosak. Peti sejuk Samsung abang rosak berkemungkinan disebabkan kilat. So, peti sejuk abang ni bila ON suis pada mulanya lampu menyala kejap dalam seminit macam tu dia padam. Lepas tutup suis ON balik jadi balik macam tu. Pada korang yang mengalami masalah peti sejuk tak hidup macam ni, boleh la ikut tutorial cara baiki freezer rosak yang abang buat ni. Dijamin menjadi sebab kita tukar PCB Board terus. Dalam Peti Sejuk ada dua litar PCB iaitu litar Power Supply dan Litar Inverter. Biasanya hanya Litar Power Supply yang selalu rosak. So abang just beli kat Shopee dan Plug and Play sahaja. Mudah kan??? So korang pun boleh buat sendiri juga. Daripada upah tukang baik kita baiki sendiri. Boleh dapat pengalaman dan yang penting dapat menjimatkan kos. Biasa nya kalau freezer tak hidup ni berpunca daripada kilat. So biasanya litar PCB power supply akan rosak. Link Shopee beli PCB Boa...

LATA RENYUK JELI KELANTAN | KEDAI MEE UDANG GALAH KAK TIEY | KEDAI MAKAN SEDAP DI JELI

Image
  Assalamualaikum guys, hari ni abang nak kongsikan pengalaman abang dan family pergi berkelah di Lata Renyuk Jeli Kelantan. Untuk video kali ni sebelum kami pergi mandi manda di Lata Renyuk, kami singgah di kedai Mee Udang Galah Kak Tiey yang terletak berhampiran dengan simpang ke Lata Renyuk dan merasai keenakan Mee Udang Galah. So anda mesti dan wajib datang sendiri ke kedai Mee Udang Kak Tiey ni. Kedai ni adalah salah satu kedai makan sedap di Jeli Kelantan. Apa yang istimewa Mee Udang di Kedai Mee Udang Galah Kak Tiey ni? dan menyebabkan ramai yang datang ke sini nak cuba keenakan resepi mee udang galah kat sini. Mee Udang Galah dia memang sedap, patutlah ramai yang datang. Masakan Mee udang Galah Kak Tiey ni jenis kuah merah, rasanya memang sangat sedap. Harga dalam RM15 hingga Rm25 mengikut harga udang semasa. Kalau anda datang ke Lata Renyuk, benda pertama yang anda kena buat adalah makan, so kat sini lah makanan yang paling sedap dan lepas dah selesai makan baru la boleh ...