LATA RENYUK JELI KELANTAN | KEDAI MEE UDANG GALAH KAK TIEY | KEDAI MAKAN SEDAP DI JELI


 Assalamualaikum guys, hari ni abang nak kongsikan pengalaman abang dan family pergi berkelah di Lata Renyuk Jeli Kelantan. Untuk video kali ni sebelum kami pergi mandi manda di Lata Renyuk, kami singgah di kedai Mee Udang Galah Kak Tiey yang terletak berhampiran dengan simpang ke Lata Renyuk dan merasai keenakan Mee Udang Galah. So anda mesti dan wajib datang sendiri ke kedai Mee Udang Kak Tiey ni. Kedai ni adalah salah satu kedai makan sedap di Jeli Kelantan.

Apa yang istimewa Mee Udang di Kedai Mee Udang Galah Kak Tiey ni? dan menyebabkan ramai yang datang ke sini nak cuba keenakan resepi mee udang galah kat sini. Mee Udang Galah dia memang sedap, patutlah ramai yang datang. Masakan Mee udang Galah Kak Tiey ni jenis kuah merah, rasanya memang sangat sedap. Harga dalam RM15 hingga Rm25 mengikut harga udang semasa. Kalau anda datang ke Lata Renyuk, benda pertama yang anda kena buat adalah makan, so kat sini lah makanan yang paling sedap dan lepas dah selesai makan baru la boleh pergi ke Lata Renyuk untuk mandi manda. Lokasi Lata Renyuk Jeli Kelantan https://goo.gl/maps/S3rEBhMC14PtEfEX8 Lokasi Kedai Mee Udang Galah Kak Tiey Jeli Kelantan https://goo.gl/maps/mnPUaTBLSr2mNey46 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Kak Tiey Mee Udang Galah ni terletak di Kampung Sungai Renyuk iaitu lebih kurang 15km dari bandar Jeli. Anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau Jalan Jeli – Dabong. Kedai Kak Tiey Mee Udang Galah ni terletak berhampiran simpang ke Air Terjun Lata Renyuk iaitu kawasan perkelahan yang merupakan salah satu tarikan di kampung ini. Kelebihan kedai Kak Tiey Mee Udang Galah ni ialah ia menyediakan makanan yang sedap, segar dan istimewa pada harga yang berpatutan. Kedai ini juga menjadi tumpuan penduduk setempat bagi menikmati masakan panas, penduduk disini juga menjadikan kedai ini sebagai tempat untuk mereka bersantai sambil berborak dengan rakan-rakan. MENU-MENU ISTIMEWA - Mee Celup (Udang Galah) - Maggi Celup Special (Udang Galah) - Kerabu Maggi (Udang Galah) - Colek Perut - Paprik - Kerabu - Sup Keting - Sup Tulang Kampung Lata Renyuk ini terletak di Kampung Renyuk iaitu lebih kurang 15 km dari Bandar Jeli, iaitu terletak di jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Dabong – Gua Musang. Ianya terhasil daripada aliran Sungai Renyuk yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk kedalam Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini kerana jalan yang disediakan boleh dilalui oleh kenderaan biasa, kelebihan Lata Renyuk juga disebabkan terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang. Sungai Renyok merupakan salah satu punca sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau. Lata Renyuk ialah salah satu tempat yang dibangunkan oleh PBT Tempatan dan Kerajaan Persekutuan. Apa yang sangat best kat sini ialah ada terdapat kolam mandi Renyuk Water Park. So, kalau anda rasa tak selamat untuk lepaskan anak-anak mandi dekat batu ataupun air terjun, anda boleh saja biarkan anak-anak mandi di Water Park sahaja. Kemudahan : *Pembinaaan sebuah dewan serbaguna *Surau *Tandas *Tapak perkemahan sentiasa dibersihkan *Pagar disekitar kawasan dewan Ini adalah video Vlog ke Lata Renyuk Jeli Kelantan dan singgah kedai Mee Udang Galah Kak Tiey iaitu antara kedai makan sedap di Jeli. Diharapkan korang terhibur dengan video dari Addashuk Channel, jangan lupa SUBSCRIBE tanda anda support Channel kami dan kami akan lebih bersemangat untuk membuat video-video menarik selepas ini. Ok guys, jumpa lagi di next video, Assalamualaikum..

Comments