TRAIN TO DABONG VOLUME 2 | ADVENTURE CAVING - TRAVEL BY JUNGLE TRAIN TANAH MERAH - DABONG
Tonton episod TRAIN TO DABONG yang lain : TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK klik link dibawah : https://youtu.be/gQlj06e1YZA TRAIN TO DABONG VOLUME 2, ADVENTURE CAVING klik link dibawah : https://youtu.be/1Mn6fUnY8oc TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 1, EKSPEDISI KE KEM BAHA, klik link dibawah : https://youtu.be/9tg-8BgkR8w TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 2, EKSPEDISI KE LAST WATERFALL klik link dibawah : https://youtu.be/JPAnIapkHgc Train To Dabong merupakan satu fenomena baru di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di negeri ini mula popular sejak sebulan yang lalu, semuanya gara-gara penularan pandemik Corona Virus pada Mac lalu menyebabkan pintu sempadan negara ditutup sekaligus menghidupkan Pekan Dabong sebagai lokasi eko pelancongan sebelum ini hanya digemari oleh pelancong asing. Lebih menarik lagi apabila pengunjung datang kesini dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stesen Keretapi Tanah Merah sehingga tercetusnya Fenomena Train to Dabong. Ini diakui sendiri oleh pengurus Stesen KTMB Dabong. Sebelum ini perkhidmatan keretapi Dabong hanya digunakan oleh penduduk setempat dan pelajar sekolah sahaja yang jumlahnya tidak sampai 100 orang. Namun sejak fenomena Train to Dabong, Stesen Keretapi Dabong menerima kunjungan hampir 1000 penumpang disetiap hari. Menurutnya pertambahan penumpang bukan sahaja memberikan kelebihan kepada KTMB tetapi dapat menaikkan ekonomi penduduk setempat. Sejak sebulan yang lalu penduduk setempat mendapat rezeki tambahan dengan menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan, perniagaan makanan dan juga rumah tumpangan. Pengurusan KTMB berkata disebabkan fenomena ini pihaknya terpaksa menambah 5 gerabak tambahan pada hari jumaat dan sabtu berbanding 4 gerabak pada hari biasa bagi menampung jumlah pengguna yang menaiki keretapi. Hampir setiap minggu gerabak keretapi dipenuhi dengan penumpang bukan sahaja dari Kota Bharu malah ada juga dari daerah-daerah lain yang mengambil peluang merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi. Tiket dari Tanah Merah ke Dabong berharga RM4 sehala seorang bagi dewasa manakala RM2 sehala seorang bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Waktu perjalanan tren dari Stesen Tanah Merah ialah pada pukul 5.12 pagi, 11.25 pagi dan 3.45 petang. Dan tren dari Dabong ke Tanah Merah pula ialah pada pukul 7.30 pagi, 2.50 petang dan 6.05 petang. Link untuk download jadual tiket dari website KTMB, file PDF ada diruangan KTM Intercity. Klik pada Menu -New Timetable- http://www.ktmb.com.my/TrainTime.html Selain dapat menikmati keseronokan menaiki keretapi sambil melihat keindahan alam semulajdi, pengunjung yang datang ke Dabong boleh mengunjungi Gua Ikan, Jelawang Pipe Resort, Stong Hill Resort dan juga Mendaki Gunung Stong. Tidak ketinggalan juga pengunjung dapat menikmati Mee Udang Galah Viral Che Da yang terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi Dabong. Diharapkan korang terhibur dengan video dari Addashuk Channel, jangan lupa SUBSCRIBE tanda korang support. Next kita orang akan buat TRAIN TO DABONG VOLUME 3 pulak.. Ok Korang, jumpa lagi di next video, Assalamualaikum.. –––––––––––––––––––––––––––––– Track Info: Title: Adventures by A Himitsu Genre and Mood: Dance & Electronic + Happy –––––––––––––––––––––––––––––– Adventures by A Himitsu https://soundcloud.com/a-himitsu Creative Commons — Attribution 3.0 Unported— CC BY 3.0 Free Download / Stream: http://bit.ly/2Pj0MtT Music released by Argofox https://youtu.be/8BXNwnxaVQE Music promoted by Audio Library https://youtu.be/MkNeIUgNPQ8 ––––––––––––––––––––––––––––––

Comments
Post a Comment