PERANAKAN CINA KELANTAN EPISOD 02 | CINA KECEK KELATE


 Di video kali ini, satu temubual eksklusif bersama seorang anak Peranakan Cina Kelantan iaitu Akok yang juga seorang Youtuber berasal dari Kelantan. Nama sebenar Akok adalah Fang Seng Kok iaitu generasi ke 6 Peranakan Cina Kelantan.

Masyarakat Cina Kelantan mempunyai hubungan yang unik dan kuat dengan masyarakat Melayu. Mereka mudah bergaul, makan bersama, bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Melayu. Masyarakat Cina Kelantan lebih dikenali sebagai Cina Kampung atau Cina Peranakan Kelantan merupakan kumpulan minoriti dalam kumpulan etnik Cina Malaysia yang memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap warisan Melayu Kelantan dan juga masyarakat Thai Kelantan. Bahasa dan budaya Cina Peranakan Kelantan dalam kehidupan seharian memperlihatkan penggabungan elemen-elemen Cina-Melayu-Thai. Fang Seng Kok atau lebih mesra dipanggil Akok berasal dari Kampung Bakat, Machang Kelantan. Beliau dilahirkan di Machang pada 28 Oktober 1970 dan memulakan pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Hwa Machang. Kemudian beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang. Seterusnya beliau menyambung pelajaran ke Stamford College dan mengambil jurusan Hotel & Tourism Management. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akok, jom kita tengok video ni sampai habis. Channel Youtube Akok https://www.youtube.com/c/AkokChannel Jangan lupa subscribe Addashuk Channel dan tekan butang loceng untuk aktifkan notifikasi video-video terbaru. Terima kasih kerana menonton

Comments