Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu, kini berwajah baru. Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT telah menaiktaraf pantai tersebut sehingga kan kini didatangi ramai pengujung terutamanya pada hari minggu dan cuti umum. Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dipenuhi dengan sampah sarap, kini telah melalui proses penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh. Pantai ini tidaklah terlalu sesak sekiranya dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana kedudukan pantai ni yang agak jauh dari bandar-bandar utama. Di pantai ini kini ada menyediakan perkhidmatan menunggang ATV. Bayaran dikenakan ialah sebanyak RM35 untuk setengah jam bagi ATV kecil, dan RM45 untuk setengah jam bagi ATV besar. Ada juga pengusaha yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Di deretan gerai, ada persembahan nyayian dari kumpulan NoWar Band. Dengan kehadiran kumpulan ini, dapatlah menghiburkan pengunjung-pengunjung yang berkunjung kesini. Semoga anda terhibur dengan video ini, jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video menarik selepas ini. Jangan lupa aktifkan notifikasi dengan menekan tombol loceng. Terima kasih kerana menonton.

Comments
Post a Comment