Muzium Negeri Terengganu Muzium ini merupakan muzium tercantik dan terbesar di Asia Tenggara. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi. Lokasi Muzium Negeri Terengganu https://goo.gl/maps/bCFo5u6Gh5QBsQP48 Harga tiket: Dewasa : RM5.00 Kanak-kanak 7 Tahun ke Atas : RM2 Kanak-kanak bawah 7 tahun : Percuma Pelajar Pakaian Seragam Sekolah : RM1 Waktu operasi: Sabtu - Khamis (Jumaat Tutup) 9.00 pagi - 5.00 petang
#muzium #muziumNegeri #muziumNegeriTerengganu #muziumTerbesarDiAsiaTenggara #tempatMenarikTerengganu #muziumTerengganu #kampungBudayaTerengganu #muziumKualaTerengganu #muziumTercantikDiMalaysia #museumAtTerengganu

Comments
Post a Comment