RAJA IKAN BAKAR | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI KELANTAN


 Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Tok Bali. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Raja Ikan Bakar. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Tok Bali Pasir Puteh sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Ikan Bakar Berempah. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini.

Lokasi Raja Ikan Bakar Tok Bali https://maps.app.goo.gl/8pPqz34MRL1iRT7R6 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Senarai harga ikan adalah mengikut berat ikan. Ikan Scallop RM20/kg, untuk Ikan Cermin, Ebek, Merah Tanda, Muduk, Cupok, Madi Abu, Lemoh dan Sotong RM70/kg, untuk ikan Aji-Aji, Merah dan Udang Ketak RM80/kg, harga untuk Udang pula RM100/kg. I Istimewa nya di Raja Ikan Bakar ni, Anda boleh bawa ikan sendiri dan Raja Ikan Bakar hanya mengambil upah bakar sahaja. Anda boleh beli ikan di Pasar Segar Tok Bali. Harga untuk Bakar Berempah dari Kedai Raja Ikan Bakar ialah RM3/kg, dan Ikan yang dibeli sendiri ialah RM2/kg Waktu Operasi Raja Ikan Bakar Jumaat hingga Selasa - 5.30pm hingga 11.30pm Rabu - Tutup Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton. INI ADALAH VIDEO REVIEW RAJA IKAN BAKAR | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI KELANTAN

Comments