TERATAK RIMBA ABAM PEAH KUALA KRAI KELANTAN | WARUNG MAKAN DALAM HUTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN


 Hari ni kami akan bawa anda ke sebuah kawasan persendirian yang dikenali dengan nama Teratak Rimba Abam Peah. Teratak Rimba Abam Peah Merupakan Kawasan Persendirian yang terletak di Sungai Pas Kuala Krai Kelantan, Tetapi Dibuka Untuk Kunjungan Orang Awam Untuk Berkelah, Mandi Sungai Serta Boleh Juga Menginap Di Teratak Rimba Abam Peah. Di sini anda boleh bawa family untuk beriadah, makan-makan dan menginap sambil healing-healing suasana di tepi sungai berlatar belakangkan hutan belantara yang sungguh tenang. Anda juga boleh berkhemah disini, tapak khemah disediakan dan dilengkapi dengan fasiliti seperti tandas surau dan macam-macam lagi. Disini juga terdapat Campsite ataupun dipanggil juga tapak perkhemahan untuk para penggemar berkhemah.

Perasaan cinta yang begitu mendalam kepada alam semula jadi memberi inspirasi kepada seorang usahawan mengusahakan pusat peranginan dikenali sebagai Teratak Rimba Resort Abam Peah. Terletak di kawasan Sungai Pas di sini, Azli Mohd Noor atau mesra disapa Abam Peah tidak menolak dan terus membuat bayaran sejurus ditawarkan tanah berkeluasan 2.4 hektar itu. Melihat kepada potensi dan kecantikan alam yang ada di kawasan itu serta kedudukan berhampiran anak sungai membuatkan Abam Peah sanggup mengeluarkan duit poket sendiri demi memajukan lokasi tersebut. Pemilik Teratak Rimba Abam Peah memberitahu, terdapat beberapa kemudahan lain seperti tempat berkelah, mandi-manda serta barbeku dan aktiviti mandi bersama santuari kelah. Katanya, kedudukan kawasan tersebut yang hanya terletak satu kilometer dari jalan besar menyebabkan ia mudah dikunjungi. Beliau menambah, selain dapat menikmati kesejukan air yang mengalir dari Sungai Pahi, pengunjung dapat menikmati kehijauan kawasan sekitar seperti Lata Berangin, Lata Y dan Lata Papan Lokasi Teratak Rimba Abam Peah https://maps.app.goo.gl/oZbVr5cQmoubwXo2A Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Rumah penginapan yang disediakan disini adalah sebanyak 7 buah dan diberi nama unik sempena nama watak dalam cerita lagenda P Ramlee iaitu DOREMI. Dibawah adalah senarai harga pondok-pondok yang disediakan oleh pihak Teratak Rimba Abam Peah : Pondok Saril Dol RM100 Pondok Mi RM100 Pondok Re RM100 Pondok Do RM100 Pondok Ajis RM150 Pondok Sudin RM150 Pondok P Ramlee RM300 Sekiranya anda merancang percutian ke Kelantan dan anda akan melawat daerah Kuala Krai, anda wajib singgah di Teratak Rimba Abam Peah ni. So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Kelantan khususnya, tempat menarik di Malaysia umumnya. Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum... Ini adalah video vlog ke Teratak Rimba Abam Peah Kuala Krai Kelantan, disini terdapat Warung makan dalam hutan. Teratak Rimba Abam Peah adalah salah satu tempat menarik di Kelantan.

#teratakrimbaabampeah #kualakrai #tempatmenarikdikelantan Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee. Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 40 Pro https://s.shopee.com.my/6AQl4Y4JZ7 Rakaman Video dari DJI Action 2 https://s.shopee.com.my/3AonalofPl Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4 https://s.shopee.com.my/7zsPG2CFBS Guna Microphone Saramonic Blink 500 https://s.shopee.com.my/9f0dFAv50v Video Dron guna DJI Mini 4 Pro https://s.shopee.com.my/8ABpSSiSd6

Comments