BENELLI TNT600 DOUBLE EXHAUST, TNT600 PASANG EKZOS LEOVINCE BUNYI EKZOS TNT600, EXHAUST SOUND TNT600


 Assalamualaikum, masih lagi dalam mood DIY Benelli TNT600 abang ni, banyak lagi projek-projek yang akan abang buat kat motor ni. Sebelum ni abang buat projek Pasang headlamp SRK600, lepas tu abang buat projek Pasang LCD meter tnt600 yang dah siap voltmeter dan gear indicator, ada map view lagi. Memang best pakai meter TFT ni dkt motor abang TNT600I. Dan lepas tu abang servis brek depan dan brek belakang, cat caliper dan terus tukar hose. Kalau korang nak tengok video tu, buleh tengok kat channel abang.

So, hari ni ada projek baru lagi untuk Benelli TNT600S abang. Kali ni abang tukar Ekzos daripada yang satu sebelah kanan, kita masuk double exhaust underseat. Ekzos asal TNT600 ni memang bawah seat double exhaust. Tapi ramai owner-owner TNT600 ni tukar yang satu muffler kat tepi. So abang rasa satu kerugian la ye, motor asal ada dua exhaust tapi tukar jadi satu. Motor lain yang satu exhaust pun orang nak tukar jadi dua ekzos. Abang lebih suka pakai dua ekzos sebab kat bawah seat ni memang telah disesuaikan untuk letak ekzos. Tengok saja design lampu belakang tnt600, dia ada macam laluan untuk ekzos kat situ. Satu je la masalah bila nak pakai ekzos bawah seat ni, kena buang undertail punya cover. sebelum ni owner lama pakai undertail, bila dh buang undertail tu nampak macam tak cantik la pulak. Kat bawah tu jadi nampak semua bawah seat. kalau pakai ekzos original TNT600 ok la jugak sebab exhaust asal dia memang design dia besar, dah tutup semua kat bawah tu. Tapi bila dah siap pasang paip ekzos, tak nampak sangat la bawah seat tu kosong. Exhaust ni dia dah sediakan DB Killer. So bunyi ekzos dia tak kuat sgt, sesuai lah dengan kehendak abang. Abang kalau boleh tak nak la bunyi ekzos kuat sangat, Abang J minat ni kalau bunyi kuat. Kalau korang nak custom bunyi mengikut selera korang. Korang boleh beli DB Killer yang dijual dalam shopee. dia punya diameter DB Killer tu 51mm. So guys, korang layan la video cara abang pasang exhaust benelli TNT600 ni. Sekurang-kurang nya korang pun akan nampak dan tahu macam mana cara nk tukar ekzos TNT600 ni. Senang saja nk tukar ekzos ni, tak de la rumit sgt. Cuma clamp tu kena sesuai la. Untuk paip depan nk sambung ke middle paip tu guna clamp 52mm - 55mm. Beli saja dekat shopee. Ok geng, terima kasih lah kerana menonton video ni, jangan lupa subscribe channel Addashuk untuk lebih lagi video menarik pasal Benelli TNT600 ni. Orait, Assalamualaikum...

Beli DB Killer 51mm Untuk Ekzos LeoVince https://s.shopee.com.my/4fmOv3KvZx Beli Muffler Ekzos LeoVince 2pcs Sebab Nak Pakai Double https://s.shopee.com.my/60HmVaid8i Beli Y Pipe TNT600 Exhaust https://s.shopee.com.my/3ftrjLUqvZ Beli Spring Clip On 45mm Ekzos Y pipe dengan Muffler https://s.shopee.com.my/6KucuHkyjD Beli Clamp Pipe Depan dengan Middle Pipe 52mm https://s.shopee.com.my/8AMH5jJHST Beli L Bracket utk Letak pada screw Ekor https://s.shopee.com.my/6VE4c7qL7n Ini adalah video Benelli TNT600 Double Exhaust, TNT600 Pasang Ekzos LeoVince, TNT600 Bunyi Ekzos, Exhaust Sound TNT600

Comments