CARA PASANG ENJIN AIR SHIMGE PZ750, HOW TO INSTALL SHIMGE PZ750 WATER PUMP, PASANG WATER PUMP SHIMGE
Assalamualaikum, Hari ni abang nak berkongsi cara pemasangan enjin air Shimge PZ750 dengan cara yang mudah. Dan abang juga ingin kongsikan barang-barang atau peralatan yang diperlukan dalam proses pemasangan enjin air ni. Untuk pengetahuan korang, enjin air jenama Shimge ni memang terbaik hasil daripada pemerhatian yang abang buat. Enjin air ni tahan lama dan motor susah untuk rosak disebabkan enjin air ini dilengkapi dengan Thermal Fuse, bila mana tiada air, enjin akan akan sentiasa ON dan akan menyebabkan motor menjadi panas. Tetapi dengan adanya Thermal Fuse ni, enjin air akan OFF dengan sendiri setelah sampai ke suhu yang ditetapkan. Satu lagi kebaikan enjin air Shimge ni, dia punya Automatic stopper dia akan disesuaikan dengan tekanan air. Ini bermakna, bila kita buka air paip secara slow, enjin tidak akan ON dan OFF secara kerap. Itulah fungsi yang menyebabkan abang memilih enjin air Shimge ni. Pada korang yang nk beli enjin air ni, korang boleh klik pada product tag di video ni atau boleh klik link dibawah. Beli Enjin air Shimge PZ750 di Shopee https://s.shopee.com.my/1qUarBQvaa Beli Poly Adapter Socket di Shopee https://s.shopee.com.my/5q0jdDGfFC Beli Foot Valve di Shopee https://s.shopee.com.my/AA9inKnKRR Beli White Tape di Shopee https://s.shopee.com.my/9KabnqcQyQ Beli Pipe 1" di Shopee https://s.shopee.com.my/5q0jdSODUx Beli Socket Connector Socket 1" di Shopee https://s.shopee.com.my/1VrkTYhDqL Untuk memudahkan proses pembaikian ataupun proses penyelenggaraan, abang menggunakan Valve Socket dan PT Socket pada inlet air dalam telaga. Bila kita nak baiki enjin, kita tidak perlu untuk memotong batang paip, cuma pusing pada socket sahaja dan boleh pasang balik setelah siap pembaikian. Pada Outlet, abang menggunakan paip jenis Poly untuk memudahkan proses penyelenggaraan. Paip Poly tidak menggunakan gam paip. Untuk membuka paip cuma perlu pusing pada socket sahaja. untuk pengetahuan korang, enjin air Shimge PZ750 ni menggunakan saiz paip satu inci untuk inlet dan outlet. Untuk sesuaikan dengan outlet sedia ada dirumah saya, abang menggunakan converter thread dari 1" ke 3/4 seperti yang abang terang kan dalam video. So Guy, korang boleh diy pasang sendiri saja di rumah lagi jimat duit, sambil-sambil belajar bertukang. Kalau upah plumber mahal juga ye. Ok guy, selamat menonton lah dan jangan lupa untuk Subscribe channel ni. Banyak lagi video-video diy nanti abang akan upload. Terima kasih guy kerana menonton. Assalamualaikum.. INI ADALAH VIDEO CARA PASANG ENJIN AIR SHIMGE PZ750, HOW TO INSTALL SHIMGE PZ750 WATER PUMP, CARA PASANG WATER PUMP SHIMGE

Comments
Post a Comment