Assalamualaikum.. Hari ni abang ada projek tukar bearing belakang kereta kenari abang. Dah lama rasanya tak ber DIY, kali ni abang akan buat video cara tukar bearing belakang kereta kenari abang. Sebenarnya kereta ni abang beli kereta sadai dah dekat 2 tahun. So bearing depan sudah tukar satu set dengan absorber depan sekali semua dengan halfcut Daihatsu L9. Tapi bearing belakang foreman tidak usik apa-apa sebab penukaran halfcut hanya melibatkan bahagian depan kereta sahaja. Disebabkan kereta sudah lama sadai, berkemungkinan minyak dalam bearing sudah kering mengakibatkan pembentukkan karat. Kalau kereta yang selalu bergerak, susah bearing nak berkarat, tapi kereta sadai dekat 2 tahun pembentukan karat senang berlaku. Kerana kereta park tengah panas dan hujan menyebabkan lagi cepat karat merebak. Bunyi berdengung akan berbunyi bila abang bawa kereta dalam 80km/j, dan bunyi akan lagi kuat bila 3 orang naik kereta abang di seat belakang. Sakit pulak telinga abang bila dengar bunyi berdengung. Rasa bingit telinga tu buat abang tak sabar-sabar nk tukar bearing. Boleh je abang bawak pergi kedai tapi abang lebih suka buat sendiri, sambil-sambil tu boleh buat video untuk korang yang mempunyai masalah sama macam abang. Kadang tu kuat sangat bunyi berdengung tayar belakang. Tukar bearing belakang sangat lah mudah jika nak dibandingkan dengan tukar bearing tayar depan. Jangan lupa ye, semasa proses nk buka mangkuk drum tu, turunkan handbrake terlebih dahulu. Kadang yang ni orang terlepas pandang. Abang pun nyaris kena, masa nak buka mangkuk tu pelik jugak kenapa ketat sangat, Hahahahaha... rupanya lupa nak turunkan handbrake... adoii laa.. Abang gunakan bearing jenama NTN Japan. Harga amatlah murah dalam RM28 satu set untuk sebelah tayar. Abang beli 2 set untuk tayar kiri dan kanan harga dalam RMRM56 saja. Upah tak ada sebab kita pasang sendiri. Jimat belanja dan dalam masa yang sama kita dapat pengalaman. Kalau lepas ni jadi lagi kita dah biasa buat lagi la jadi senang. So guys, semoga video ni akan memberi sedikit sebanyak manfaat pada korang yang nak tukar bearing belakang kereta kenari. Terima kasih kerana sudi menonton. Diharapkan korang dapat lah share video ni pada kawan-kawan yang ada masalah bunyi berdengung kereta perodua kenari. Jangan lupa subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik.. Assalamualaikum.. Beli Bearing Belakang Kenari Dekat Shopee https://s.shopee.com.my/4qCheWcdWs Singgah blog AddaShuk untuk lebih banyak artikel menarik https://www.addashuk.com INI ADALAH VIDEO DIY TUKAR BEARING BELAKANG KENARI | BUNYI BERDENGUNG | CARA TUKAR BEARING BELAKANG KERETA KENARI

Comments
Post a Comment