Posts

DIY | CARA MUDAH BAIKI MESIN BASUH ROSAK | MESIN BASUH SAMSUNG | TUKAR PCB BOARD MESIN BASUH

Image
  Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki mesin basuh rosak. Mesin basuh Samsung abang rosak berkemungkinan disebabkan sudah lama pakai, rasanya dah dekat 10 tahun, dan berkemungkinan PCB Board sudah rosak. So, mesin basuh abang ni bila ON suis, dia ok saja, cuma bila nk tekan butang lain macam tak ada fungsi. So abang suspek PCB Board dia la yang problem. Pada korang yang mengalami masalah mesin basuh tak hidup macam ni, boleh la ikut tutorial cara baiki mesin basuh rosak yang abang buat ni. Dijamin menjadi sebab kita tukar PCB Board mesin basuh terus. Dalam mesin basuh ni, tak ada litar PCB Board lain, hanya satu ini sahaja. Biasanya hanya Board ni yang selalu rosak. So abang just beli kat Shopee dan Plug and Play sahaja. Mudah kan??? So korang pun boleh buat sendiri juga. Daripada upah tukang baik kita baiki sendiri. Boleh dapat pengalaman dan yang penting dapat menjimatkan kos. Jadi, kalau mesin basuh korang rosak seperti t...

LOST WORLD OF TAMBUN | LOST WORLD THEME PARK | LOST WORLD WATER PARK | TEMPAT MENARIK DI PERAK

Image
  Assalamualaikum, kali ni abang dan family berkunjung ke negeri Perak dan tempat yang wajib pergi adalah Lost World of Tambun. Kami sudah book tiket online untuk 1 day dan matlamat kami ialah nak melawat semua tempat dalam Lost World Theme Park ni. Dalam Lost World Theme Park kalau tak silap abang ada 7 seksyen iaitu Lost World Water Park, Lost World Hot Spring & Night Park, Lost World Amusement Park, Lost World Malayana Rain Fortress, Lost World Tin Valley, Hippo Kingdom dan Lost World Tiger Valley. Untuk video kali ni kami sediakan video mengikut bahagian iaitu Lost World Water Park. Dalam Lost World Water Park terdapat pula 7 tempat yang wajib anda menikmati keseronokan iaitu Jungle Wave Bay, Adventure River, Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer, Tube Raider dan Malayana Rainfortress. Lokasi Lost World of Tambun Theme Park https://goo.gl/maps/fZAj2qJ9uCQa9gfe7 Lawati blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com Dalam keindahan hutan hu...

PANTAI BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU | PANTAI CANTIK DI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. hari ni abang dan family pergi ke Pantai Bukit Keluang. Disini sememangnya sangat cantik, dan pelbagai kemudahan asas disediakan seperti tandas, surat, bilik mandi. Terdapat juga gerai-gerai makanan di sekitar kawasan pantai. Anda juga boleh merasai keseronokan menaiki 'Banana Boat'. Disini juga anda boleh melakukan aktiviti 'Hiking' Bukit Keluang iaitu setinggi 141 Meter. Berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang, ada sebuat resort iaitu Bukit Keluang Beach Resort. Pantai Bukit Keluang merupakan sebuah pantai cantik di Terengganu, Malaysia dengan pemandangan pantai yang indah. Disediakan dengan laluan pejalan kaki di sepanjang tebing. Gua Bukit Keluang dan bukit setinggi 141 meter dengan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan. Bukit Keluang juga adalah salah satu tempat menarik di Terengganu untuk bercuti. Lokasi Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu, Malaysia https://goo.gl/maps/5ryuE5bWY4krCYcL6 Ia terletak di Besut, Terengganu kira-kir...

HOTEL REVIEW SWISS GARDEN HOTEL BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR | HOTEL TERBAIK DI KUALA LUMPUR

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang nak kongsikan sebuah video review hotel iaitu Swiss Garden Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi Swiss Garden ni berada di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur menyebabkan harga nya agak mahal juga. Tapi berbaloi ke stay kat hotel ni ?? Jom kita tengok review hotel ni. Lokasi Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/eU3tn9HtARrqEKox8 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Swiss Garden Hotel ni terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur antara hab hiburan Bukit Bintang dan Chinatown yang berwarna-warni, Swiss Garden Hotel menawarkan pilihan tempat makan, kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Swiss Garden Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur terletak 2.4km dari Chinatown dan 500 meter dari stesen Monorel Imbi. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berjarak 29 km dari tempat penginapan ini. Garden Terrace menawarkan pelbagai pilihan perisa tempatan dan hidangan antarabangsa. ...

FLYOVER WAKAF BHARU | BYPASS PASIR PEKAN - PENGKALAN KUBOR / JEJANTAS WAKAF BHARU 4K DRONE VIEW

Image
  PROJEK FLYOVER / BYPASS DARI ARAH KOTA BHARU MERENTANGI BULATAN WAKAF BHARU KE PENGKALAN KUBOR, KELANTAN Kemaskini pembinaan Projek Membina Bypass / Flyover Baru Wakaf Bharu terkini pada 28.06.2023 telah siap sepenuhnya dan boleh dilalui untuk semua jenis kenderaan. Bypass / Flyover dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor merupakan projek yang telah diluluskan pelaksanaan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Tahun 2017. Untuk lebih artikel-artikel menarik anda boleh layari blog Addashuk di: https://www.addashuk.com Projek ini adalah melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan raya yang sediada bermula dari arah Kota Bharu bulatan Pasir Pekan, Simpang Empat FT134 Jalan Dusun Langgar - Jalan Pohon Tanjung. Pembinaan berakhir di Persimpangan Pasar dalam Bandar Wakaf Bharu dengan panjang keseluruhan adalah 1.4km. Selain itu, projek ini akan melibatkan pembinaan jejambat (Flyover / Bypass) sepanjang 320 meter bermula dar...

TRAIN TO DABONG | SUNGAI KENERONG DABONG KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi mandi manda di Sungai Kenerong. Memang cantik sangat kat sini untuk anda yang suka bergambar yang berlatarbelakang kan bukit bukau yang cantik, memang sangat sesuai lah kat sini. Selain anda dapat mandi bersama-sama anak-anak, ibubapa dapat merasai ketenangan yang jauh dari kesibukan kota. Terdapat juga video yang kami rakam menggunakan dron di sekitar Sungai Kenerong ni. Sungai Kenerong ni adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib melawat serta menangkap gambar kenang kenangan di sini. Train To Dabong : Melawat ViewPoint Air Terjun Jelawang https://youtu.be/GttihUeOI_A Train To Dabong : Melawat Komplek Gua Ikan https://youtu.be/qe2X7Wmv9ho Train To Dabong : NASI KERABU & MEE UDANG KAK NAH KAMPUNG STONG https://youtu.be/1EoGscnsF5U Train To Dabong : MEE UDANG GALAH CHE DA VIRAL https://youtu.be/BtTiGlEQx6I...

TRAIN TO DABONG | MEE UDANG GALAH CHE DA VIRAL | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN

Image
  Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi merasai keenakan Mee Udang Galah Che Da Viral di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib datang sendiri ke kedai Mee Udang Che Da ni. Kedai ni adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan. Apa yang istimewa Mee Udang di Dabong ni, dan menyebabkan ramai yang datang Ke Dabong nak cuba keenakan resepi mee udang kat sini. Tapi bila datang ke Dabong, ada dua tempat yang biasa kami pergi. Salah satunya ialah Che Da Mee Udang Galah. Masakan Mee udang Galah Che Da ni jenis kuah putih. Tak manis sangat. Harga dalam RM15 hingga Rm30 mengikut harga udang semasa. Kalau anda datang ke Dabong, benda pertama yang anda kena buat adalah makan, so kat sini lah makanan yang paling sedap dan lepas dah selesai makan baru la boleh pergi ke tampat menarik yang lain seperti Lata Kertas, Sungai Kenerong, Gua Ikan, Viewpoint Air Terjun Jelawang, Jelawang Pipe Resort ...