FLYOVER WAKAF BHARU | BYPASS PASIR PEKAN - PENGKALAN KUBOR / JEJANTAS WAKAF BHARU 4K DRONE VIEW


 PROJEK FLYOVER / BYPASS DARI ARAH KOTA BHARU MERENTANGI BULATAN WAKAF BHARU KE PENGKALAN KUBOR, KELANTAN

Kemaskini pembinaan Projek Membina Bypass / Flyover Baru Wakaf Bharu terkini pada 28.06.2023 telah siap sepenuhnya dan boleh dilalui untuk semua jenis kenderaan. Bypass / Flyover dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor merupakan projek yang telah diluluskan pelaksanaan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Tahun 2017. Untuk lebih artikel-artikel menarik anda boleh layari blog Addashuk di: https://www.addashuk.com Projek ini adalah melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan raya yang sediada bermula dari arah Kota Bharu bulatan Pasir Pekan, Simpang Empat FT134 Jalan Dusun Langgar - Jalan Pohon Tanjung. Pembinaan berakhir di Persimpangan Pasar dalam Bandar Wakaf Bharu dengan panjang keseluruhan adalah 1.4km. Selain itu, projek ini akan melibatkan pembinaan jejambat (Flyover / Bypass) sepanjang 320 meter bermula dari Jambatan Atas Rel dan seterusnya merentasi Bulatan Wakaf Bharu. Projek-projek yang terlibat adalah: • Membina jejambat melintasi Bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu - Pengkalan Kubor) sepanjang 320 meter • Melebar dua jambatan sedia ada (Jambatan Keretapi Wakaf Bharu - 26.2 meter dan Jambatan Alor Kedemit – 25 meter). • Menaiktaraf Bulatan Wakaf Bharu ke Kota Bharu sedia ada. • Pemasangan dan pengalihan utiliti, lampu jalan. • Menyediakan Indirect pusingan U selepas simpang Pasar Wakaf Bharu. Bypass Wakaf Bharu, Pasir Pekan - Pengkalan Kubor Flyover Jejantas Wakaf Bharu 4k Drone View dibina di Wakaf Bharu Kelantan. Iaitu dari Pasir Pekan Kelantan ke Pengkalan Kubor Kelantan. video publish by Addashuk, Addashuk Films.

Comments