TRAIN TO DABONG | SUNGAI KENERONG DABONG KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN


 Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi mandi manda di Sungai Kenerong. Memang cantik sangat kat sini untuk anda yang suka bergambar yang berlatarbelakang kan bukit bukau yang cantik, memang sangat sesuai lah kat sini. Selain anda dapat mandi bersama-sama anak-anak, ibubapa dapat merasai ketenangan yang jauh dari kesibukan kota. Terdapat juga video yang kami rakam menggunakan dron di sekitar Sungai Kenerong ni. Sungai Kenerong ni adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib melawat serta menangkap gambar kenang kenangan di sini.

Train To Dabong : Melawat ViewPoint Air Terjun Jelawang https://youtu.be/GttihUeOI_A Train To Dabong : Melawat Komplek Gua Ikan https://youtu.be/qe2X7Wmv9ho Train To Dabong : NASI KERABU & MEE UDANG KAK NAH KAMPUNG STONG https://youtu.be/1EoGscnsF5U Train To Dabong : MEE UDANG GALAH CHE DA VIRAL https://youtu.be/BtTiGlEQx6I Train To Dabong : SUNGAI KENERONG DABONG KELANTAN https://youtu.be/5G6Nkp8K5ko Lokasi Viewpoint Air Terjun Gunung Stong/Air Terjun Jelawang https://goo.gl/maps/EPAkBXWgLnnNNtQz6 Lokasi Kompleks Gua Ikan Dabong Kelantan https://goo.gl/maps/hk5oQUpcGguDEU449 Lokasi Kedai Makan Mee Udang Kak Nah Dabong Kelantan https://goo.gl/maps/MY8howkhDreC3ayh8 Lokasi Kedai Mee Udang Che Da Dabong Kelantan https://goo.gl/maps/aLDP7wRFXgTnp4RY8 Lokasi Sungai Kenerong / Lokasi Pondok Pok Teh Sungai Kenerong https://goo.gl/maps/uFemWkpaKmfCvpYS8 Lawati juga blog addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com Train To Dabong adalah merupakan satu fenomena suatu ketika dahulu di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di negeri ini telah popular sejak penularan virus pada tahun 2020 yang lalu, Oleh kerana itulah menyebabkan pintu sempadan negara ditutup sekaligus menghidupkan Pekan Dabong sebagai lokasi eko pelancongan sebelum ini hanya digemari oleh pelancong asing. Lebih menarik lagi apabila pengunjung datang kesini dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stesen Keretapi Tanah Merah sehingga tercetusnya Fenomena Train to Dabong. Ini diakui sendiri oleh pengurus Stesen KTMB Dabong. Antara tempat menarik lain di Dabong ialah Mee Udang Viral Che Da, Mee Udang Kak Nah Kampung Stong, Dabong, Jelawang Pipe Resort dan macam-macam aktiviti menarik yang terdapat di Dabong. Tiket dari Tanah Merah ke Dabong berharga RM4 sehala seorang bagi dewasa manakala RM2 sehala seorang bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Waktu perjalanan tren dari Stesen Tanah Merah ialah pada pukul 5.12 pagi, 11.25 pagi dan 3.45 petang. Dan tren dari Dabong ke Tanah Merah pula ialah pada pukul 7.30 pagi, 2.50 petang dan 6.05 petang. Link untuk download jadual tiket dari website KTMB, file PDF ada diruangan KTM Intercity. Klik pada Menu New Timetable http://www.ktmb.com.my/TrainTime.html Selain dapat menikmati keseronokan menaiki keretapi sambil melihat keindahan alam semulajdi, pengunjung yang datang ke Dabong boleh mengunjungi Gua Ikan, Jelawang Pipe Resort, Stong Hill Resort dan juga Mendaki Gunung Stong. Tidak ketinggalan juga pengunjung dapat menikmati Mee Udang Galah Viral Che Da yang terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi Dabong. Ini adalah video Train to Dabong iaitu Sungai Kenerong Dabong Kelantan. Diharapkan korang terhibur dengan video dari Addashuk Channel, jangan lupa SUBSCRIBE tanda korang support. Ok Korang, jumpa lagi di next video, Assalamualaikum..

Comments