Posts

EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Stesen KTMB Pasir Mas ( Stesen Keretapi Pasir Mas ) terletak di Kelantan di Laluan Pantai Timur ( Jungle Line ) dan merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan lintasan sempadan Malaysia - Thailand di Rantau Panjang dan Sungai Kolok. Terdapat laluan kereta api antara Pasir Mas dan Sungai Kolok, namun tiada perkhidmatan penumpang di laluan ini. Untuk pergi dari Pasir Mas ke sempadan Thailand anda perlu menaiki bas atau teksi tempatan. Sebaik sahaja anda menyeberangi sempadan ke Thailand, anda boleh menyambung ke kereta api SRT dari Sungai Kolok ke Hat Yai atau Bangkok. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang menggunakan Stesen Pasir Mas ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Keretapi Malaysia iaitu Keret...

EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Stesen Keretapi Wakaf Bharu Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ) merupakan sebuah stesen KTM antarabandar yang paling hampir dengan Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan. Untuk Rekod, Kota Bharu tidak mempunyai stesen keretapi akan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dengan menaiki nya di Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Stesen Keretapi Wakaf Bharu ialah sebuah stesen keretapi kedua selepas Stesen Keretapi Tumpat Kelantan. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang akan menggunakan Stesen Wakaf Bharu ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Di Stesen Keretapi Wakaf Bharu sering terjadi kesesakan jalan raya di persimpangan yang melalui landasan keretapi. Pengguna yang menggunakan jalan lintasan landasan kereta...

EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Stesen Keretapi Tumpat Kelantan adalah salah sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB iaitu terletak di daerah Tumpat Kelantan, Malaysia. Stesen ini adalah stesen yang paling hujung di bahagian selatan Kelantan yang asalnya adalah stesen keretapi lama yang dibangunkan oleh British. Stesen Keretapi Tumpat menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar jadual. Projek menaiktaraf stesen Keretapi Tumpat dilakukan pada tahun 2018 iaitu dengan membina depoh untuk menempatkan Diesel Multiple Unit Trains DMU. Kerja menaiktaraf itu melibatkan pembinaan bangunan baru, bumbung penuh, naiktaraf platform sedia ada dan jejantas pejalan kaki. Untuk info, Stesen Keretapi Tumpat akan dibangunkan depoh baru berkeluasan 4.7 hektar untuk menempatkan 13 unit keretapi DMU. Jelajah KTMB kali ini adalah di Stesen Keretapi Tumpat ( Tumpat Railway Station ), lokasi Stesen Keretapi Tumpat adalah sangat menarik kerana stesen ini adalah stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang paling...

PANTAI TAPANG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Assalamualaikum.. Terdapat sebuah pantai yang cantik di Bachok Kelantan iaitu di Kampung Kubang Golok. Pantai menarik di Kelantan ni berada dalam tanah persendirian "Private Beach". Pantai ini mula dibuka untuk orang ramai pada 10 Mac 2022. Bayaran masuk ke sini mengikut kategori : Kereta 5.00 Motosikal 2.00 Individu 1.00 Pondok Rumbia 15.00 Setengah Hari Pondok Besar 30.00 Setengah Hari Pondok Kecil 20.00 Setengah Hari Lokasi Pantai Tapang Kubang Golok. https://goo.gl/maps/wcUJfwBbuv5Bi5wp7 Tonton juga video vlog ke Pantai Tapang https://youtu.be/26fZj-_Rsdo Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Pada anda yang ingin mengunjungi Pantai Tapang Kubang Golok Bachok Kelantan ni, anda wajib singgah beli Ikan Bekok Kak Ani di jalan nak ke Pantai Tapang. Lokasi rumah Kak Ani 500 Meter sahaja dari Pantai Tapang. Ikan Bekok Kak Ani ni memang sedap sangat. Abang K sebelum ni dah pernah rasa ikan bekok kak ni nih. Memang sedap sangat, tak masin dan tak berbau. Un...

LATA KASHMIR JELI KELANTAN, 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir. Lokasi Lata Kashmir https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh Vlog ke Lata Kashmir https://youtu.be/7DTW3848YNs Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. T...

TOK BALI, PASIR PUTEH KELANTAN, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
  Tok Bali ialah sebuah pelabuhan perikanan dan juga pengkalan bekalan minyak dan gas di Kelantan, Malaysia. Tok Bali berada di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan terletak kira-kira 48 kilometer dari Kota Bharu dan kira-kira 13 kilometer dari Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tempat berlepas alternatif bagi pelancong ke Kepulauan Perhentian. Sumber pendapatan utama kampung ini ialah menangkap ikan dan bertani terutamanya tembakau. Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Jabatan Laut memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan melalui wilayah ekonomi Pantai Timur termasuk membangunkan lagi Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan bot pelancong ke Perhentian dan Pulau Redang. Terdapat banyak pengusaha resort di sekitar Tok Bali, salah satu nya ialah Tok Aman Bali Resort. Ramai orang datang...

JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2 Jeram Mengaji Kelantan ialah nama bagi sebuah kampung yang terletak di daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia. Jeram Mengaji Pasir Puteh Kelantan adalah merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan di sini mirip dengan suasana di Kundasang Sabah. Malah ada yang mengatakan ia serupa dengan suasana Ladang Tenusu di New Zealand. Sebab itu lokasi ini turut juga dikenali dengan nama New Zealand Kelantan. Nama lain bagi Jeram Mengaji ini juga turut dipanggil Kundasang Kelantan. Lokasi ke Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/i8XfSEnfSTGoD2zK6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Jeram Mengaji terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Selising dan kira-kira 22 kilometer dari pekan Pasir Puteh di Kelantan. Di sini terdapat Dairy Farm dan menjual pelbagai produk tenusu seperti susu berperisa dan susu segar. Di sini anda boleh bergambar kenangan kerana suasan...