Stesen KTMB Pasir Mas ( Stesen Keretapi Pasir Mas ) terletak di Kelantan di Laluan Pantai Timur ( Jungle Line ) dan merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan lintasan sempadan Malaysia - Thailand di Rantau Panjang dan Sungai Kolok. Terdapat laluan kereta api antara Pasir Mas dan Sungai Kolok, namun tiada perkhidmatan penumpang di laluan ini. Untuk pergi dari Pasir Mas ke sempadan Thailand anda perlu menaiki bas atau teksi tempatan. Sebaik sahaja anda menyeberangi sempadan ke Thailand, anda boleh menyambung ke kereta api SRT dari Sungai Kolok ke Hat Yai atau Bangkok. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang menggunakan Stesen Pasir Mas ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Keretapi Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad biasanya dikenali dengan singkatan KTM atau KTMB menjalankan perkhidmatan kereta api di sepanjang Laluan Pantai Timur dengan perkhidmatan jarak jauh Antara Bandar menuju ke ataupun dari Tumpat di utara dan ke atau dari JB Sentral di Johor Bahru di selatan. Anda juga boleh menaiki perkhidmatan tren Shuttle di Kelantan yang berhenti di setiap stesen sepanjang laluan untuk perjalanan kereta api yang lebih singkat. Untuk pergi dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan kereta api anda perlu menukar tren di stesen Gemas di mana Laluan Pantai Timur bersambung ke Laluan Pantai Barat dan menaiki kereta api ETS dari Gemas ke KL. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.
Tonton kesemua episod Jelajah KTMB EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT https://youtu.be/HdT8F8y4f_M EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU https://youtu.be/3tHD9RX3_N0 EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS https://youtu.be/GCg0WmCrMr4 EP4 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TANAH MERAH https://youtu.be/O6S-biYYKqM EP5 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI KUALA KRAI https://youtu.be/eaa-mB4f3xg EP6 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI DABONG https://youtu.be/FdXqUTumlzw EP7 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI GUA MUSANG https://youtu.be/tKzMzSkcYx0 EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD TANAH MERAH https://youtu.be/LOxIPGFqhqM

Comments
Post a Comment