Stesen Keretapi Wakaf Bharu Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ) merupakan sebuah stesen KTM antarabandar yang paling hampir dengan Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan. Untuk Rekod, Kota Bharu tidak mempunyai stesen keretapi akan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dengan menaiki nya di Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Stesen Keretapi Wakaf Bharu ialah sebuah stesen keretapi kedua selepas Stesen Keretapi Tumpat Kelantan. Keretapi Tanah Melayu KTM dimasa sekarang memiliki keretapi baharu iaitu Diesel Multiple Unit DMU yang akan menggunakan Stesen Wakaf Bharu ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Untuk info, Diesel Multiple Unit Trains ini adalah keretapi 4 gerabak digunakan untuk shuttle ke 4 stesen iaitu dari Tumpat ke Dabong, Tumpat ke Gua Musang, Tumpat ke Kuala Lipis dan Tumpat ke Gemas. Di Stesen Keretapi Wakaf Bharu sering terjadi kesesakan jalan raya di persimpangan yang melalui landasan keretapi. Pengguna yang menggunakan jalan lintasan landasan keretapi kadang kala perlu menunggu 15-30 minit sementara memberi laluan kepada keretapi melintasi jalan tersebut. Kini kesesakan semakin ketara kerana jalan masuk ke Pekan Wakaf Bharu hanya boleh dilalui di lintasan landasan keretapi oleh kerana jalan asal ke bulatan Wakaf Bharu ditutup kerana disebabkan pembinaan jejantas bypass ke Pengkalan Kubor. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2. Tonton kesemua episod Jelajah KTMB
EP1 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TUMPAT https://youtu.be/HdT8F8y4f_M EP2 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI WAKAF BHARU https://youtu.be/3tHD9RX3_N0 EP3 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI PASIR MAS https://youtu.be/GCg0WmCrMr4 EP4 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI TANAH MERAH https://youtu.be/O6S-biYYKqM EP5 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI KUALA KRAI https://youtu.be/eaa-mB4f3xg EP6 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI DABONG https://youtu.be/FdXqUTumlzw EP7 : JELAJAH KTMB | STESEN KERETAPI GUA MUSANG https://youtu.be/tKzMzSkcYx0 EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD TANAH MERAH https://youtu.be/LOxIPGFqhqM

Comments
Post a Comment