ANAK PELAKON JASMIN HAMID KAHWIN DENGAN ORANG KELANTAN?? JASMIN HAMID DAPAT MENANTU

 

Majlis akad nikah itu berlangsung di Masjid Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan pada 10 Oktober 2020 jam 10.30 pagi. Majlis persandingan pula telah berlangsung di Kampung Dusun Ban iaitu di Chenulang dalam daerah Kuala Krai, Kelantan pada sebelah petang 10 Oktober 2020 iaitu jam 2.30 petang. Majlis perkahwinan ini berlangsung dengan mengikut SOP yang ditetapkan dan berjalan lancar. Majlis dikawal rapi oleh anggota RELA yang bertugas untuk memastikan para tetamu yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan. Tahniah kepada Puan Jasmin Hamid kerana telah menerima orang baru dalam keluarga beliau, semoga hubungan diantara kedua-dua keluarga ini akan berkekalan selama-lamanya. Teruja dapat jumpa Puan Jasmin Hamid kat depan-depan, orangnya humble, peramah, baik hati dan sangat mesra dengan orang. Sangat berbeza dari watak yang beliau bawa dalam drama kat TV. Ramai juga orang yang kecam beliau kerana drama "7 Hari Mencintaiku 2" yang memegang watak sebagai Hayati. Itulah yang menandakan beliau sangat berbakat dalam bidang lakonan. Hinggakan orang terlupa yang itu hanyalah dunia lakonan semata-mata. So, korang jangan lah judge orang berdasarkan watak jahat yang dia bawa dalam drama ye. kena kenal dulu orang tu kat luar, baru kenal secara lebih dekat lagi. Jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk video perkahwinan yang seterusnya, tekan loceng untuk tidak terlepas notification untuk video yang baru di upload kelak. Jom support juga Youtube Channel Puan Jasmin Hamid yang kini telah berbesan dengan orang kelantan. https://www.youtube.com/addashuk



Comments

Popular posts from this blog

ULASAN FILEM PERFUME MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

TOUR OF UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG MALAYSIA 4K FOOTAGE CINEMATIC VIDEO SHOT ON DJI MINI 2