CYCLING VLOG #16 | MELAWAT JAMBATAN GUILLEMARD - JAMBATAN KERETAPI TERPANJANG DI MALAYSIA

 


Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal sejauh 36km pergi dan balik untuk melawat Jambatan Guillemard di Kusial iaitu di Tanah Merah Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Guillemard Bridge sebelah Paloh Rawa https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'38.9%22N+102%C2%B009'10.1%22E/@5.7607987,102.1517227,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7607962!4d102.1528166 Lokasi bawah Jambatan Guillemard https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'34.7%22N+102%C2%B009'15.0%22E/@5.7596407,102.1530797,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7596378!4d102.1541742 Lokasi ni sampai ke jalan berturap je, korang kena pergi terus sebab jalan tak berturap tu tak de dalam maps. Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan Guillemard mula dibina pada tahun 1920, dan pembinaan jambatan ini diselesaikan pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Jambatan Guillemard atau juga dikenali dengan nama Jambatan Kursial telah dibina pada tahun 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works England dan telah siap pada tahun 1924. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard. Tujuan utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi "Guillemard" ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948. Pada 1 Februari 1988, setelah pembinaan jambatan baru siap dibina di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan bermotor dan kini ia hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja. Tonton video-video Cycling Vlog https://www.youtube.com/playlist?list=PLaOdnN5G-IF19K0An9fsy7KTp5G8cRBFf



Comments

Popular posts from this blog

ULASAN FILEM PERFUME MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

TOUR OF UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG MALAYSIA 4K FOOTAGE CINEMATIC VIDEO SHOT ON DJI MINI 2