Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk makan tengahari.. Kedai pilihan kami hari ni ialah Restoran Haji Zul Nasi Sumatera (Nasi Paku) yang terletak di Taman Barakah, Tanah Merah Kelantan. Restoran ini menyediakan makanan lauk pauk dari menu Sumatera. Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2000 iaitu sudah lebih 20 tahun. Nasi Sumatera ini juga dikenali dengan nama Nasi Paku. Diberi jolokan nama Nasi Paku kerana bungkusan nasi diselit dengan paku. Antara menu special disini ialah Otak Lembu Masak Kerutuk. Restoran ini dibuka seawal 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Restoran ini juga dibuka setiap hari kecuali cuti hari raya. Untuk tempahan boleh hubungi Haji Zul di talian 019-9611539
Lokasi Restoran Haji Zul Nasi Sumatera klik link dibawah :
https://goo.gl/maps/YynqyMK61oLYurG59 So korang kena datang lah dan rasa sendiri Nasi Sumatera ataupun dikenali juga dengan nama Nasi Paku ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan yang sedap kat kawasan Tanah Merah ni. Jangan lupa subscribe channel Addashuk tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi review kedai makan yang best.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye.. Tonton video-video FOOD HUNTER yang lain, klik link dibawah.. https://www.youtube.com/playlist?list=PLaOdnN5G-IF19K0An9fsy7KTp5G8cRBFf
Comments
Post a Comment