FOOD HUNTER | KAKTON PATTANI CAFE KEDAI VIRAL - D'GETING BEACH RESORT, PANTAI GETING TUMPAT KELANTAN
KAK TON PATTANI HIDANGAN THAI ASLI Siapa antara anda yang suka dengan sotong? Atau makanan laut? Dimasak pulak dengan cara Thai. Sos Thai yang boleh buat lidah korang rasa boom ! Manis, pedas, masin dan masam semuanya seia sekata. Rata-rata ramai yang suka masakan Thai disebabkan keunikan rasa yang bercampur-baur namun cukup untuk memikat selera. Bertambah-tambah jadinya bila makan. Kelantan bukanlah satu negeri yang asing dengan masakan Thai. Rata-rata kalau datang ke Kelantan ni korang dapat je rasa masakan Thai. Cuma, ada restoran masakannya ala Thai dan ada juga restoran atau cafe yang betul-betul Thai. Jadi, mana satu pilihan kalau korang datang ke Kelantan? Kalau korang nak makan rasa Thai asli, abang ada satu tempat cafe yang boleh memenuhi kehendak Thai asli. So, hari ni Abang K dan Kak K bawa korang ke sebuah kedai makan selera Thai asli iaitu Kakton Pattani Cafe yang terletak dalam kawasan D'Geting Beach Resort. Lokasi ke Kakton Pattani Cafe korang boleh klik link dibawah : https://goo.gl/maps/fiLd6d9Astwd4JNEA
Antara menu-menu KILLER yang terdapat di Kakton Pattani Cafe : SOTONG SUMBAT BAKAR antara yang menjadi kegilaan pelanggan yang mengunjungi Kak Ton Pattani Cafe. Mana taknya, Sotong besar disumbat dengan isi ketam, telur ayam dan juga telur sotong yang sediada memang akan memenuhkan mulut korang. Ditambah pula curahan sos Thai pedas manis masam di atas sotong sumbat bakar tu. Untuk menu ni, korang boleh makan dengan nasi putih juga. Sotong yang dibakar di Kakton Pattani Cafe adalah yang fresh. Maksudnya daily made. Ada pelbagai size dan harga adalah mengikut harga semasa pasaran. Kedai Kakton Pattani takdenya mahal sampai masuk surat khabar. Harga standard and worth every single cent you spend sebab abang pasti citarasa Kakton Pattani hebat ! KERABU SOTONG UDANG memang menyerlahkan lagi makanan versi Thai. Kerabu-kerabi ni memang asal daripada Thailand. Bila sebut kerabu je mesti dah terasa di lidah masam manis masin yang tercipta daripada citrus limau nipis, pedas cili dan juga manis tomato serta keunikan daun ketumbar memang menjerat lidah korang yang makan. Sesuai juga dihidang bersama nasi putih. KERANG SOS THAI. Ini antara yang diburu juga sebab biasanya kerang ni kita dapat makan time bulan Ramadhan sahaja. Kalau berkunjung ke Kelantan, boleh la korang cuba kerang bersos Thai ni. Memang akan buat sebagai dessert je ni. Sambil makan sambil borak. Sedar-sedar dah habis. Kerang di Kak Ton Pattani ni isinya gemuk juga. Memang puas hati para pelanggan yang makan. KERABU MAGGI SOTONG UDANG. Ini kalau datang ke kedai Thai tapi takde menu ni memang tak rasa sawadikap la. Plus, maggi yang digunakan bukan maggi malay. Ni maggi yang diimport khas daripada Thailand. Memang puas makan dengan lauk pauk udang dan sotong. Pedas semulajadi daripada perencah maggi Thai ni lagi menambah rasa pedas masin masam kerabu maggi. Awesome ! NOODLE BOAT. Kuey Teow Sup kalau bahasa mudahnya. At first abang agak takut jugak la sebab makanan Thai ni pedas-pedas. Kang makan dekat Kakton tapi anak tak boleh makan. Salah anggap dekat Kakton Pattani Cafe. Rupanya ada je la makanan untuk anak-anak. Bukan takat anak, mereka yang suka makan kuey teow sup, kena sangat menu ni dengan korang. Anak-anak abang semangkuk sorang habis licin ! BINGSU IN BUCKET. Pelbagai variasi buah dan yang abang order semestinya Bingsu Mango atau di Kelantan panggil buah pauh. Manis mango dicampur dengan vanilla dan ada pelbagai bahan lagi seperti roti dan nata de coco. Selain mango ada lagi dragon fruit, honeydew dan tembikai. Semuanya tempting kalau korang tengok depan mata. Nak lagi! BINGSU IN REAL FRUIT. Di Kakton Pattani Cafe korang boleh juga minta Bingsu dalam buah mereka sendiri. Contohnya yang honeydew ni. Kalau yang mango memang tak letak dalam buah. Yang macam ni boleh untuk tembikai dan honeydew. But kalau korang nak campurkan buah-buahan tu in one bucket or fruit, boleh juga. Request aja dengan worker Kakton. They memang awesome in this. DRAGON FRUIT FLOAT. Ini dah dijadikan ala smoothies. Yang ni kalau order memang nak minum aje la sebab manis dragon fruit memang pure. Campur pulak manis vanilla. Korang tak boleh judge this air teramat manis. Korang kena try dulu baru tahu manisnya tahap kencing manis or not. Bagi abang memang just nice sebab nama lagi air buah, seiring la kan. That vanilla not really sweeten the drink. Kakton Pattani Cafe memang famous tambahan pula lokasinya yang memang menjadi tumpuan orang ramai. Kalau weekdays mungkin tidak seramai weekend. Dan weekdays juga Kakton menerima kalau korang nak tempah meja. Kalau weekend sorry babe, memang tak dapat as kedai open 3.30 petang. Jam 3.00 tu pun dah ramai menunggu. Korang kena cepat untuk dapatkan seat. Ok korang, setakat ini sahaja cerita abang, harap korang dapat la sedikit sebanyak maklumat pasal Kakton Pattani Cafe ni. Tonton juga video-video FOOD HUNTER yang lainnya.. https://www.youtube.com/playlist?list=PLaOdnN5G-IF19K0An9fsy7KTp5G8cRBFf

Comments
Post a Comment