BENELLI TNT600 FLUSHING BRAKE | SERVIS BREK DEPAN TNT600S, BLEEDING BRAKE, CAT BRAKE CALIPER TNT600I
Assalamualaikum, masih lagi dalam mood DIY Benelli TNT600 abang ni, banyak lagi projek-projek yang akan abang buat kat motor ni. Sebelum ni abang buat projek Pasang headlamp SRK600, lepas tu abang buat projek Pasang LCD meter tnt600 yang dah siap voltmeter dan gear indicator, ada map view lagi. Memang best pakai meter TFT ni dkt motor abang TNT600I. Kalau korang nak tengok video tu, buleh tengok kat channel abang. So projek kali ni abang nk DIY servis brek TNT600S abang. Antara sebab abang nak servis ni adalah kerana lever brake tu dah rapat sangat dengan throttle handle, so kalau biasa abang naik motor, dua jari gengam throttle handle, dua jari lagi letak atas lever brake, masalahnya bila abg tekan brek, jari yang genggam throttle handle tu terkepit, brek jadi tak makan. Tu lah masalah dia, bahaya jugak naik motor macam tu. Alang-alang abang nk servis brake tu, terus nak tukar hose brek, pastu nk tukar brek pad dan terus nak flushing brake ataupun bleeding brake orang panggil. So bila dah bukak brake caliper tu. why not kita terus cat brake caliper. Asal nk cat warna silver saja. Tapi bila dah cat tu rasa macam tak ada beza pulak dengan keadaan asal. Untuk nampak kelainan sikit, abang cat brake caliper dengan warna merah. Match la dengan warna motor. Untuk nak flushing brake, abang guna minyak break DOT 3. Ada jugak yang guna minyak break DOT 4, perbezaan minyak brake DOT 3 dan DOT 4 adalah takat didih dengan kelembaban je. So boleh je pakai DOT 3, tapi kena kerap tukar minyak saja. Dalam masa abang servis brek tu, rupanya break pad masih tebal. Yang menyebabkan lever brake rapat ke throttle handle tu sebab minyak brake yang dah lama tak servis. So, abang tak tukar brake pad baru tnt 600 abang tu, guna brake pad yang lama saja, brake pad yang baru simpan je la dulu. Brake pad asal masih elok, kita pakai dulu sampai nipis. Ok guys, kalau ada sesiapa yang rasa nak buat DIY servis brake apa-apa motor, korang boleh je buat sendiri. Abang pun ni 1st time buat sendiri. Sambil-sambil buat video, dapat ilmu jugak. Korang jangan lupa lah subscribe AddaShuk channel ni, masih banyak lagi video-video DIY untuk projek motor TNT600I abang ni. Minggu depan abang but projek DIY service brake belakang pulak. Stay tune guys. Terima kasih kerana menonton, semoga korang berjaya buat macam abang servis brek sendiri.
Pasang LCD Meter Benelli TNT600 https://youtu.be/gHYd5Zl_qSA Pasang Lampu SRK600 Benelli TNT600 https://youtu.be/lbTjM8vOtOQ Ini adalah video Benelli TNT600 flushing brake, servis brek TNT600S, Bleeding Brake BN600, Cat Brake Caliper TNT600I

Comments
Post a Comment