PROJEK PASANG LCD METER PADA TNT600S | TNT600 TFT METER PASANG GEAR INDICATOR TNT600I MAP VIEW METER
Assalamualaikum, hari ni abang ada projek special dekat motor TNT600 abang iaitu pasang LCD Meter ataupun orang panggil juga TFT Meter. Yang membuatkan abang nak pasang meter ni sebab utamanya ialah sebab Gear Indicator. Motor TNT600S ni memang tak ada gear indicator guys, motor CC dah besar bukan motor kapcai tapi yang peliknya kenapa tak boleh tambah gear indicator?? Kos bukannya mahal sangat pun. Lagikan Motor EX5 pun ada gear indicator ni Motor Benelli TNT600 dari Itali. Adoiii yaiii. Tapi nak pasang LCD meter di TNT600 ni susah jgk guys sebab abang kena cari satu-satu kabel dari motor nak ke meter. Kalau korang yang tengok video ni senang la kerja. Sebab abang dah cari semua, korang just copy and paste je. So, terpaksalah abang cari meter yang sesuai untuk pasang dekat motor abang ni. Cari punya cari last-last jumpa jugak meter yang sesuai. Selain ada Voltmeter, meter ni sudah canggih dan dilengkapi dengan fungsi Screen Mirroring. Map View memang tersedia dalam meter tapi khas untuk guna di negara China sahaja. Walaubagaimana pun kita boleh gunakan fungsi Screen Mirroring. Buka sahaja aplikasi Google Maps, atau mana-mana aplikasi dalam telefon korang, kemudian kita mirroring kan ke meter. Abang sebenarnya memang takkan usik wiring asal motor dan wiring asal meter, sebabnya nanti kalau nak pakai balik akan jadi masalah. So, abang akan buat potongan wiring pada wiring sebelah meter baru sahaja. Sekiranya lepas ni abang nak pasang balik meter lama, cuma plug and play sahaja. Semasa abang buat wiring meter ni, abang terjumpa 2 masalah besar. Satunya ialah sensor speed / mileage ada 2 urat wayar masuk ke meter. Setahu abang, output sensor speed ada 3 saja kabel yang keluar. Satu Positif Bateri, satu Negatif Bateri dan satu lagi output ke meter. So bila ada dua wayar yang masuk ke meter, salah satu wayar adalah positif 12volt. Dan satu lagi masalah yang abang jumpa. Meter TNT600 yang lama, guna Negatif output untuk menyalakan lampu isyarat dalam meter, sedangkan meter baru menggunakan output Positif. Untuk mengatasi masalah ni, abang guna 2 biji relay untuk menukar isyarat output dari Negatif menjadi Positif. Ok guys, kalau ada sesiapa yang berminat nak pasang meter ni, korang boleh beli kat shopee dan abang yakin korang pun boleh pasang sebab abang dah sediakan full diagram dalam video ni. Kalau korang yang rasa video ni bermanfaat untuk korang, silalah like, share dan komen ya.. Jangan lupa subscribe AddaShuk channel ni sebab nanti akan ada banyak lagi DIY untuk TNT600 abang ni. Kat bawah ni ada link Shopee untuk memudahkan korang beli meter macam abang supaya tidak terbeli meter ataupun barang yang tak sama macam abang punya. Terima kasih kerana menonton, semoga korang berjaya buat macam abang pakai meter LCD.
Beli Meter LCD fungsi Maps View https://s.shopee.com.my/6Ku43Czeb0 Beli Bracket Odometer SRK600 https://s.shopee.com.my/9AEFQSG6k8 Belli Socket 9 Pin https://s.shopee.com.my/2LNvHx5Ae2 Beli Gear Indicator TNT600 https://s.shopee.com.my/8fHypckVxm Beli Relay 5 Pin https://s.shopee.com.my/100XqLBYe Ini adalah video Projek Pasang LCD Meter pada TNT600S iaitu TFT Meter, Cara pasang Gear Indicator TNT600i yang mempunyai fungsi map view meter

Comments
Post a Comment