BUNYI OMBAK PANTAI MEK SURI IKAN BEKOK, TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN.
Assalamualaikum, video kali ni ialah video vlog kami ke restoran ataupun gerai Bunyi Ombak Ikan Bekok. Di kedai ini menu istimewanya semestinya Ikan Bekok. Pada yang belum mengenali atau merasai lagi Ikan Bekok ni, ikan bekok atau sebutan sebenarnya ikan bengkak rasanya seperti ikan masin, tetapi ia bukan ikan masin kerana tidak dijemur lama di tengah panas. Apabila dijemur berhari-hari, baru ia menjadi ikan masin. Ikan Bekok ni dijemur lebih kurang 3 jam sahaja kemudian di simpan dalam peti. Ikan Bekok yang dimasak disini adalah sangat sedap, tidak terlalu masin dan tidak berbau. Kalau diantara anda yang masih belum mencuba ikan bekok ni, boleh la berkunjung ke Bunyi Ombak untuk merasai sendiri kesedapan ikan bekok disini. Lokasi Bunyi Ombak Pantai Mek Suri Tok Bali Kelantan https://maps.app.goo.gl/A8pLGaMWkeGbxth9A Menu disini adalah berkonsepkan menu kampung seperti ulam-ulaman, ikan singgang, ayam goreng kunyit dan ayam kampung goreng. Banyak lagi menu-menu special yang disediakan disini. Jangan lepaskan peluang ini, jom kita ke Bunyi Ombak dan rasai sendiri keenakkan masakan disini ditemani dengan suasana pantai yang permai.. Selepas menikmati makanan di Bunyi Ombak, anda boleh la jalan-jalan ke tempat menarik di sekitar Tok Bali. Tok Bali ni ialah sebuah pelabuhan ikan dimana tempat nelayan menurunkan ikan dan Tok Bali juga sekarang ni berfungsi sebagai pengkalan bekalan minyak dan gas. Tok Bali terletak di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan kira-kira 48 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan dalam 13 kilometer dari Bandar Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Pekan Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun ini, Tok Bali telah menjadi jeti alternatif bagi pelancong ke Pulau Perhentian. Terdapat banyak juga lah resort di sekitar Tok Bali, salah satu antara nya ialah Tok Aman Bali Beacg Resort. Ramai orang datang ke sini untuk memancing ikan di Tok Bali. Pada musim ikan bertelur, kebanyakan ikan dari laut akan ke sungai untuk bertelur. Antara ikan yang sering menjadi buruan kaki pancing ialah ikan Gelama. Apa yang paling best di Tok Bali ialah Pasar Besar Tok Bali, pasar ini juga di panggil Pasar Segar Tok Bali. Ini kerana di pasar ini ada menjual hasil laut yang segar dari ladang. Ada ikan, sotong, udang dan banyak lagi hasil laut di jual disini dan semuanya seperti masih baru ditangkap. Dan jika anda berkunjung kesini jangan lupa singgah di Abe Man Satar. Tonton video ni untuk melihat gerai Abe Man Satar. Jangan lupa Subcribe Addashuk Channel untuk lebih video-video yang menarik. Terima kasih kerana menonton BUNYI OMBAK PANTAI MEK SURI IKAN BEKOK, TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI TEMPAT MENARIK DI KELANTAN.

Comments
Post a Comment