HAPPY CONTAINER CAFE THAI & GRILL | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI KELANTAN


 Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Tok Bali iaitu berdekatan dengan Jambatan Tok Bali. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Happy Container Cafe Thai & Grill. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Pasir Puteh sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Thai & Grill. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini.

Lokasi Happy Container Cafe Thai & Grill https://maps.app.goo.gl/zXyA6q8q7G1hALGdA Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Menu utama yang disediakan di Kedai makan Happy Container Cafe Tok Bali adalah seperti Ikan Bakar, Thai Food Dan Western Food. Antara Special menu yang disediakan adalah seperti Siakap Asam Jawa, Siakat Kerabu Mangga, Siakap Kengsom, Seafood Gunung Berapi, Shellout, Siakap Chu Chee, Ketam Chu Chee, Puyuh Special, Seafood Ganja, Siakap 2 Istana dan Sup Urat Keting. Terdapat lagi menu-menu special yang lainnya iaitu Nasi Goreng Special, Nasi Goreng Melayu, Somtam Goreng, Special Mix Western, Somtam Betik/Mangga, Kuey Tiaw Kungfu, Lala Bakar Berempah dan Ketam Nipah Bakar. Semua jenis makanan berasaskan makanan laut adalah segar dari ladang. Semuanya fresh-fresh Waktu Operasi Happy Container Cafe Buka setiap hari dari 4.30pm - 1.00am Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton. INI ADALAH VIDEO REVIEW HAPPY CONTAINER CAFE THAI & GRILL KEDAI MAKAN SEDAP TEMPAT MAKAN SEDAP DI TOK BALI KELANTAN

Comments