KJH | KARNIVAL JOM HEBOH RTC TUNJUNG | TEMPAT MENARIK DI KOTA BARU | TEMPAT WAJIB SINGGAH KOTA BHARU
Assalamualaikum, Hari ni abang bawa anda ke Karnival Jom Heboh 2023 RTC Tunjong. Memang Jom Heboh di kelantan sangat mendapat sambutan. Ramai Giler orang, hahaha.. ada yang beratur panjang semata-mata nak beli Kunafa Viral Ojen, sampai ada yang beratur sampai 13 jam semata-mata nak beli Kunafa Ojen. So guys, kalau ada yang belum datang ke sini lagi, jom pergi ke Karnival Jom Heboh di RTC Tunjung. Lebih 20,000 penonton membanjiri konsert Karnival Jom Heboh KJH BABA'S yang berlangsung di RTC Tunjung, di sini, malam tadi. Meskipun cuaca hujan renyai untuk seketika, masing-masing tidak berganjak untuk melihat enam artis membuat persembahan. Konsert Jom Heboh malam tadi membariskan enam artis iaitu Azzam Shah, Ameng Spring, Ariff Bahran, Aepul Roza, Yamani Abdullah dan Naqiu. Setiap artis masing-masing mendendangkan tiga lagu pada konsert yang bermula jam 9 malam sehingga jam 11 malam. Konsert berkenaan juga menampilkan tiga DJ radio sebagai pengacara iaitu Fizi Ali, Kai Hassan dan Mat Dan masing-maisng dari Hot FM dan Molek FM. Pengurus Besar (Activation) Media Prima Omnia, Eileen Lim, berkata sambutan pada konsert malam tadi sangat luar biasa. Sambutan diterima sebagaimana konsert KJH Kelantan yang diadakan di negeri lain. Pada mulanya pihak penganjur agak gusar dengan cuaca hujan namun pengunjung yang hadir tidak berganjak sehingga konsert berakhir. DIjangkakan konsert malam terakhir pada akan dihadiri lebih ramai penonton berbanding malam tadi. Untuk konsert malam terakhir, tujuh artis akan membuat persembahan iaitu Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Nizam Laksamana, Rahmad Mega, Aiman Tino dan Irfan Haris. Walaupun konsert diadakan di KJH Kelantan, namun pihaknya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri. Itu sahaja daripada kami, jangan lupa SUBSCRIBE Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan tombol loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang bakal di upload kelak. Terima kasih kerana menonton. KJH KARNIVAL JOM HEBOH RTC TUNJUNG TEMPAT MENARIK DI KOTA BARU, TEMPAT WAJIB SINGGAH KOTA BHARU

Comments
Post a Comment